Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Cinta Dan Harap

Kau mengatakan cinta kepada Pencipta dan RasulNya, sedangkan diri masih segar dan bersedap-sedap memacu hidup berteman maksiat kepada Pencipta dan RasulNya, alangkah dusta kata-katamu duhai hati yang mahu bertaubat.

Bertaubatlah atas taubatmu!
Bertaubatlah atas istighfarmu!
Bertaubatlah atas leka nan alpamu!
Bertaubatlah atas masa yang berlalu!
Bertaubatlah atas saat yang disia-siakan!
Bertaubatlah atas kata-kata manis dan mulusmu!
Bertaubatlah  berkali-kali!
Bertaubatlah  berkali-kali!
Bertaubatlah  berkali-kali!

Sehingga saat wasiatmu dibenarkan oleh malaikat maut membawa temannya malaikat rahmat mencabut nyawamu yang nista!
Sehingga saat catatanmu dibenarkan oleh alunan istighfar malaikat rahmat menemani akhir perjalananmu menuju barzakh!
Sehingga kau diucapkan berehatlah duhai yang tenang lagi diredhai Allah...
Sehingga kau dibenarkan oleh Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan sekalian jin dan manusia...
Sehingga dibukakan bagimu pintu-pintu Syurga di atas kuburmu hingga meng…

4 Pembahagian 20 Sifat

1) Sifat Nafsiah - Wujud (1 Sifat)

2) Sifat Salbiah - Qidam, Baqa', Mukholafatuhu lilhawadis, Qiamuhu binafsihi, Wahdaniah (5 Sifat)

3) Sifat Ma'ani - Qudrat, Iradat, Ilmun, Hayyun, Sama', Basor, Kalam (7 Sifat)

4) Sifat Maknawi - Kaunuhu Qodiran, Kaunuhu Muriidan, Kaunuhu 'Aliman, Kaunuhu Hayyan, Kaunuhu Sami'an, Kaunuhu Basiron, Kaunuhu Mutakalliman (7 Sifat)





* Kuliah maghrib Masjid Safraa, Kampung Kepas, Lati Pasir Mas. 3 Mei 2016.