Skip to main content

Sebak..

Sebak melihat blog sendiri. Sebak melihat amalan sendiri. Sebak melihat kata2 sendiri yang sangat berat untuk diamalkan. Sebak kerana mulut ini terlalu banyak berkata-kata. Sebak kerana tiada disiplin diri yang konsisten. Sebak melihat hasilnya kepada perjuangan Islam yang dipandang serong dan tempang. Sebak kerana tidak menyempurnakan amanah. Sebak menatap tulisan2 bingkisan2 lama diari sendiri.

Sebak segala keburukan teguran ustaz terkena kepada diri sendiri sahaja. Sebak melihat nasib dikuburan yang tak pasti. Sebak bercerita tentang dosa pahala tapi diri sendiri yang paling tak ambil kisah dosa pahala. Sebak sebut syurga neraka sedangkan hati mati tak rasa takut neraka. Sebak mengaku cinta Nabi tapi diri ni lah paling jauh dengan benda2 yg Nabi suka.

Sebak pernah hafal Quran tapi setiap satu ayat Quran setiap hari terus memukul diri ini sebab melupakan Quran. Sebak melihat berjuta2 tuntutan quran tak mampu ditunaikan. Sebak dengar ayat Quran tapi tak nampak di mana. Sebak bila Nabi kata orang yang diberi nikmat Quran lalu dia lupakannya dia akan jumpa Allah dalam keadaan tempang dan cacat..

Sebak sebab hati ni terlalu keras. Sebak sebab hati ni jauh ngan Allah. Sebak tak dapat tunaikan solat berjemaah setiap waktu. Sebak sebab dosa2 terhalang dari buat ibadah. Sebak tak bersungguh jaga amanah warisan Nabi..Quran dan Sunnah. Sebak...sudah pasti dengan dosa kelalaian semua ini tak ada tempat buatku di Syurga..

Sebak.. mahukah Nabi terima aku yang busuk penuh dosa ini .. Sebak bila tak dapat minum ataupun apa2 keistimewaan didunia lalu teringat keistimewaan sangat besar bila dapat minum dari telaga kauthar Nabi.. Sebak bila ingat akan ada Malaikat yang jaga telaga kauthar Nabi akan halau ummat Baginda yang derhaka dari minum dari telaga Nabi.. Sebak bila Allah tak mahu pandang lagi wajah dan diriku.. Sebak.. Bila lupakan Allah..Allah akan lupakan diri yang lupakannya.. Sebak yang tiada penghujung, hanya hati yang penuh kelekaan dan keburukan ini kuserahkan pada-Mu Allah.. Sucikanlah hati ini dan amalan serta sikap dan tinggalan kesan-kesan kerja buat ku dalam keadaan suci.

Aku mahu menghadap-Mu dalam keadaan gembira, suka dan rindu.. Biarlah sebak di sini, jangan sebak dibarzakh, mahsyar dan akhirat. Biarlah sebak sekarang, mahu sekali riang gembira dan rindu membuak-buak cintakan akhirat meluap-luap. Malunya diri ini ada rasa cinta pada dunia yang disebut dan dianggap bangkai oleh baginda Nabi.. Malu yang berpanjangan, sebak tak berkesudahan.

Hati-hati ini sudah lama mati, hidupkanlah ya Allah.. datangkanlah cinta dan rindu pada akhirat, pada taman-taman syurga, pada bertemankan orang-orang solih, pada rindukan menatap Baginda Nabi, pada rindu memandang asyik wajah Allah..

Dunia hanyalah tempat bercucuk tanam dan menebar jala usaha...


Mohd Nuruddin Mohamed
Yang mengharap pengampunan Allah.

Comments

As said…
Wallahul mustaan Bro insyaAllah ameen!

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…