Tuesday, October 4, 2011

Pena Dan Papan Kekunci

Mampu membunuh hati dan perasaan.
Mampu membangun jiwa.
Mampu melibas segala fokus dan kerja buat.
Mampu menjauhkan diri dari sekalian manusia.
Pilihlah antara terus membunuh setiap hari.
Kerana kononnya hak dirimu tiada dihormati.
Sedarlah kita hai empunya diri.
Tiada kita berhak untuk menyendiri.
Walau konon untuk kekuatan dimiliki.
Walaupun mahu cita-cita digapai tinggi.
Manusia itu insan bersosialisasi.
Bukan semata dalam pandangan empati.
Bukalah mata hati, Bangunlah duhai diri.
Setiap pagi, petang dan dinihari.
Kerana satu janji.
Kamu menambah duka dan membunuh ramai jiwa insani.
Setiap hari, setiap hari, setiap hari, setiap hari..


Kerana dirimu punya kelebihan diri.
Mencari kesempurnaan dan mengecilkan segala jiwa abdi.
Bermula dengan pena dan papan kekunci.
Tiada kisah pada koloni sendiri.
Hanya senyum pada diri sendiri.
Lalu puas dengan menyendiri.
Sedarlah serigala itu selalu mengintai.
Terutama yang sangat suka membawa diri.
Besarkanlah hati, besarkanlah hati, besarkanlah jiwa nurani.
Takkan kamu temui kesempurnaan hakiki.
Kerana ianya hanya milik Rasul terpuji.
Hanya kepunyaan Ilahi RABBI!

No comments:

Masa Itu Nyawa