Wednesday, December 26, 2012

Membentuk Sedari Dalam Kandungan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Menulis blog sebenarnya adalah salah satu lapangan untuk saya mempertajamkan sudut pandangan dan kemahiran menulis. Tetapi menyedihkan apabila sudah lama lapangan kemahiran dan latihan menajamkan minda ini dibiarkan. Sedangkan terlalu banyak peristiwa menarik dan memberi pengajaran berlaku setiap hari sepanjang masa.

Alhamdulillah buat masa sekarang, isteri saya sedang menanggung beban yang berat didalam kandungan. Hamil? Ya. Pasti gembira menanti kehadiran seorang anak bukan?

Sekadar renungan ringkas sebelum tidur. Bagaimanakah rasanya dulu ummi dan abah menyambut menanti kehadiran kami? Bagaimanakah pula rasanya pedih bila bayi pertama dijemput terlebih dahulu? Teringat orang-orang di uji.

Maka bersyukurlah dan bergembiralah meniti hidup. Jika dikurnia ucaplah alhamdulillah dan buatlah ketaatan. Jika diambil kurniaan kembali, juga ucaplah alhamdulillah kerna simpanan dan amanah berharga itu telah terlebih dahulu menanti kita untuk membantu kita ke Syurga, dan teruslah ketaatan.

Kenapa bang? Kerana kita adalah hamba yang dipinjamkan. Kerana kita selalu di uji dengan senang dan susah. Kerana kita selalu terleka bila terlalu gembira. Kerana kita mudah mengingati-Nya bila bila di uji. Maka, pujilah Allah di saat susah mahupun senang.

Jadilah hamba yang sebenarnya disaat isterimu mengandungkan anak-anakmu, dan teruslah istaqamah dalam kehambaan sehingga mati. Kenapa bang? Kerna.. anak-anak itu sangat-sangat dipengaruhi oleh watak dan emosi ibu dan ayahnya semasa sedari dalam kandungan lagi. Lebih-lebih lagi saat sel-sel otaknya sedang pesat berkembang didalam kandungan ibu.

Sayangi ibumu, ayahmu, isterimu, adik beradikmu, dan bakal anakmu. Tapi jangan sampai sayang kepada mereka melebihi sayangnya kamu kepada Allah dan Rasul. Pesankan ini kepada bayi dalam kandungan, moga lahir nanti jadi mata rantai perjuangan Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam. Ameen.


No comments:

Masa Itu Nyawa