Tuesday, January 8, 2013

Selamat Menjadi Ahlul Quran

 (gambar kredit kepada Buyie Photography daripada Flickr)



Semalam 7 Januari 2013. Tarikh adik-adik generasi ke-14 Persijilan Tahfiz Darul Quran JAKIM mendaftarkan diri di kampus Kuala Kubu Bharu. Selamat menyerahkan diri kepada Allah untuk menghafal kalam-kalam Allah. Semoga Al-Quran tersemat di hati dan terpancar pada peribadi.

Banyak kisah ingin dikongsi buat adik-adik buat panduan serba sedikit mana yang baik. Pesanan abang di minggu pertama ini,

1. Betulkan niat
2. Tetapkan matlamat hidup
3. Tetapkan matlamat ingin dicapai di Darul Quran
4. Tetapkan target pengajian setiap semester
5. Baiki hubungan dengan Allah
6. Solat berjemaah adalah sangat penting
7. Rendahkan diri
8. Rajin bertanya jika perlu
9. Bina hubungan dengan teman sebaya dan senior
10.Cari hikmah disebalik setiap apa yang berlaku

 Lihat gambar di atas, ada cerita yang cukup banyak, hebat dan menarik disebalik malam-malam yang dilalui di Darul Quran. Adik-adik boleh membina cita dan mereka cerita sendiri, tapi abang punya beberapa kisah menarik masih dalam simpanan minda in sya Allah. Perkongsian malam hanya buat yang mahu berjaya dan mujahadah. =)

 Lain catatan, in syaa Allah lain perkongsian buat renungan kita bersama ya.

Selamat bermujahadah.   

No comments:

Masa Itu Nyawa