Skip to main content

Alhamdulillah, I'm back!

Bismillahirrahmanirrahim

Menulis blog sudah setahun lebih ku tinggalkan. Melihat kembali garis masa perkembangan blog ini, aku merasakan ada sesuatu perubahan pada diriku.

Ada saatnya tulisan disini berbaur ceria, ada saatnya seakan hilang semangat. Tapi yang pasti aku sendiri terhibur dan kembali semangat saat menatap kembali penulisan ataupun pesanan ringkas yang ditulis dengan semangat. Diri sendiri terisnpirasi, apa mungkin orang lain tiada terikut naik semangatnya? Ah, kehidupan. Indah seorang seorang rugilah teman. Indah beramai-ramai makin bermakna jalan hidup mu.

Tentang diriku, Alhamdulillah ada benda kupelajari dalam setahun dua usai pengajian sarjana muda yang lalu.

Tentang keluarga, Alhamdulillah dan Alhamdulillah Allah mengujiku dengan Isteri yang memahami dan sabar serta dua putera yang siap menanti lakaran lakaran kehidupan dari pencorakan abi dan mamanya.

Tentang kejiranan, Alhamdulillah.
Tentang kenegerian, Alhamdulillah walaupun landskap politik negara pasti sedikit berubah dengan kewujudan Pakatan Harapan dalam politik kenegerian negara kita. Baik atau burukkah kewujudan mereka? Hanya senyuman mampu diberi, kerana ku tetap yakin Islam adalah penyelesaian segala masalah sosioekonomi alam sejagat. Mereka sangat yakin dengan PH ataupun BN ataupun apa jua konspirasi dan perancangan? Semoga ada kebaikan, tetapi kami lebih yakin dengan janji Allah dan Rasul dalam menempuh liku-liku zaman samar dipenuhi asap fitnah ini.

Tentang kenegaraan, Alhamdulillah. Tapisan demi tapisan Allah sediakan. Acuan demi acuan Allah siapkan. Ada yang yakin dan ada yang separa yakin dengan tapisan dan acuan dari Allah. Biarkan masa berjalan dan tetap teguhlah kita berpegang dengan Kitab Allah walaupun dimana roda Islam ini berputar atau diputar.

Saat dibawah ambillah peluang membaiki diri, bukan membuka ruang fitnah kerosakan yang baru kerana idea kita tidak diterima. Say Alhamdulillah guys for our rejected idea that might be bad in long term application (eventhough it might seem brilliant for short term resolution)

Saat diatas ambillah peluang perbaiki diri dan orang bawah secara baik dan bersistem, bukan sekadar menghina maupun memperlekehkan segala jasa baik generasi terdahulu. Kita semua hanyalah mata rantai perjuangan. Penerus cita-cita Islami bersusur galur dari perjuangan para Anbiyak. Andainya idea kita diterima pula, say Astaghfirullah guys for the accepted ideas that we do not know how it will be end, and the burden of ideas implementation that just put down on our head for the triumph succes or severe failure of the ideas result.

Allahuakbar, between Sobr and Syukur we can always say Alhamdulillah or Astaghfirullah.

Maha suci Allah yang memberi ilham, kekuatan dan kesegaran untuk kembali menulis. Say what Muhammad? Alhamdulillah!

I'm back! :-)

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…