Skip to main content

Sakit

Sakit adalah hadiah dari Allah. Dengan sakit kita lebih mudah menyebut nama Allah. Dengan sakit kita lebih mudah meminta mengadu kepada-Nya. Sakit fizikal ubatnya madu, rehat dan meminta kepada Pemberi sakit yang juga Pencipta kita. Sakit mental dan spiritual ubatnya Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulamak, Qias, kisah sirah, kisah awliya', kata-kata hikmah, ilmu bermanfaat dan beramal dengan ilmu (kebenaran) yang diperoleh.

Sakit boleh jadi penambah pahala jika sabar. Sakit boleh jadi penambah dosa jika semakin jauh dari Allah dan semakin bertambah maksiat.

Selasa, 1 Jamadil Akhir 1435, 1 April 2014,  90 hari menuju Ramadan 1435, seorang lagi Ulama' dan pejuang Islam tanah melayu pulang ke rahmatullah.

Doakan kebaikan semoga diganjari dan dituruti jejak langkah kebaikan yang ditinggalkan oleh al-marhum Ustaz Ismail bin Nuh di Madrasah Tahfiz Slow Machang, Pasir Mas. Ambillah peluang menziarahi teman, saudara ketika masih lagi sakit sebelum pulang ke alam abadi. Hantarkanlah mereka ke liang lahad supaya menyegarkan fikiran kita yang kita pun akan pulang ke sana jua.

Doakanlah orang yang sakit dengan doa ini apabila kita menziarahi mereka. Jika tidak, doakanlah kebaikan ini buat orang yang sakit walaupun dari jauh.


Diri sakit, tanda teguran sayang dari Allah. Keluarga sakit tanda ada pembaikan kebersihan, dan perlu lebih berhati-hati dalam menyentuh sesuatu, perlukan rehat yang cukup dan jaga pemakanan. Masyarakat sakit tanda amar makruf (menyuruh kebaikan) dan nahi mungkar (mencegah kejahatan dan maksiat) tidak berjalan dan tidak dilaksanakan. Negeri sakit tanda masyarakat masih luka dalam maksiat. Negara sakit tanda setiap lapisan masyarakat belum tunduk patuh kepada suruhan dan larangan Allah dan Rasul. Ummat sakit, tanda cintakan dunia dan takutkan mati.. 

Semoga sakit menjadi permainan minda, teguran dan motivasi buat membaiki diri dan semua orang supaya menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.

Abu Muhammad Muntaseir
Perindu Syahid.

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…