Skip to main content

Sokonglah, Jangan Memperlekeh Kebaikan



Walaupun sedikit, jangan diumpat kebaikan dibuat. Kita mungkin tidak mampu membuat kebaikan, janganlah pula menambah beban kita dengan dosa-dosa mengumpat.

Comments

mujahidahputeri said…
Assalammu'alaikum.ana just nak minta pandangan.Jika kita contohnya menegur secara general(pukul rata) di laman facebook.adakah itu dikira mengumpat?contoh status ana yang latest ni berkaitan orang yg berpurdah dh mcm bfesyen n trend" sbb mharapkan kalau mereka ada terbca la status tu,mereka leh lah terfikir balik ke, pakai tu bukan suka suki je nak pakai tp kaji dl.yg dpt fitnah org yg berpurdah dgn betul.Allahua'lam!
Wallahua'lam.

Ada dua perkara disini.

1- Apa definisi ghibah? Dari definisi dan memahami jenis2 ghibah dan kenapa dilarang dan bagaimana pula jenis ghibah yang dibenarkan, baru kita akan faham apa itu ghibah(mengumpat) dan apa itu pula menegur secara berhikmah.

2- Method menegur, boleh sahaja gitu. Tapi tak semua orang boleh bersetuju dan suka dengan cara teguran kita. Saya pernah buat begitu khas untuk seorang bekas pelajar darul quran yang semakin hari tidak menampakkan cara berpakaian muslimah yg proper. Mungkin dia boleh menerima, mungkin dia semakin tidak mengendahkan bahkan juga mungkin dia semakin menjauhi kita. Ada pun dalam kes ini, kita tak boleh anggap pukul rata untuk semua orang boleh dan akan fikir macam yang kita fikir. Dan tak semua orang akan fikir sedalam dan sejauh kefahaman yang dipunyai sang penegur. Disini kena tengok kepada dua benda pula.

a) Si penegur; Kena memahami dan cuba mendekati yang ingin ditegur dengan pendekatan yang sebaik mungkin yang boleh diterima yang ditegur. Mungkin mengambil masa, tapi lebih penting untuk menyampaikan sedikit demi sedikit supaya yang ditegur tidak lari si penegur. Penegur @ Da'ie tidak boleh merasakan dirinya sempurna dan lebih baik dari yang ditegur. Tegurlah kerana Allah, kerana mahukan dan sayangkan yg ditegur supaya menjadi lebih baik dalam satu aspek yg kita nampak tidak menepati syariat. Letakkan dalam hati sipenegur bahwasanya (mungkin darjat orang yang ditegur itu jauh lebih baik dan mulia disisiNya). Moga2 dengan teguran 'cara' dan 'isi' yg baik sipenegur sampaikan, akan kembali balik kepada si penegur. Kalau buruk cara yang disampaikan sang penegur, mungkin reaksi buruk akan kembali semula kepada yang ditegur. "What you give you get back". Perbahasan tentang ni banyak dibahaskan ulama'2. Salah satu buku yang baik untuk perbaiki sikap dan cara kita mengajak kepada kebaikan ialah buku 'uslub dakwah; Dr Abdul Karim Zaidan'.

b)Yang ditegur; ingatlah dan berlapang dadalah. Orang menegur kita biasanya kerana orang sayangkan kita. Kalau orang membiarkan kita sesat dan terus dalam kemaksiatan itu tandanya orang bencikan kita. Moga Allah terus letakkan kita dalam lingkungan orang-orang yang disayangi-Nya melalui perantaraan kasih sayang hamba-hamba-Nya yang ditunjukkan kepada kita melalui teguran2 pembaikan kepada kita.

Untuk akhiran dan tambahan; pakailah tudung suka-suka dengan hati gembira dan takut. Kajilah banyak2 pun dalil dan ilmu, kalau tiada hidayah dari Allah tiada kita mampu bertudung mahupun mengubah diri kita yang kurang baik menjadi lebih baik hari ke hari. Yang berpurdah, tetapkan niat yang betul itu kerana Allah. Cabaran berpurdah lebih besar. Semoga Allah memberi lebih kekuatan dan membetulkan akhlak kita sehari-harian sesuai dengan pemakaian kita. Benar, pakaian taqwa itulah yang terbaik. Tapi pakaian taqwa itu jugalah yang paling berat untuk dipakai dan diseiringkan dengan akhlak kita. Moga Allah memperbaiki mutu dan taraf akhlak kita dan menjauhkan kita dari menjadi punca kepada fitnah2 terhadap Islam yang sebenarnya sangat indah, tapi terhijab dan terlindung dengan akhlak perilaku kita yang tidak menggambarkan Islam yang sebenar. Ustur 'uyubana, ustur 'uyubana, ustur 'uyubana..
mujahidahputeri said…
ok syukran atas penjelasan yg baik.barakaAllahufik.ble dijadikan 'modal' blog.

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…