Wednesday, January 9, 2013

Tulislah Buat Dirimu

Sehari sebelum bermula tahun 2013, saya dipesan oleh guru saya Ustaz Abdul Bari bin Abdullah. "Bukalah diari baru 2013 dan tulislah amalan setiap dan check tengok. Hari ini lebih baik dari semalam ke tak? Bandingkan juga, diari tahun-tahun sebelum ini lebih baik ke semakin buruk hidup dan amalan kita?"

Orang mukmin itu semakin hari semakin baik. Maka tulislah sesuatu buat panduan dan pembaikan diri sendiri. Saya cukup sedih apabila diari pertama saya ditahun pertama saya mula menulis diari telah hilang dalam simpanan. Dari situ saya melihat suatu kekurangan dan memerlukan 'backup' penulisan selain diari manual secara bertulis.

Blog ini juga sebenarnya banyak mengambil peranan diari saya apabila saya mula berblog. Semoga diari manual dan blog ini mampu menjadi titik pembaikan diri dan memberi manfaat kepada sekalian alam jua. Ada tulisan mampu membawa ke Syurga, ada pula mampu menghantar penulisnya ke Neraka.

Semoga taipan tangan dan bacaan-bacaan di blog ini mampu mengajak teman-teman pembaca menuju keredhaan dan kesukaan Allah serta mampu menjadi saham bekalan akhirat buat penulis.

Assalamualaikum.

Tuesday, January 8, 2013

Selamat Menjadi Ahlul Quran

 (gambar kredit kepada Buyie Photography daripada Flickr)



Semalam 7 Januari 2013. Tarikh adik-adik generasi ke-14 Persijilan Tahfiz Darul Quran JAKIM mendaftarkan diri di kampus Kuala Kubu Bharu. Selamat menyerahkan diri kepada Allah untuk menghafal kalam-kalam Allah. Semoga Al-Quran tersemat di hati dan terpancar pada peribadi.

Banyak kisah ingin dikongsi buat adik-adik buat panduan serba sedikit mana yang baik. Pesanan abang di minggu pertama ini,

1. Betulkan niat
2. Tetapkan matlamat hidup
3. Tetapkan matlamat ingin dicapai di Darul Quran
4. Tetapkan target pengajian setiap semester
5. Baiki hubungan dengan Allah
6. Solat berjemaah adalah sangat penting
7. Rendahkan diri
8. Rajin bertanya jika perlu
9. Bina hubungan dengan teman sebaya dan senior
10.Cari hikmah disebalik setiap apa yang berlaku

 Lihat gambar di atas, ada cerita yang cukup banyak, hebat dan menarik disebalik malam-malam yang dilalui di Darul Quran. Adik-adik boleh membina cita dan mereka cerita sendiri, tapi abang punya beberapa kisah menarik masih dalam simpanan minda in sya Allah. Perkongsian malam hanya buat yang mahu berjaya dan mujahadah. =)

 Lain catatan, in syaa Allah lain perkongsian buat renungan kita bersama ya.

Selamat bermujahadah.   

Sunday, January 6, 2013

Amarah di Pagi Hari

Apabila marah, sejukkan dengan wudhu', ubah kedudukan (jika sedang duduk, maka berdirilah, jika sedang baring maka duduklah). Mudah bukan petua untuk menghilangkan amarah ini? Mudah ditulis, tak semudah dibuat dan diamalkan.

Menulis dengan marah juga akan menghasilkan aura negatif dan menyebabkan orang disekeliling kita terasa dan boleh memburukkan keadaan. Inilah hikmahnya Baginda Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam memberi pesan banyak kali, "Jangan marah, jangan marah dan jangan marah...." Disebalik sabar itu ada hikmah yang cukup dahsyat.

Sebuah kisah daripada Stephen Covey; Seorang doktor muda yang mempunyai anak baru ke sekolah dan seorang isteri. Suatu hari di suatu pagi. Dalam kekalutan bersiap ke tempat kerja, dan menyiapkan anak ke sekolah, tiba-tiba anak meragam. Meragam ehek ehek ehek ehek, tak mahu makan dan mood tidak elok.

Lalu disuruh anak makan pagi dan dihulurkan susu. Anak masih meragam dan menolak pemberian susu sehingga tumpah air susu itu terkena baju si ayah. Ayah yang dah panas semakin panas dipagi hari. Mungkin ditibainya anak itu, mungkin dicubitnya anak itu, mungkin sekadar diacah tangannya yang diangkat tinggi untuk mendiamkan anak. Situasi bergantung kepada keimanan  dan kesabaran ayah tersebut.

Lalu ditariknya telinga anak itu dan dimarahinya sedikit. Apakah reaksi anak? Semakin kuat menjerit, meragam dan terus naik ke atas merajuk tanda protes. Isteri pula bising-bising. "Alah abang ni, budak je kan tuh, biasalah tuh menjerit-jerit bising-bising, dengan budak pun nak berkira abang ni."

Lalu kalut pula kena tukar baju, dan memujuk anak untuk ke sekolah. Lalu ke sekolah dan bersama isteri juga bekerja. Anak sampai kesekolah lewat, mungkin dikenakan tindakan disiplin pula atas kelewatannya tiba disekolah. Ayah dan ibunya juga tiba lewat disekolah.

Baik, apakah anak itu hari itu moodnya baik? Tidak. Anak itu hari itu memulakan hari dalam merajuk, menangis dan sedih ditambah pula lewat tiba disekolah. Isteri juga begitu, hari dimulakan dengan serabut dan tidak tenang memikirkan masalah dan macam-macam. Suami si ayah tadi juga dalam keadaan serabut memikirkan anak, isteri dan juga tiba lewat ditempat kerja. Apakah mereka tenang, bahagia dan ceria?

Andaikata tadi semasa anak menumpahkan susu ke baju si ayah, maka sabarlah barang seketika. Apa yang perlu dibuat? Tak perlu marah anak, terus pergi tukar baju. Bila begitu, adakah anak akan merajuk dan tambah menangis? Tak. Apakah anak akan sampai lewat ke sekolah? Tak, kerana anak tak merajuk dan tak perlu dipujuk. Apakah isteri suka? Ya. Apakah si ayahnya juga akan sampai awal ke tempat kerja?. Ya.

Maka di sini, sabarlah barang seketika, kerana pada sabar itu ada hikmah yang sangat dahsyat. =)

*Ubahsuai dari cerita yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Ridhauddin Mohd Salleh di kampus dua tahun yang lepas.


Saturday, January 5, 2013

Selamat Hari Lahir ke- 30 Tahun

Hari ini pagi 5 Januari sudah genap umur abang sulung saya Mohd Nurul Hisyam bin Mohamed mencecah 30 tahun. Hidup bertambah ceria dengan kehadiran 3 cahaya mata yang menceriakan dan menambah pahala buat abangku sekeluarga.

Semoga terus kuat berbakti kepada agama, masyarakat, negara dan tanah air. Doakan juga ummi dan abah yang sejak kecil mendidik dan membesarkan kita sehingga menjadi manusia yang berguna kepada orang lain. Ucapan ringkas dari adikmu.

Dari seberang Sungai Kelantan.

Tuesday, January 1, 2013

Penanda Aras Terbaik Kehidupan Hati

Keluaran 10 Disember 2008 dengan pengubahsuaian.

Alhamdulillah ku tiba jua di bumi tercinta, bumi barakah tempat ku menadah ilmu menatang budi. Kuantan kampus yang redup bening dari kebisingan kota raya. Ku merenung ke dalam diri, kenapa aku terlalu sukar menjaga mulut dan hati. Dari hari ke hari, dari minggu ke minggu kenapa hati ini tak pernah tenang setenang diriku yang dulu.  Di mana silapnya?

Seharian ku didalam kereta menuju kuantan, aku didesak rasa sebak dan sedih dengan keadaan iman dan jiwaku. Diam tanpa bicara.  Em, teringat kata-kata ustaz Badrulhisyam yang hidupnya bagaikan al-Quran berjalan dimana-mana. "nta takkan jumpa pemberi peringatan sebaik al-Quran, ada orang yang hidup hatinya, cukuplah alQuran sebagai pemberi teguran." Benarlah firmanNya : (fazakkir bilQurani man yakhafu wa'id). Nampaknya ku terleka dari janji burukNya. Astaghfirullah..

Berbicara soal perjuangan, ayuh teman kita penuhi tuntutan pertama seorang saudara muslim mukmin yang berjuang " Seorang al-akh mestilah menyempurnakan zikir alQuran harian sekurang-kurangnya 1 juz setiap hari , bacalah sebanyak mungkin tapi janganlah dikhatamkan dalam tiga hari. "

Tuntutan pertama pun rasanya terlalu berat tika ini. Ya ALLAH jauhkanlah kami dari maksiat semoga ringan jalan ini. Masih ada 37 tuntutan mesti di disiplinkan...patutlah hati ini masih belum merasai sepenuhnya kehebatan roh ikatan hati.......

Ayuh kita membina Islam didalam diri, moga-moga terpancar cahaya kebenaran Islam dimana jua kita tercampak!
 

Masa Itu Nyawa