Sunday, April 1, 2012

Titipan Bekal Istiqamah

Bismillah.. Dhuha. Quran. Qiam. Senyum. Mathurat kubra. Teriak. Menangis. Laut. Air terjun. Sirah. Isu semasa. Siput babi. Spot check. Rush. Bengkel. Peluh. Darah. Air mata. Marah. Tilam bumi. Tilam syurga. Nyamuk. Hama. Uhud. Badar. Talam. Ais krim. Amanah. Keraguan. Yakin diri. Rahsia. Ikhlas. Sedia berubah. Serius. Kerjasama. Report. Mesyuarat. Flow. Kereta. Motor. Kembara. Bukit. Kolam. Ikan keli. Selut lumpur.Tanah liat. Duri. Ayam. Seksaan. Adab. Akhlak. Fokus. Sentuhan hati. Perkasa jasad. Korban. Masa. Kekemasan. Disiplin diri. Kopi. Akok. Makan semut. Kawad. Polis. Demo. Kertas. Janji. Lipan. Pocong. Pagar. Ruqyah. Sakit. Pengsan. Kematian. Jasad berwajah jenazah... Jasad yang telah pergi. Tipu. Benar. Tenang.

Semuanya manis jika dikenang. Pahit bila kelibatnya makin menghilang.
Ada yang telah pergi dalam istiqamah.
Ada yang masih hidup hilang istiqamah.
Ada yang diluar menyumpah seranah.

Untunglah yang pergi dalam istiqamah.
Untunglah yang bersabar penuh tabah.
Untunglah yang idolanya Rasulullah.
Untunglah yang jual belinya dengan Allah.
Untunglah yang menanti janji-janji Allah...


-menitip ukhuwah bekal istiqamah-
~ Berdekatan Istana Mata Air, Air Mata rakyat bumi Serambi Mekah, tanah serendah sekebun bunga.

2 comments:

'ilm seeker said...

Salam 'alaik,
Istiqamah=konsisten dalam kerangka islami dan iman di hati?

Nur said...

berat untuk istiqamah dalam meninggalkan apa yang dilarang dan membuat apa yang disuruhNya. Doakan moga kita tergolong dalam yang diberi kekuatan untuk istiqamah sebegini.

Masa Itu Nyawa