Sunday, May 29, 2016

Cinta Dan Harap

Kau mengatakan cinta kepada Pencipta dan RasulNya, sedangkan diri masih segar dan bersedap-sedap memacu hidup berteman maksiat kepada Pencipta dan RasulNya, alangkah dusta kata-katamu duhai hati yang mahu bertaubat.

Bertaubatlah atas taubatmu!
Bertaubatlah atas istighfarmu!
Bertaubatlah atas leka nan alpamu!
Bertaubatlah atas masa yang berlalu!
Bertaubatlah atas saat yang disia-siakan!
Bertaubatlah atas kata-kata manis dan mulusmu!
Bertaubatlah  berkali-kali!
Bertaubatlah  berkali-kali!
Bertaubatlah  berkali-kali!

Sehingga saat wasiatmu dibenarkan oleh malaikat maut membawa temannya malaikat rahmat mencabut nyawamu yang nista!
Sehingga saat catatanmu dibenarkan oleh alunan istighfar malaikat rahmat menemani akhir perjalananmu menuju barzakh!
Sehingga kau diucapkan berehatlah duhai yang tenang lagi diredhai Allah...
Sehingga kau dibenarkan oleh Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan sekalian jin dan manusia...
Sehingga dibukakan bagimu pintu-pintu Syurga di atas kuburmu hingga mengalirkan angin sejuk dari taman-taman Syurga...
Sehingga diucapkan kau selamat daripada azab neraka dibawah kuburmu saat dibentangkan keduanya buat kau terus berharap dan menagih cinta...

Bertaubatlah dan teruslah bertaubat meniti tangga Cinta dan Harap, semoga Taqwamu diterima Allah penerbangannya bersandarkan sayap Cinta dan Harap.

Bertaubat dan terus bertaubatlah duhai diri, moga Allah merahmati dan mengampunkan diri dan sekalian orang mukmin yang cintakan Allah dan RasulNya...Semoga begitu, semoga begitu, semoga begitu..

1 comment:

Masa Itu Nyawa