Saturday, July 9, 2016

Muhasabah Ramadan - Catatan Wasiat 1

Seorang teman menuturkan nasihat buatku, bertaqwalah kepada Allah dimana jua dan disaat mana pun kau berada. Aku meminta nasihat buat jiwaku darinya.

Kalamnya itu ringkas dan berat. Huraian berjela-jela tak memberi erti tanpa dibuat akan nasihat itu, tanpa di amal akan nasihat itu. Ringkas tapi benar, ringkas tapi berat, ringkas tapi sangat bermakna.

Semoga Ramadan berlalu menambah taqwa dan Iman. Sangat berharap bertemu lagi Ramadan hadapan walaupun ku pasti ku tidak tahu akan masih bernyawa dibadan untuk Ramadan hadapan. Wasiat kepada isteri dan anak-anakku ringkasnya sudah. Wasiat dari malaikat kepada malaikat moga diterima.

Sudah berlalu malam pekat, tapi mata ini masih tidak mahu tutup dan tidur. Peperangan itu masih berlangsung dengan kecamuknya. Semoga Iman dan Taqwa diberi kemenangan. Aku mesti bersama mereka kalah atau menang.

Allah, tempat pergantungan segala sesuatu, bimbinglah malamku dan tidurkanlah mataku.

No comments:

Masa Itu Nyawa