Wednesday, November 30, 2011

Teruji? Tempted?

1st day; Orientation


CCU (Coronary Care Unit)

-8 Room
-CVS Problem
-A lot of angioplasty related.
-Echo room
-1 Shift 4 people work (all have post-basic in critical care)
-Sponging, bed making, linen, etc for patients on 4am.

#Friday present 1 case (Homework for wednesday and thursday)


ICU (Intensive Care Unit)

-Must done hand washing before enter
-Have 3 sister incharge
-17 beds + 4 beds for cardiothoracic + 2 beds for isolation
-Have 3 fridge for different medical purposes
-Also have ABG machine analysis
-Feeding room (to prepare milk and TPN? for patient)
-APS room (acute pain service). Control and run for all hospital requirement. 3 SN incharge, specialist in it.
-Utility room (what special with this?) Nothing, but important for hygiene.
-Usually 9am-11am time for Dr round. Student can follow Dr round to learn more on patient condition and treatment.

** Common routine;
-Passing over
-Give medication
-Ward round
-Observation
(although look boring or too simple, but we learn a lot from this since we have different patient with different condition and different background) So here, knowledge and communication skill is vital!
** A very big ICU ward.


ONCOLOGY DEPARTMENT and WARD

-Oncology ward
-Oncology clinic
-Radiotherapy
-Day care (on chemo, palliative care, radiotherapy)

Routine:
- Passing report
- Bed making (must DONE GLOVE, precaution on wasted or unknown sources chemo drug)
- 28 beds (13 male, 15 female) + 2 isolation room
- Management; use in-charge runner (not team leader)
- Have special chemo nurse
- ** Treat the symptomatic before give chemo because patient need to be in stable condition before undergo chemo treatment.

That's all for first day reflective diary in educational hospital. What hospital is this? A good teaching hospital insyaAllah.

29th November 2011,
Mohd Nuruddin Mohamed,
Mujamma' Siddiq Radiyallahu 'anh.

Wednesday, November 23, 2011

The Best Foundation



Our Iman (faith) can increase and decrease. Pray that Allah keep increase and put us in faith until our last breath. Innamal a'mal, khawatimahu.

Tuesday, November 22, 2011

Plan B



But still need for plan C, plan D, plan E, until Z. Means here, be flexible but assert with principle.

Sunday, November 20, 2011

Peduli Ummat!


Ini kerja gila. Ini lahir dari kaki tangan yang tiada rasa kemanusiaan. Ini juga lahir dari rasa bangga dengan kebangsaannya bangsa Yahudi yang meletakkan bangsa lain sebagai tiada nilai, atau sama nilai dengan binatang. Itulah kenapa kita tidak boleh terlalu berbangga-bangga dengan nilai kebangsaannya kita, kerana Allah hanya melihat kepada amalan dan hati kita. Disitulah tempat jatuhnya pandangan Allah kepada kita. Lalu, apa boleh dibuat saudara kita di Palestin yang selalu ditekan, ditindas dan dinafikan haknya oleh Zionis perompak perampas tanah air ini? Doa, doa, doa dan teruslah berdoa. Itulah senjata kita orang Mukmin.


Langkah seterusnya, cuba kita letakkan tempat kita di tempat wanita yang merayu-rayu meminta jangan dipijak anak/adiknya itu. Bayangkan jika wanita adalah emak atau kakak kita. Bayangkan jika yang dipijak itu adalah adik atau anak kita..bayangkan dan bayangkan. Hakikatnya yang dibayangkan itulah yang benar-benar berlaku kerana mereka adalah adik beradik saudara mara kita yang punya ikatan ruh, hati dan jiwa yang sama-sama mengakui tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..

Saturday, November 19, 2011

Keep Online!



Although without high technology, keep our connection with Allah without 'idle' and any offline.

Never online with syaitan, it will make us offline with Allah.

Keep online with Allah, insyaAllah we'll keep offline from syaitan's plan with Allah's will and power.
InsyaAllah.

Friday, November 18, 2011

Bacalah Walau Di Mana Jua



Alhamdulillah, sejuk mata memandang. Inilah sumber kekuatan sebenar. Hubungan hamba dengan Pencipta walau dimana jua.

Thursday, November 17, 2011

Menjadilah, Usah Sekadar Mencari


Lelaki baik buat perempuan yang baik. Perempuan baik buat lelaki yang baik. Lelaki buruk buat perempuan yang buruk. Perempuan yang buruk buat lelaki yang buruk. Jadilah yang baik, pasti akan dapat yang baik juga.

Wednesday, November 16, 2011

10 Peribadi Mulia


Berat. Tapi mulia disisi Allah. Semoga menjadi muhasabah berguna buat diri ini dan sekalian pembaca.

Monday, November 14, 2011

Sebarkanlah Salam


Kepada semua kaum muslimin tak kira yang dikenali atau yang tak dikenali. Sebarkanlah juga salam kebaikan kepada non-muslim dengan ucapan selamat yang bersesuaian dan berpatutan.

Sunday, November 13, 2011

Friday, November 11, 2011

Nama


Pada penamaan itulah seseorang ataupun sesuatu benda itu dikenali. Pada diajarkan nama-nama lah kita dibezakan oleh Allah sebagai makhluk yang mulia. Kisah sebuah perkumpulan yang mengumpulkan beberapa nama yang bersih suci berseri bagaikan putih pasiran pantai yang dipijak mereka semua.


Baiklah, Hilmi, dimanakah Sayednya Saufi, dimanakah Saufinya Saufi, dan dimanakah pula Fahminya Saufi yang kita kenali ini? Lembutkah Saufi ini kerana namanya? Mesti sopan orang yang bernama Hilmi ini kan? Eh, betulkah dan kena tak nama-nama kita ini pada diri kita semua? Jom kita selongkar. Sebelum itu, baik kiranya kita kongsikan dahulu pandangan satu sama lain terhadap nama masing-masing.


Satu perkongsian yang menggembirakan dan memberi satu sudut pandang yang baru terhadap kita dalam lebih mengenali diri. Tapi, cuba kita tengok sekejap ke dalam diri dan cuba kita komen diri kita dengan nama kita masing-masing sahaja. Tidak perlu lihat pada keburukan ataupun kekurangan yang ada pada penamaan individu yang lain.


Saya mulakan dengan Nuruddin. Satu nama yang berat untuk diterima. Tapi cukup suka untuk dipanggil dengan salah satu dari dua nama. Din kerana itulah maksudnya cara hidup. Itulah juga maksudnya pembalasan yang berdasarkan agama. Sekadar mengingatkan diri yang nama ini punya peringatan besar kepada diri. Nur; cahaya maksudnya. Itulah yang suka juga jika dipanggil. Moga cahaya Allah, cahaya Iman, cahaya kehidupan, cahaya kesungguhan, cahaya kejayaan dan cahaya hakikat kebenaran selalu mengiringi dan membimbing diriku yang selalu terleka ini. Janganlah cahaya ini hilang diganti gelap pada hari agama. Hari yang ada nama ku? Allah, gembirakah atau bersedih aku pada hari agama, hari pembalasan itu? Moga-moga cahaya Allah selalu mengiringi ku hingga ke alam kubur, barzakh, mahsyar, mizan dan hisab. Sangat mengharapkan cahaya itu. Cahaya Agama.


Apa yang anda tahu dan fahami tentang maksud dan rahsia nama anda?. Ok, setiap seorang sudah mengenali nama masing-masing bukan? Kita mulakan dengan Sayed Saufi Fahmi yang kita sudah ketahui dan kita kenali. Sayed sandaran pada keturunan sayyidul awwaliina wal-akhirin sollallahu 'alaihi wasallam yang akhlaknya adalah al-Quran. Saufi? "Lembut, berhalus" katanya Hilmi. Semua tersenyum. Mencari erti diri pada nama yang diberi. Fahmi; kefahamanku. Tiada bangkangan kerana tuan punya nama dikurniakan kefahaman yang lebih dibandingkan teman-temannya.


Saifullah. Pedang Allah. Adalah diberi gelaran oleh Baginda kepada Saidina Khalid al-Walid saat beliau mengambil peranan sebagai Panglima perang menggantikan Abdullah ibnu Rawahah. "telah datang satu pedang dari pedang-pedang Allah". Saifun min suyufillah. Begitulah lekatnya gelaran Saifullah itu kepada Khalid al-Walid sehingga harum dan garangnya nama itu dibawa juga kedalam masjid tempat dimana terletaknya jasad Panglima besar ini disemadikan di Homs, Syria. Garang dan terserlah kepahlawanan sehingga lampu masjid pun dihias dalam bentuk pedang. Maqam pun di ukir dengan pedang-pedang kecil berkilat tajam, simbolik kepada empunya jasad dimakamkan. Tapi yang kita harapkan hari ini ialah lebih ramai bernama Saifullah punyai jiwa hamba yang hebat, strategis, garang tapi bertindak mengikut arahan pimpinan tanpa menggadaikan aqidahnya yang dia berjuang hanya kerana Allah seperti Panglima Khalid al-Walid.


Bukhari. Nama seorang Imam hadis yang utama. Berapa banyak hadith dikumpulkan Imam Bukhari yang kita hafal dan amal ya? Semua tersenyum juga. Tahukah kita Imam Bukhari itu akan namanya yang asal adalah Abu Abdullah Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari? Semua tersenyum juga. Agaknya ada tak peluang dan ruang untuk kita disenaraikan bersama para pencinta Nabi seperti Imam Bukhari yang begitu berdisiplin dalam pengajian dan ilmunya? Semua menunduk termasuk diri ini yang melontarkan persoalan.


Fatihi, nama gelaran yang punya banyak sejarah dan kehebatan di masa silam. Sultan Muhammad al-Fateh diberi gelaran al-Fateh kerana membuka kota Konstantinople. Itulah sebaik-baik raja yang punya sebaik-baik tentera yang dijanjikan oleh Baginda.Tersusunnya baginda sultan, rapatnya hubungan dengan Allah, baiknya baginda dengan tentera, semuanya dikaji dan terus dikaji oleh ramai para pengkagum Sultan Muhammad al-Fateh sehingga terkadang terlupa juga kita kepada satu lagi nama hebat yang digelarkan dengan nama Abul-Futuhat yang membuka banyak kota-kota empayar hebat dalam sejarah dunia seperti Rum dan Parsi. Itulah dia Saidina Umar yang sangat hebat dan garangnya di saat jahiliyah, berterusan begitulah juga garang dan hebatnya Saidina Umar di dalam Islam sehingga membawa keuntungan yang besar kepada Islam. Indahnya nama kamu dik. Aku tersenyum di dalam hati.


Hilmi. Kelembutanku. Lembutnya Baginda dengan para sahabat. Lembutnya Baginda dalam berdakwah. Lembutnya Baginda dalam tuturkata dengan ahli keluarga Baginda. Baginda adalah orang yang paling baik dengan ahli keluarganya. Itulah contoh yang patut kita contohi bukan? Pasti Hilmi ini romantik orangnya dengan ahli keluarga dan yang tersayang bukan? Semua tersenyum lagi. Dan Hilmi semestinya paling lebar senyumannya.


As'ad. Yang paling bahagia. Tengoklah kepada tuan punya nama pun kita akan rasa bahagia dah. Ini sifat orang mukmin yang jika kalau kita tengok kepadanya kita akan ingat Allah. Bahagianya kenapa? Dengan amal solehnya. Dengan kesungguhannya. Dengan usahanya. Allah dah janjikan barangsiapa yang beramal soleh, amal baik, Allah akan jadikan hidupnya hidup yang baik, toyyibah dan dikurniakan kurniaan ganjaran yang setimpal dari amal-amal kebajikannya itu.


Syahid, masyaAllah. Itulah cita-cita kita yang tertinggi bukan?. Entah kenapa dulu bila ditanya apa cita-cita kamu, berkobar bersemangat anak-anak remaja menjawab aku ingin mati syahid! Sekarang bila ditanya dan didiskusikan, apa cita-citamu dan perancanganmu selepas ini? Rona-rona merah muka anak muda yang disibukkan dengan kerja pengajian yang diasingkan dari cita-cita syahid ini sangat mudah membawa anak-anak muda seperti kami lena di awal pagi dan rebah bagaikan anak ayam yang tidak ada kekuatan untuk bangun membesarkan Allah di awal pagi berkokok memuji mengagungkan Allah. Ah, kenapa sampai begitu aku berkata kepada adik yang ku sayang ini? Kerana aku tidak mahu cita-citanya hanya mati di dalam darjah kedoktoran mahupun terbang tinggi ke alam falsafah tanpa mahu pulang ke dalam bumi sebagai hamba Allah. Sedangkan kepulangan kepada Allah yang paling mulia adalah mati syahid. Mudahnya kita dilekakan dari cita-cita sebenar bila dihidangkan keluarga, jawatan, pangkat, pekerjaan, anak isteri dan NAMA di mata manusia. Sedangkan Syahid; penyaksian kepada Kalimah Toyyyibah itulah sebaik cita-cita yang harus ditanam ke minda sekalian anak-anak. Mahukan Palestin? Bercita-cita bebaskan Palestin? Mahu ke Gaza? Mahu berjuang? Mahu bebaskan Islam dari penindasan? Bebaskan diri kita dahulu dari kejahilan, dari kelalaian, dari kegagalan, dari kekusutan dan kegelapan jahiliyah dan bersenang-senang. Itulah syahid pertama. Itulah bermula membina Islam didalam diri. Pasti suatu hari nanti Islam kan tertegak di bumi ini, di sini, tempat kita berdiri!


Panjang lebar juga aku menulis dan mencoret kali ini. Biarlah sedikit panjang. Biarlah tulisan ini menjadi motivasi buat diri. Menjadi suatu tanda yang aku punya nama. Nama yang menuntut hak. Hak supaya disempurnakan cahaya agama ini dengan petunjuk-Nya. Supaya ku sedari juga, begitu banyak nama-nama hebat disekeliling yang mampu memberi impak kepada dunia. Bukan sekadar nama-nama dalam kelompok kecil. Bahkan setiap yang dijadikan Allah itu punya namanya. Dan setiap yang punya nama itu punya kuasa. Kuasa menunjukkan kekuasaan Pencipta. Kuasa menunjukkan siapa kita, dari mana kita datang, kenapa kita di sini, dan kemana kita akan pergi? Pilihlah. Carilah jawapan. Semuanya ada pada nama.


Itulah hikmah Allah mengajar datuk kita Nabi Adam 'alaihissalam tentang segala 'nama-nama'.



Pena menari punya nama,
Papan kekunci diberi nama,
Kita semua adalah hamba,
Punya kewajipan pada pencipta,


Aku menulis kerna nama,
Namaku diberi cahaya agama,
Menulis memotivasi buat semua,
Cukuplah dipandang Sang Pencipta,


Ada orang membawa nama,
Tiada berisi kurang bermakna,
Kerana nama hanya kerangka,
Kualiti Keilmuan tiada diutama,


Aku disangkar medan ternama,
Kami dilatih memberi makna,
Mengenal isi kitalah hamba,
Bukan meregut medan propaganda,


Merehatkan tangan mematangkan pena,
Nama-nama bersahutan terus bergema,
Biar diri hilang didunia,
Jangan nama dipalit nista,


Gambar ditayang tanpa bicara,
Ianya bahasa penuhi makna,
Rancang kecil gambaran lama,
Moga makna ditatap sentiasa,


Meletak pena kekuatan dijana,
Bukan pejuang menyepi sengaja,
Pena diangkat menjulang agama,
Bangkit pejuang jangan bersahaja!


Yang diberi nama,
Mohd Nuruddin Mohamed,
Kubang Kerian,
Taman Paduka,
4.21am

Rehat Minda; Belajar Bahasa Kelantan Melalui Komik

Belajar melalui komik mungkin juga menarik. Saya tiada kesempatan untuk meng'copy' semua komik ini. Oleh itu, saya memberi link untuk komik tersebut disini.

Cerita 1; Klik di sini (Gincu Mengampu)

Cerita 2; Klik di sini (Kamera berkata-kata)

Bagi sesiapa yang memahami bahasa kelate pasti sangat menghargai komik ini. Bolehlah menambah sedikit keceriaan kepada hidup. Ceriakan hidup anda, dan bahagiakan orang-orang disekeliling kita. Orang Mukmin itu mendekatkan orang ramai kepada agama Islam dan menggembirakan orang ramai dengan janji-janji Akhirat. Hati bahagia, semoga tenang dan lebih gembira berjuang. Teruskan perjuangan, pengajian dan pengorbanan. Jangan lupa baca Quran selepas baca komik ini. Sekian =)

Tuesday, November 8, 2011

Monday, November 7, 2011

Tahniah, Mabruk!



Buat sahabat, Muhammad Zaki Sukery dan bakal Isteri, Fatimah Abdul Aziz. Semoga berkekalan hingga ke syurga. Pengantin akan akad nikah malam ini. Mabruk! Barakallahulakuma wa jama'a bainakuma fi khair. Majlis walimah rumah perempuan pada 27 November. Pada 20 November pula insyaAllah dua pasangan, Zool Amali Mohd Noor bersama pasangan di Terengganu dan juga Azuhan Ismail di Perak bersama pasangan. Dua mantan Presiden MPP Maahad Muhammadi Lilbanin sesi 2003 dan sesi 2004 insyaAllah moga dalam keberkatan rumahtangga berkekalan hingga ke syurga.


* Tiada gambar kerana entri ini di update 2 minggu sebelum kejadian. Sekadar ucapan tahniah dan selamat diucapkan buat ketiga-ketiga pengantin, insyaAllah, Ameen.

Qabil atau Habil?

Perkongsian entri yang cukup baik sempena Aidil-adha ini. Klik disini

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidil'adha 1432 Hijrah



Tanamkan sifat malu dalam diri dengan makhluk Allah yang tidak punya akal ini tapi sentiasa bersedia dikorbankan kerana Allah. Mereka tiada dihisab, langkah..

Saturday, November 5, 2011

Sentiasa Bersyukur


Tak salah melahirkan kesyukuran atas suatu kelegaan. Teruskan bersyukur dalam apa jua hal. Hari ini saya habis peperiksaan pertengahan semester 1. Perjalanan dan pekerjaan masih jauh dan terlalu banyak. 5 assignment untuk dihantar dan 2 presentation masih menanti untuk dibentang selepas kembali dari cuti separuh semester ini. Selamat bercuti buat semua.

Alhamdulillah, boleh balik mengambil pahala menatap wajah ummi dan abah, alhamdulillah.

Friday, November 4, 2011

9 Zulhijjah, Jom Puasa



Hari ini hari yang disunatkan berpuasa. Jom ajak semua ahli keluarga kita berpuasa esok. InsyaAllah.

Thursday, November 3, 2011

Mesti Dengar, 10 Awal Zulhijjah

Kelebihan 10 Awal Zulhijjah, untuk dengar, KLIK DISINI

Teruskan Berdoa, Semoga Berjaya



Berdoa. Doa itu otak ibadah. Doa itu senjata orang mukmin. Tapi ada yang lebih berkesan dari doa. Iaitu membuat segala suruhan Allah dan menjauhi serta mengingkari segala laranganNya.

Semua orang berdoa. Nabi berdoa, Abu Jahal pun berdoa. Tok Guru berdoa, kaki botol dan pelulus lesen judi pun berdoa. Beza doa mereka ialah Nabi dan para pewarisnya, alim-ulama' tok-tok guru ini berdoa dengan penuh keberkatan kerana menjaga semua suruh larang Allah. Yang lainnya pun berdoa, tapi tiada berkat dan tak bermakna sebab meminta tapi dalam masa yang sama tidak menunaikan hak-hak kepada Allah.

Allah... Teruskan berusaha menjaga diri dari maksiat dan teruskan berdoa walaupun bukan di musim peperiksaan.

Wednesday, November 2, 2011

Good Words!



Wisdom is the treasure of Muslims,
Whenever and wherever we find it, we have more right on it.

Masa Itu Nyawa