Skip to main content

Andai Ini Wasiatku, Sedarlah Diri!

Kerna aku milik-Mu,
Duhai Tuhan..Kiranya diriku penuh dengan noda dan dosa,
Minta Kau ampunkan segala,
Aku..hambaMu yang tidak punya apa,
Aku..seorang hamba yang ingin memohon segala-gala dari Tuhanku yang Esa,
Namun, apakan daya..jiwaku jiwa yang ternoda,
Maksiatku berganda,
Ibadatku hanya sekecil cuma,
Bagaimana mungkin Engkau menerima permintaan aku segala,
Andai ini wasiatku..


Kiranya jasad ini pergi, kiranya jasad ini pergi,
Mohon teman-temanku bantulah aku disana,
Bukan dengan kiriman harta,
Hanyaku pohon kiriman pahala,
Semua yang pernah ku titipkan,
Bukan kubuat itu sengaja,
Kubuat dengan tujuan untuk hari muka,
Kiranya kau beramal..ingin sekali ku tuai di sana,
Hanya amalan mu ku pinta..
Kiranya amalanmu daripada nasihatku,
Moga-moga pahalamu juga untukku,
Kiranya kau pernah berbuat maksiat lalu dengan nasihatku kau meninggalkan,
Moga-moga ia memberi kesan kepadaku diperut bumi,
Yang menyendiri tiada ditemani,
Namun adik-adik teman-temanku sekalian, jasad ini masih disini,
Jasad ini hanya kan pergi ke satu arah yang lain,
Jasad ini yang pernah memesani,
Jadilah seseorang yang menapak dibumi,
Yang menyumbang kepada pertiwi,
Islam yang kita cintai,
Hari ini aku ingin menabur budi,
Bukan hanya untuk memesani,
Aku hanya pergi untuk menyambungkan usahaku di bumi,
Andai itu tujuanku.. duhai adikku kemana kamu?
Selalu ku titipkan pada mu ,
Jadilah seseorang bukan sembarangan,
Jadi, aku berusaha duhai adikku, untuk menjadi seseorang supaya pesanan ini kubuktikan..


Andai ini wasiatku,
Pemergianku, mohon ditemani,
Bukan ku pergi berseorangan,
Bukan bertemankan badan,
Bukan bertemankan harta yang engkau kumpul-kumpulkan,
Hanya ku mohon, temanilah aku dengan doamu,


Agar..kita menyedari,
Bahawa kita memang hamba di bumi,
Islam satu hari nanti,
Akan bertapak di sini,
Tempat kita berdiri!


-Sajak Oleh Abang (Ust) Ridhauddin Mohd Salleh-

Ole-ole renungan buat diri yang semakin kehilangan modal utama,
Satu-satunya modal itulah nyawa,
Satu-satunya bekalan hanyalah taqwa,
Saat demi saat berlalu masa,
Maksiatku tertimpa,
Taubatku terlupa,
Jalan ini terbuka,
Penyucian atau kemaksiatan ditata?
Sedang Dia mengetahui khianatnya mata,
Lagi mengetahui rahsia di dada..


Duhai diri, sedarlah yang kau kan pergi,
Bila-bila masa sahaja..

-Tambahan coretan diri yang hina tambah berumur-
Mohd Nuruddin Mohamed,
Bait al-Farouq.

Moga dikurniakan kebenaran dalam perkataan dan keikhlasan dalam beramal.

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…