Monday, October 24, 2011

Menulis Selepas Mati

Tulislah dan sebarkanlah kebaikan lebih awal sebelum waktunya. Tetapkan tarikh bila tulisan dan karya anda akan di edar dan paparkan kepada umum. Mungkin waktu itu anda telah meninggalkan dunia, tapi pahala kebaikan anda terus mengalir dari pengajaran dan penyebaran kebaikan yang anda mulakan dari medan penulisan. Lihat Buya HAMKA, karya terus dicetak-dicetak dan dicetak bahkan mula difilemkan buat menjadi teladan kebaikan. Walaupun jasad Buya sudah memasuki dan dalam pelukan bumi. Tapi pahala kebaikan buat Buya terus mengalir. Modal Buya sangatlah mudah tetapi mahal. Ikhlas!


Kita punya medan dan alat yang cukup baik. Tulislah walaupun sehari sahaja, tapi susunlah paparan tulisan dan sebaran kebaikan kita untuk berminggu dan berbulan lamanya. Saya mengharapkan bila saya telah mati tulisan kebaikan sebegini terus mengirimkan pahala buat menemani dan membekali diri saya didalam kubur. Menulis seminggu lebih awal sudah berjaya. InsyaAllah cuba untuk menulis lagi sebulan lebih awal supaya berjaya melangkaui zaman dan menerajui perubahan. Teman, rakan, kawan dan taulan, tulislah walaupun 1 ayat. Sampaikanlah dariku walaupun 1 ayat.


-Saat masih bernafas-

No comments:

Masa Itu Nyawa