Sunday, November 20, 2011

Peduli Ummat!


Ini kerja gila. Ini lahir dari kaki tangan yang tiada rasa kemanusiaan. Ini juga lahir dari rasa bangga dengan kebangsaannya bangsa Yahudi yang meletakkan bangsa lain sebagai tiada nilai, atau sama nilai dengan binatang. Itulah kenapa kita tidak boleh terlalu berbangga-bangga dengan nilai kebangsaannya kita, kerana Allah hanya melihat kepada amalan dan hati kita. Disitulah tempat jatuhnya pandangan Allah kepada kita. Lalu, apa boleh dibuat saudara kita di Palestin yang selalu ditekan, ditindas dan dinafikan haknya oleh Zionis perompak perampas tanah air ini? Doa, doa, doa dan teruslah berdoa. Itulah senjata kita orang Mukmin.


Langkah seterusnya, cuba kita letakkan tempat kita di tempat wanita yang merayu-rayu meminta jangan dipijak anak/adiknya itu. Bayangkan jika wanita adalah emak atau kakak kita. Bayangkan jika yang dipijak itu adalah adik atau anak kita..bayangkan dan bayangkan. Hakikatnya yang dibayangkan itulah yang benar-benar berlaku kerana mereka adalah adik beradik saudara mara kita yang punya ikatan ruh, hati dan jiwa yang sama-sama mengakui tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..

No comments:

Masa Itu Nyawa