Skip to main content

Darah Syuhada' Syria; Air Mata Malaysia


Di peringkat awal tunjuk perasaan, April.



Peta bumi Syam, Syria



Protes 10 ribu menentang kedatangan Obama ke Syria pada 2009.



Tunjuk perasaan di Lubnan.


"Assalamualaikum ya akhi. Kaifahaluka? Alhamdulillah khair.MasyaAllah, Syukran wa jazakallah brother for you becoming our Imam and for your Quranic recitation. Afwan ya akhi.(aku menjawab kemudian terdiam menanti bicara seterusnya teman dari Syria ini).


Afwan ya akhi, fazakkir fainna zzikra tanfa'ul mukminin. Brother, actually do you know what happen now in Syria? Yes, I know.. Actually our brother being killed there. Every Friday there is always..you know (demonstration)..here and there in Syria. People being killed. Usually 40-60 syahid every friday after Jumaah prayer. Alhamdulillah until now in this Ramadhan, up to 1000 have being syuhada', alhamdulillah. (I just can said in my heart; minalmukminina rijalan sodaqu ma 'ahadullaha 'alaih..fa minhum man qadho nahbah, wa minhum man yantazhir..)


Our brother being killed there. By our own hand actually. You know, we are muslim there for about 90%. The rest is non-muslim, and in 90%, 82% is sunni, there rest is Shiah. And our government ruling there is ... Shi'i rite?. Yes. Actually that's why government against their own people. Always we have our brother being killed by army..We are here, what can we do? Du'a. Du'a for our brother..That's why brother, du'a from people like we are really appreaciate (since all makmum will say ameen for imam's prayer).

Please brother, what more can we do? Du'a. Du'a silahul mukmin. That's our weapon. Please use it.. also I heard that there's attack in Ghazzah in this ramadhan. What can we do? Just du'a from here, because thats our weapon. You can put any du'a at any time. Maybe after you lead prayer. Maybe little bit during witir, during qunut..pray for me also because i'm getting married brother. (Oh, Muhammad just joke, a true joke to keep me up)

...Speechless...


Terjemahan;


"Assalamualaikum wahai saudara. Apa khabar? Alhamdulillah baik."MasyaAllah, terima kasih dan juga semoga dibalas Allah buatmu kerana menjadi Imam dan juga kerana bacaanmu. Tiada apa-apa saudara.(aku menjawab kemudian terdiam menanti bicara seterusnya teman dari Syria ini).


Maaf saudara, bukankah memberi peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin bukan? Akhi, awak tahu tak keadaan di Syria sekarang? Ya, saya tahu.. saudara mara kita dibunuh disana. Setiap hari jumaat akan ada tunjuk perasaan selepas solat Jumaat di sana sini di Syria.Ramai orang terbunuh dan dibunuh. Biasanya dalam 40-60 orang saudara kita syahid dalam tunjuk perasaan setiap hari jumaat selepas solat. Alhamdulillah sehingga sekarang, sudah sampai 1000 orang lebih yang syahid di dalam bulan Ramadhan. (aku hanya mampu dan sempat menjawab didalam hati kerana Muhammad terlalu cepat mengatur bicara; "dan daripada orang-orang mukmin itu orang yang sudah dibenarkan Allah akan janji-janji mereka, dan ada diantara mereka yang masih menunggu janji-janji tersebut)


Saudara mara kita dibunuh di sana dengan tangan kita sendiri sebenarnya. Awak tahu tak kita muslim di sana adalah 90%, selebihnya bukan Islam, tapi dalam 90% muslim itu, Sunni 82% dan selebihnya adalah syiah. Ya dan . Kerajaan yang memerintah adalah...Syiah kan? (aku menelah), Ya. Sebab itulah kerajaan melawan rakyat sendiri. Selalu sahaja ada saudara kita yang mati dibunuh askar tentera..


Kita di sini, apa yang mampu dan boleh kita buat? Doa. Doa untuk adik-beradik kita disana..Sebab itulah saudara, doa daripa orang sepertimu sangat dihargai dan diperlukan (kerana makmum akan mengaminkan doa yang diucapkan oleh imam).


Tolonglah saudaraku, berdoalah. Doa itu senjata orang mukmin. Itulah senjata kita, tolonglah gunakannya saudara... Juga saya ada mendengar khabarnya Ghazzah pun diserang juga dalam bulan Ramadhan ini. Apa boleh kita buat? Berdoalah dari sini, kerana itulah senjata kita. Awak boleh berdoa bila-bila masa sahaja.Mungkin selepas setiap kali solat yang awak imamkan, mungkin dalam witir, dalam qunut mungkin.. dan doakan saya juga kerana saya juga perlu dan akan berkahwin wahai saudara(Oh, Muhammad hanya bergurau dengan gurauan yang benar tentang dia akan berkahwin, untuk memujuk diriku secara tak langsung)



...lidah kelu tak terkata...


Aku terdiam, terngiang-ngiang kalam Baginda Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam yang mengancam. "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang tidak mengambil tahu / mengambil berat tentang urusan orang-orang muslim." Al-Quran ditutup.. mata dipejam. Air panas menuruni pipi. Dikenang kembali hadis Baginda yang mulia. "perumpamaan orang-orang yang beriman dalam kasih-sayang sesama mereka sama seperti tubuh apabila satu anggotanya mengadu kesakitan, habis seluruh anggotanya yang lain kesakitan dan tidak dapat tidur".. Mata dipejam semakin lama. Makin deras air panas meluncur membasahi pipi. Muslimkah aku? Mukminkah aku? Diterima sebagai ummat Nabi yang mulia kah aku?


Usai Muhammad bercerita dan memohon tolong mendoakan saudara seagama di Syria terus pergi mengambil tempat yang gelap untuk bermunajat tidak jauh dariku. Tidak lama kemudian, terdengar esakan hamba Allah dari Syria itu didalam solat. Muhammad, pelajar yang sedang mengambil PhD tampak keras dan tegas orangnya, hanyut dan lembut sekali hatinya menghadap Allah, begitu cakna kepada saudara seagama seluruh dunia. Allah.. Allahuakbar. Titisan darah syuhada' di Syria diiringi dan akan terus diiringi titisan air mata ummat Islam seluruh dunia.


Bawalah hati kita bersama iringan doa dan solat ghaib kepada syuhada Syria oleh Doktor Muhammad Said Ramadhan al-Bouti di sini.

Nasyid oleh Yahya Hawwa yang rindukan kebebasan di sini.

Doa oleh Yahya Hawwa kepada bumi Suria dan seluruh kaum muslimin di sini.

Doa dari Masjidil Haram buat Syuhada' dan ke atas Basyar di sini.

Doa Imam Masjidil Haram, Syekh Maher al-Mouaqly kepada saudara di Syria di sini.

Doa kepada Ghazzah oleh Syekh al-Muhaisiny di sini.

Dayuskah Kita? Download di sini.

Bosnia dan Penindasan. Download di sini.

Ayuh, hidupkan 10 terakhir Ramadhan ini dengan qunut nazilah ini juga. Saudara kita beribu-ribu syahid ditangan penzalim di Syria. Gunakan doa, senjata kita. Semoga hati-hati yang ikhlas, peribadi-peribadi yang soleh mampu membantu saudara saudara di Syria. Mereka saudara mara kita, adik beradik kita. Allah, saksikanlah aku telah menyampaikan.



Titisan darah syuhada' di Syria diiringi dan akan terus diiringi titisan air mata ummat Islam seluruh dunia. Pasti dan pasti tangisan dan titisan darah itu menatijahkan antara dua. Hidup mulia atau mati syahid. Semoga kita dikurniakan kedua-dua nikmat yang besar ini.


Darah dan air mata menitis, dua bumi Syria dan Malaysia menjadi saksi.

Comments

Nurul said…
assalamualaikum
akhi,mohon copy this article n ada article lain jugak,jazak

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…