Wednesday, January 9, 2013

Tulislah Buat Dirimu

Sehari sebelum bermula tahun 2013, saya dipesan oleh guru saya Ustaz Abdul Bari bin Abdullah. "Bukalah diari baru 2013 dan tulislah amalan setiap dan check tengok. Hari ini lebih baik dari semalam ke tak? Bandingkan juga, diari tahun-tahun sebelum ini lebih baik ke semakin buruk hidup dan amalan kita?"

Orang mukmin itu semakin hari semakin baik. Maka tulislah sesuatu buat panduan dan pembaikan diri sendiri. Saya cukup sedih apabila diari pertama saya ditahun pertama saya mula menulis diari telah hilang dalam simpanan. Dari situ saya melihat suatu kekurangan dan memerlukan 'backup' penulisan selain diari manual secara bertulis.

Blog ini juga sebenarnya banyak mengambil peranan diari saya apabila saya mula berblog. Semoga diari manual dan blog ini mampu menjadi titik pembaikan diri dan memberi manfaat kepada sekalian alam jua. Ada tulisan mampu membawa ke Syurga, ada pula mampu menghantar penulisnya ke Neraka.

Semoga taipan tangan dan bacaan-bacaan di blog ini mampu mengajak teman-teman pembaca menuju keredhaan dan kesukaan Allah serta mampu menjadi saham bekalan akhirat buat penulis.

Assalamualaikum.

1 comment:

Anonymous said...

Saya suka membaca tulisan tuan. Terima kasih kerana berkongsi dan teruskanlah menulis kerana ramai orang diluar sana seperti saya yang tak berpeluang menuntut ilmu seperti tuan.

Masa Itu Nyawa