Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Membentuk Sedari Dalam Kandungan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Menulis blog sebenarnya adalah salah satu lapangan untuk saya mempertajamkan sudut pandangan dan kemahiran menulis. Tetapi menyedihkan apabila sudah lama lapangan kemahiran dan latihan menajamkan minda ini dibiarkan. Sedangkan terlalu banyak peristiwa menarik dan memberi pengajaran berlaku setiap hari sepanjang masa.

Alhamdulillah buat masa sekarang, isteri saya sedang menanggung beban yang berat didalam kandungan. Hamil? Ya. Pasti gembira menanti kehadiran seorang anak bukan?

Sekadar renungan ringkas sebelum tidur. Bagaimanakah rasanya dulu ummi dan abah menyambut menanti kehadiran kami? Bagaimanakah pula rasanya pedih bila bayi pertama dijemput terlebih dahulu? Teringat orang-orang di uji.

Maka bersyukurlah dan bergembiralah meniti hidup. Jika dikurnia ucaplah alhamdulillah dan buatlah ketaatan. Jika diambil kurniaan kembali, juga ucaplah alhamdulillah kerna simpanan dan amanah berharga itu telah terlebih dahulu menanti kita untuk membantu…

Bagaimana Sepatutnya Kita Menerima Nasihat?

Memberi nasihat itu mudah dan yang berat ialah untuk menerima isi nasihat, kerana setiap nasihat itu dirasakan tersangat pahit bagi sesiapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya.

Nafsu sangat mencintai perkara-perkara dilarang apatah lagi bagi orang yang mencari ilmu yang rasmi (maksudnya mencari ilmu supaya mendapat sesuatu gelaran rasmi) serta sentiasa sibuk untuk menonjolkan kehebatan diri dan menghimpunkan kesenangan dunia, kerana orang seperti ini biasanya menganggap bahawa hanya dengan sekadar memperolehi ilmu itu sudah cukup menjadi sebab keselamatannya dan sebab kebahagiaannya maka ia tidak perlu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya itu.

Orang seperti ini sebenarnya telah terpengaruh dengan i'tiqad dan aliran pemikiran ahli falsafah (yang dimaksudkan ahli falsafah ini boleh diertikan dengan orang yang mempunyai fahaman sekular dizaman sekarang). Subhanallah, alangkah kelirunya pemikiran yang seperti ini.

Bukankah ia telah mengetahui bahawasanya seseorang itu apabi…

7 Tahun Rantaian Berterusan (Sekadar Contoh)

23 September 2005 khatam tasmi' hafazan dengan Ustaz Abdul Mannan Mohamad. Sekarang sudah 24 September 2012. Apakah kualiti 7 tahun itu memadai dengan masa yang berlalu?

Ada teman-teman yang khatam lebih awal, bulan Ogos 2005 kalau tak silap saya dan alhamdulillah hari yang sama ada seorang juga teman yang khatam sama dengan saya. Persoalan; apakah kualiti ataupun beza kualiti dalam jarak 7 tahun khatam hafazan?

Untuk memudahkan kira-kira kita semua, cuba kita tengok secara mudahnya begini. 7 tahun sama dengan  84 bulan. 84 bulan bersamaan dengan 336 minggu secara kasarnya jika diambil sebulan bersamaan 4 minggu.

Daripada 336 minggu ianya pula bersamaan 2352 hari jika didarab dengan 7 hari setiap minggu. 2352 hari jika dikali dengan 24 jam setiap hari pula berjumlah sebanyak 56448 jam. Manakala 56448 jam itu jika dibesarkan lagi angkanya supaya mengikut skala minit akan menjadi 3,386,880 minit (3 juta 3 ratus 86 ribu 8 ratus 80 minit).

Apalah yang ada dengan permainan angka ini? …

Nota Himpunan Mahasiswa Matrikulasi 2007. Apa Khabar?

"Mereka itu pemuda-pemuda yang beriman dengan tuhan mereka, dan ditambahkan kepada mereka hidayah petunjuk.."

1. Kenapa perlu dakwah di IPTA/IPTS? ianya suatu kewajipan agama. Bukan reka-rekaan manusia. (ali-Imran: 104)
-Soal akademik perlu diutamakan seiring dengan kerja dakwah.
-Menyediakan jawapan apabila berhadapan dengan soal jawab dengan Allah tentang tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada kita sebagai penyeru kepada jalan Allah dan sebagai seorang pelajar yang juga merupakan satu tuntutan didalam Islam.

2. Kerja dakwah adalah kerja para Nabi.
-Ianya tugas yang mulia. (Samaada kita suka ataupun tidak)
-Usaha sehabis mungkin, insyaAllah memang Allah akan bantu hambaNya yang berusaha (Syed Qutb)

3. Kerana masyarakat sekarang sedang sakit tenat.
-Akhlaknya rendah.
-IPTA sedang menghadapi krisis moral.
-Universiti semakin balik ke zaman 70-an apabila sinar kemegahan dan kemuliaan Islam semakin hilang dan tiada dirasai.
-Kekalkan identiti kita sebagai pelajar Islam…

Waktu Itu Adalah Kehidupan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Wahai anakku yang tercinta, 
Sudah dua hari terlupa dan disibukkan dengan agenda hidup yang sebenarnya masih langsung tidak sesibuk saat dikampus dahulu. Memulakan untuk menulis kembali adalah sesuatu yang baik, tapi membaiki diri selaras dengan penulisan adalah yang terpenting. Bahkan, terus menulis untuk membaiki diri dan mengajari diri supaya terus mengajak kepada yang ma'ruf dan mencegah kepada yang mungkar adalah suatu yang sangat hebat melebihi kehebatan seribu keramat. Seandainya istiqamah di jalan Allah, seandainya istiqamah mengikut perintah Allah dan menjauhi larangan Allah, itulah sebenar-benar keramat.
Antara nasihat Imam Ghazali adalah mengambil dari hadis Baginda Nabi  صلى الله عليه وسلمyang mana ertinya ialah :
"Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah taala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang te…

Wahai Anakku Yang Tercinta

Bismillahirrahmanirrahim. Tiada ilmu tiadalah amal. Methodologi memahami agama, menguatkan akidah dan Iman bermula dengan faham dan amal wahai anakku yang tercinta. Menulis sesuatu supaya jadi bekalan tatapan generasi mendatang walaupun jasad sudah didalam perut bumi adalah keperluan untuk terus hidup dan aktif akaun amalan seseorang itu. Semoga ikhlas perbuatan hati, lidah dan amal. Semoga Allah menerima amalan.

Anakku yang tercinta,

Ayahanda hanya mampu menukilkan penulisan-penulisan baik dan soleh para 'alim 'ulama' kita. Di sini bermula siri-siri pendidikan buat diri abi dan mama saat mengetahui dan membilang hari kedatangan permata cinta. Ianya bermula sebelum perkahwinan lagi anakku, demikian dinukil indah Prof. Dr. Abdullah Nasih Ulwan (moga-moga Allah merahmati beliau) dalam karya agung beliau tentang pendidikan anak-anak didalam Islam.

Buat mukaddimah abi menulis setelah sekian lama membiarkan laman ini, mari kita sama-sama hayati sedikit bingkisan dari Imam Hujja…

Mengemas Halaman

Halaman rumah yang bersih biasanya menggambarkan tuannya yang pembersih. Bagaimana pula dengan laman di alam maya jika tidak dikemaskini selalu. Mungkin kelihatan serabut pada pandangan yang suka membaca. Sekarang ini zaman manusia sibuk dengan kemajuan gajet-gajet baru setiap hari dan juga kewujudan semakin banyak laman-laman sosial yang lebih mudah dan menarik untuk kita berhubung antara satu sama lain.

Melihat laman murabbi-murabbi, banyak yang tidak sempat dikemaskini kerana sibuknya mereka dengan kerja-kerja mengajar, mesyuarat dan segala macam bagai kewajipan lain yang tak terungkap disini. Melihat juga beberapa laman ustaz-ustaz yang aktif mengemaskini laman. Mereka juga sibuk tapi masih sempat mengemaskini laman. Tapi kesibukan yang amat sangat itu sebenarnya belum sesibuk para-para pekebun tarbiyah yang khusus.

Ada orang sibuk mengemaskini laman dan halaman rumah sendiri, untuk kebaikan dan mengajak orang lain kepada Islam. Moga diterima amalan dan diberi ganjaran oleh-Nya. A…

Sedikit Bingkisan Berkenaan 'Ulama ; Adab, Akhlak dan Jalan Menuju Allah

Nukilan ringkas mengimbangi entry seorang anak muda aktivis sosial dan juga pemikir alternatif.



Assalamualaikum saudara.
Ada baiknya perbincangan saudara digarap dan diperhalusi dengan beberapa kefahaman (fiqh) yang perlu lagi penting buat pendakwah di alaf baru ini seperti fiqh nusus, fiqh awlawiyat, fiqh muwazzanat, fiqh ikhtilaf, fiqh waqi' , fiqh taghyir dan banyak lagi fiqh yang berkaitan. Kurang berpijak dibumi awam ini kalau terlalu tinggi dilangit falsafah tanpa ada dasar aqidah yang pasti mahu dituju buahnya.
Mungkin ada yang terkeliru dengan label-label itu. Sedangkan kita tidak pernah melabel sesama sendiri. Kenapa dan bagaimana pula timbulnya istilah2 label sebegini? Sedangkan 'ulama adalah pewaris nabi dan kita semua menghormati semua para 'ulama. Tapi tempat perujukan kita perlulah mengikut bidang kepakaran seseorang 'ulama.
Ibrah dan pengajaran adalah pada apa yang dinamakan, bukan pada nama itu semata-mata.
Ada dalil tentang hukum hakam yang kita tida…

Pendidikan Percuma

Pengalaman di bumi Syam 4 tahun yang lepas sangat membuka minda. Ada seorang senior saya yang baik akhlaknya, bagus pergaulannya, dan selalu sahaja mendapat mumtaz dalam peperiksaannya sangat menarik minat mudir madrasah dan jami'ah kepada beliau. Akhirnya beliau di belanja belajar secara percuma tanpa perlu memikirkan yuran kuliah yang sebanyak 12,000 lira setiap tahun. Majaanan! Percuma!

Tahun seterusnya beliau masih mengekalkan prestasi dan terus mendapat pendidikan percuma. Itu cerita pertama.

 Kesukaran mendapatkan tempat dan membayar yuran tidak menimpa semua pelajar di bumi Syam. Kebanyakan pelajar yang datang dari negara yang Islam susah dan ditindas kebiasaannya sangat mudah untuk menerima pembiayaan percuma daripada syekh-syekh. Ini semua zakat dan jihad kewangan dari para 'ulama untuk melihat Islam bangkit ditempat yang tertindas itu.

Pergi mencari syekh untuk bertalaqqi al-Quran. Di bawa oleh teman serumah, saudara Hafizi ke madrasah Syekh Abu Yasin. Usai sesi ujia…

Pesanan Buat Doktor, Perawat dan Pekerja Bidang Kesihatan

Mutiara ilmu dari Fadhilatus Sheikh Dr. Yusri Rushdi Syed Jabr Al-Hasani.



1.Adalah perlu bagi penuntut ilmu perubatan belajar dengan penuh tanggungjawab sehingga dia menjadi pakar dalam bidangnya. Ketika ayahku meninggal ketika aku masih belum tamat pengajian perubatan, aku terfikir untuk keluar bekerja dan mengumpul duit. Syaitan sentiasa mendorong berbuat demikian namun aku mengambil keputusan untut tetap meneruskan pengajian walaupun dalam keadaan payah. Imam Syafie berkata: Jika kamu meninggalkan seorang guru ketika belum sampai masanya, maka Allah akan haramkan kebaikan padamu. Menuntut ilmu memerlukan masa yang panjang dan kecerdikan (zakiyy).


2.Seorang doktor Muslim perlu menguasai ilmu qawaid fiqhiyyah dan qawaid tibbiyah. Perlu juga menguasai maqasid syari’yyah iaitu menjaga akal, harta, agama, jiwa dan nasab. Contohnya dalam masalah percampuran nasab seperti bank sperma, ini dilakukan oleh mereka yang jahil dan tak beriman kepada Allah. Tak patut bagi seorang doktor Muslim …

Rahsia Solat di Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?



WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenag…

Titipan Bekal Istiqamah

Bismillah.. Dhuha. Quran. Qiam. Senyum. Mathurat kubra. Teriak. Menangis. Laut. Air terjun. Sirah. Isu semasa. Siput babi. Spot check. Rush. Bengkel. Peluh. Darah. Air mata. Marah. Tilam bumi. Tilam syurga. Nyamuk. Hama. Uhud. Badar. Talam. Ais krim. Amanah. Keraguan. Yakin diri. Rahsia. Ikhlas. Sedia berubah. Serius. Kerjasama. Report. Mesyuarat. Flow. Kereta. Motor. Kembara. Bukit. Kolam. Ikan keli. Selut lumpur.Tanah liat. Duri. Ayam. Seksaan. Adab. Akhlak. Fokus. Sentuhan hati. Perkasa jasad. Korban. Masa. Kekemasan. Disiplin diri. Kopi. Akok. Makan semut. Kawad. Polis. Demo. Kertas. Janji. Lipan. Pocong. Pagar. Ruqyah. Sakit. Pengsan. Kematian. Jasad berwajah jenazah... Jasad yang telah pergi. Tipu. Benar. Tenang.

Semuanya manis jika dikenang. Pahit bila kelibatnya makin menghilang.
Ada yang telah pergi dalam istiqamah.
Ada yang masih hidup hilang istiqamah.
Ada yang diluar menyumpah seranah.

Untunglah yang pergi dalam istiqamah.
Untunglah yang bersabar penuh tabah.
Untunglah yang ido…

Inspirasi Anak Muda Malaysia (INSPIRASI)

Jemput ke laman ini

Sebak..

Sebak melihat blog sendiri. Sebak melihat amalan sendiri. Sebak melihat kata2 sendiri yang sangat berat untuk diamalkan. Sebak kerana mulut ini terlalu banyak berkata-kata. Sebak kerana tiada disiplin diri yang konsisten. Sebak melihat hasilnya kepada perjuangan Islam yang dipandang serong dan tempang. Sebak kerana tidak menyempurnakan amanah. Sebak menatap tulisan2 bingkisan2 lama diari sendiri.

Sebak segala keburukan teguran ustaz terkena kepada diri sendiri sahaja. Sebak melihat nasib dikuburan yang tak pasti. Sebak bercerita tentang dosa pahala tapi diri sendiri yang paling tak ambil kisah dosa pahala. Sebak sebut syurga neraka sedangkan hati mati tak rasa takut neraka. Sebak mengaku cinta Nabi tapi diri ni lah paling jauh dengan benda2 yg Nabi suka.

Sebak pernah hafal Quran tapi setiap satu ayat Quran setiap hari terus memukul diri ini sebab melupakan Quran. Sebak melihat berjuta2 tuntutan quran tak mampu ditunaikan. Sebak dengar ayat Quran tapi tak nampak di mana. Sebak bila Nabi…