Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Ketika Lampu Hilang Cahayanya

Saat membaca al-Quran melihat mushaf, tiba-tiba lampu padam. Mushaf sudah tidak kelihatan di mata. Ayat yang jelas boleh dibaca hanyalah ayat-ayat yang jelas terpahat di dasar hati dan boleh dibaca dengan mata hati walaupun ketika lampu padam ataupun nikmat penglihatan kita sudah ditarik oleh Allah.

Nota ini khas buat diriku, isteri, anak-anak, rakan-rakan dan semua hamba Allah yang rindu untuk bertemu dengan Allah dalam keadaan suci bersih dari dosa dan noda. Ampunkanlah kami ya ALLAH...

Berjihadlah

Bersatulah wahai kaum Muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum Muslimin
Walau susah menempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum Muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum Muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat Daulah Islamiyyah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
Hingga nyata benarnya janji Robbi

Bersatulah wahai kaum Muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum Muslimin
Walau susah menempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum Muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum Muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat Daulah Islamiyyah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
Hingga nyata benarnya janji Robbi

Selamatlah Parti Islam melangkah
Membimbin…

Muhasabah Ramadan - Catatan Wasiat 1

Seorang teman menuturkan nasihat buatku, bertaqwalah kepada Allah dimana jua dan disaat mana pun kau berada. Aku meminta nasihat buat jiwaku darinya.

Kalamnya itu ringkas dan berat. Huraian berjela-jela tak memberi erti tanpa dibuat akan nasihat itu, tanpa di amal akan nasihat itu. Ringkas tapi benar, ringkas tapi berat, ringkas tapi sangat bermakna.

Semoga Ramadan berlalu menambah taqwa dan Iman. Sangat berharap bertemu lagi Ramadan hadapan walaupun ku pasti ku tidak tahu akan masih bernyawa dibadan untuk Ramadan hadapan. Wasiat kepada isteri dan anak-anakku ringkasnya sudah. Wasiat dari malaikat kepada malaikat moga diterima.

Sudah berlalu malam pekat, tapi mata ini masih tidak mahu tutup dan tidur. Peperangan itu masih berlangsung dengan kecamuknya. Semoga Iman dan Taqwa diberi kemenangan. Aku mesti bersama mereka kalah atau menang.

Allah, tempat pergantungan segala sesuatu, bimbinglah malamku dan tidurkanlah mataku.

Cinta Dan Harap

Kau mengatakan cinta kepada Pencipta dan RasulNya, sedangkan diri masih segar dan bersedap-sedap memacu hidup berteman maksiat kepada Pencipta dan RasulNya, alangkah dusta kata-katamu duhai hati yang mahu bertaubat.

Bertaubatlah atas taubatmu!
Bertaubatlah atas istighfarmu!
Bertaubatlah atas leka nan alpamu!
Bertaubatlah atas masa yang berlalu!
Bertaubatlah atas saat yang disia-siakan!
Bertaubatlah atas kata-kata manis dan mulusmu!
Bertaubatlah  berkali-kali!
Bertaubatlah  berkali-kali!
Bertaubatlah  berkali-kali!

Sehingga saat wasiatmu dibenarkan oleh malaikat maut membawa temannya malaikat rahmat mencabut nyawamu yang nista!
Sehingga saat catatanmu dibenarkan oleh alunan istighfar malaikat rahmat menemani akhir perjalananmu menuju barzakh!
Sehingga kau diucapkan berehatlah duhai yang tenang lagi diredhai Allah...
Sehingga kau dibenarkan oleh Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan sekalian jin dan manusia...
Sehingga dibukakan bagimu pintu-pintu Syurga di atas kuburmu hingga meng…

4 Pembahagian 20 Sifat

1) Sifat Nafsiah - Wujud (1 Sifat)

2) Sifat Salbiah - Qidam, Baqa', Mukholafatuhu lilhawadis, Qiamuhu binafsihi, Wahdaniah (5 Sifat)

3) Sifat Ma'ani - Qudrat, Iradat, Ilmun, Hayyun, Sama', Basor, Kalam (7 Sifat)

4) Sifat Maknawi - Kaunuhu Qodiran, Kaunuhu Muriidan, Kaunuhu 'Aliman, Kaunuhu Hayyan, Kaunuhu Sami'an, Kaunuhu Basiron, Kaunuhu Mutakalliman (7 Sifat)





* Kuliah maghrib Masjid Safraa, Kampung Kepas, Lati Pasir Mas. 3 Mei 2016.

Saat Itu Pasti Tiba

KEMATIAN. Indah atau menakutkan saat pemergian kita? Koreksi diri sebelum berangkat pergi.

Banyak Berkata-Kata, Banyak Jugakah Al-Quran dibaca?

Quran ini penanda aras Iman kita. Semakin gemar kita membaca al-Quran, semakin terasa manisnya Iman didalam hati sanubari, semakin malas dan benci kita membaca al-Quran itu tandanya hati kita sedang sakit dan disibukkan oleh Allah dari berinteraksi dan menikmati hidangan cinta dariNya. Selalulah kita merenung kezaliman didalam diri dan selalulah kita bertaubat memohon Allah agar tetap memilih kita untuk terus menikmati hidangan kalamullah secara Istiqamah walaupun sedikit setiap hari. Hanya dengan pertolonganNya kita berdaya dan punya kekuatan, jangan menzalimi diri sendiri dengan membiarkan jiwa dan roh kelaparan dari hidangan kalamullah. Untungnya jiwa dan roh yang selalu cukup makan minumnya dari kalamullah pagi petang siang malam... Ya Allah golongkanlah kami dari Ahli-ahli Mu, ahlul Quran yang Istimewa, khas lagi tertentu janji-janji kebaikan yang Kau sediakan buat sekalian hamba-hamba Mu, kurniakanlah juga nikmat-nikmat kebaikan itu kepada sekalian yang membaca coretan rasa yan…

Alhamdulillah, I'm back!

Bismillahirrahmanirrahim

Menulis blog sudah setahun lebih ku tinggalkan. Melihat kembali garis masa perkembangan blog ini, aku merasakan ada sesuatu perubahan pada diriku.

Ada saatnya tulisan disini berbaur ceria, ada saatnya seakan hilang semangat. Tapi yang pasti aku sendiri terhibur dan kembali semangat saat menatap kembali penulisan ataupun pesanan ringkas yang ditulis dengan semangat. Diri sendiri terisnpirasi, apa mungkin orang lain tiada terikut naik semangatnya? Ah, kehidupan. Indah seorang seorang rugilah teman. Indah beramai-ramai makin bermakna jalan hidup mu.

Tentang diriku, Alhamdulillah ada benda kupelajari dalam setahun dua usai pengajian sarjana muda yang lalu.

Tentang keluarga, Alhamdulillah dan Alhamdulillah Allah mengujiku dengan Isteri yang memahami dan sabar serta dua putera yang siap menanti lakaran lakaran kehidupan dari pencorakan abi dan mamanya.

Tentang kejiranan, Alhamdulillah.
Tentang kenegerian, Alhamdulillah walaupun landskap politik negara pasti sedikit …