Thursday, November 3, 2011

Teruskan Berdoa, Semoga Berjaya



Berdoa. Doa itu otak ibadah. Doa itu senjata orang mukmin. Tapi ada yang lebih berkesan dari doa. Iaitu membuat segala suruhan Allah dan menjauhi serta mengingkari segala laranganNya.

Semua orang berdoa. Nabi berdoa, Abu Jahal pun berdoa. Tok Guru berdoa, kaki botol dan pelulus lesen judi pun berdoa. Beza doa mereka ialah Nabi dan para pewarisnya, alim-ulama' tok-tok guru ini berdoa dengan penuh keberkatan kerana menjaga semua suruh larang Allah. Yang lainnya pun berdoa, tapi tiada berkat dan tak bermakna sebab meminta tapi dalam masa yang sama tidak menunaikan hak-hak kepada Allah.

Allah... Teruskan berusaha menjaga diri dari maksiat dan teruskan berdoa walaupun bukan di musim peperiksaan.

No comments:

Masa Itu Nyawa