Saturday, October 8, 2011

Fokus Oktober, Tulis!

Hak-hak al-Quran.Pengajian.Praktikal. Ulangkaji. Jurnal. Artikel. Usrah. Halaqah. Buku Ilmiah. Pantauan. Ziarah saudara mara. 15 Hadith. Sirah Agung. Assignment. Presentation. Research. Proposal. Peluasan rangkaian. Pengukuhan ikatan kenalan. Sebarkan salam. Hidup ini bukan untuk satu penumpuan sahaja, buatlah apa sahaja ikut kemampuan kita untuk mencapai mencapai matlamat akhir yang pasti. Anda hebat dalam bidang anda? Bagus, teruskan, mantapkan, tapi jangan perlekeh dan memperendahkan bidang ataupun fokus capaian lain yang mampu dicapai dan ditumpu oleh orang lain.

Hidup ini tidak lama. Rugilah menulis 'kebaikan' dan 'cinta' tapi diedar dalam nada dendam dan kesumat. Itu namanya tertipu dalam penulisan dan pemberian rasa.

Hidup kita tidak lama, tapi menulis supaya hidup kita lebih panjang dan kekal dalam doa-doa kebaikan orang selepas kematian kita. Tulislah kebaikan dengan nada baik dan berniat baik. Sebarkanlah aura kemuliaan. Tulislah yang positif, pasti nada positif itu tersebar dan harum mewangi merebak keseluruh alam. Jika ianya dari hati yang suci dan cintakan kebaikan.

Hukumlah hati orang itu sebagai hitam jika wajahmu dihadapan Allah sudah pasti putih berseri. Hukumlah hati kamu sebagai putih nan bening air mewangi bauan syurga jika sudah pasti orang itu tiada selamat dihadapan Allah. Kita sama-sama mengharap rahmat Allah. Ayuh, sebarkan kebaikan. Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar =)

Aku suka belajar dan menulis kerana Allah!

(Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana) - At-Taubah : 72

No comments:

Masa Itu Nyawa