Tuesday, August 30, 2011

Edisi Raya; 'Gegey Riuh' Mercun dan Pilihan Nada Suara

Sumber gambar



*Percampuran antara bahasa baku dan bahasa loghat kelantan untuk entri ini. Harap difahami sebaiknya.




Bacalah Al-Quran kerana ia akan datang sebagai syafaat di hari Kiamat bagi para ahlinya (pembacanya). Nabi kata bacalah al-Quran sebagaimana ianya diturunkan dalam bahasa arabnya (bukannya dengan nada melayu kita). Kalau orang melayu kita ini berdikir bolehlah nada melayu. Tapi baca Quran tak boleh dengan nada melayu kita macam berdikir yang tiada hukum-hukum tajwidnya. Bacanya kena betul tajwidnya.


Ada orang kata nak dapat baca arab macammana? Dia tidak perlu persoalkan macamana dahulu. Soalnya dahulu, ada dia usaha tak untuk dapatkan bacaan yang betul sebagaimana betulnya al-Quran itu diturunkan? Kalaulah nak buat roti canai kita sanggup tidak tidur malam nak 'kamey' roti itu. Kalaulah lapar nak makan kita pandai pergi cari makanan. Kalaulah kita tiada duit pandai kita bekerja nak cari duit. Kenapa kalau tidak pandai baca al-Quran ni kita tidak usaha sebegitu juga?


Ada orang kata juga, "bakpo eh dio tuh pandai ngaji?". "Ooo, pandailah demo ngaji." "Oh, bisolah demo ngaji, bakpo kawe tok pandai supo demo eh?". Jangan di soal tentang orang lain dapat hasil kalau kita tiada berusaha. Ada juga orang tanya "guano dio bulih duit pampasan nak buat jalan 'fly over' tuh, bakpo kawe tokleh?". Sebelum nak tanya itu, tanyalah diri sendiri dulu, aku ni ada tanah ke yang terlibat yang kena untuk dibayar pampasan itu? Kalau tanah pun tiada, usahlah nak persoalkan apa hasil yang orang lain dah dapat atas usaha ataupun kesusahan dan pengorbanan yang dihadapi mereka.


Itu sebab hukum mengaji ini hukumnya harus (secara umumnya menuntut ilmu adalah wajib). Barangsiapa usaha dia akan dapat hasilnya. Kalau kita tiada usaha, janganlah nak bising tentang hasilnya. Adabnya begitu, ghalibnya begitu. Begitu juga kita dengan Quran, kalau nak pandai dan betul bacaannya, kena belajarlah.


Intonasi kena betul. Intonasi ni nada suara kita . Gaya kita bawa suara kita. Tinggi rendah kita gunakan suara kita. Ada seorang ayah nak suruh anaknya solat, dia suruh dengan nada lembut macam bernyanyi. Silap haribulan kalau anaknya pandai menjawab, mungkin dia jawab dengan bernyanyi bahkan mungkin dengan nada 'menganying' balik. Sama juga dengan seorang guru disiplin. Nak pilih guru disiplin, kena pilih yang garang, tegas dan boleh menakutkan budak. Ini kalau guru disiplin pun muka 'baik', suara pulak macam pondan, macamana nak tegur budak nak larang budak mendisiplinkan diri? Begitulah juga dengan nada membaca al-Quran kena betul barulah maksud dan nada yang Allah nak sampaikan kepada kita itu sampai.


Ada juga orang (ustaz-ustaz dan bukan ustaz) mempertikaikan dan menimbulkan persoalan kenapa nada takbir hari raya kita ini sedih? Tidak bersemangat macam arab? Nak suruhlah juga nadanya macam arab. Aii, pandai-pandai dia jer nak pertikai nak suruh ikut arab semua. Yang buat lagu-lagu nada takbir tuh bukan orang kampung macam yang duk pertikai tuh. Yang buat tu alim 'ulama kita yang belajar dan tahu ikut suasana kita.


Katanya sedih-sedih sahaja takbir kita, sebab itu tak bersemangat. Saloh ko nada takbir kita yang mendayu gini? Aii, sedih-sedih ni banyak maksudnya. Bukan sedih hilang barang sahaja. Menangis-menangis itu banyak maksud dia. Ada yang sebab terlalu gembira pun menangis bila dapat keputusan peperiksaan. Kita ni yang sempit sangat minda hanya tahu sedih itu dengan menangis dan hilang barang yang disayangi sahaja. Sedih dan menangis ini bukan satu sebab sahaja. Ulama'-ulama' dulu buat lagu takbir macam ni ada sebabnya, ada ilmunya. Lagu takbir itu dipanggil lagu jiharkah. Kita yang tak mengaji ni tak tahu gapo-gapo habis nok tegur. Belajar gak dulu sebelum nak wat gapo-gapo. Jangan pandai-pandai nak tegur gak kalau tadok ilmu. Ambo sendiri pun mitok jauh dari ambo kecek benda hok ambo tok tahu.


Nada intonasi Quran ni sangat hebat. Macam kalau kita baca sms dengan dua nada berbeza kita akan dapat maksud yang berbeza yang ingin disampaikan oleh penghantar sms. Sms berbunyi "kalau payah-payah gak tak payahlah" kalau dibaca dengan nada yang baik, kita akan faham orang ini orangnya 'baik benar' dan tak marah dengan situasi masalahnya. Tapi cuba sms yang sama "kalau payah-payah gak tak payahlah" dibaca dengan nada tinggi dan cepat berbaur kemarahan seperti " kalu payah2 gak, tak payahlah!!", mesti kita akan faham maksudnya penuh kemarahan dan kegarangan.


Macam itulah juga dengan al-Quran! Kalau salah nadanya, kita takkan dapat rasai kehebatan dan maksud yang Allah nak sampaikan kepada kita melalui ayat-ayatNya.


Juga perumpamaan mok mengajar anoknya. Sedangkan anok nih duk lamo doh ngan ayoh dio. Ayohnyo pulok jenih 'telor' sebutannya. Sekali ayohnya suruh anoknya gi mintak benda dengan emaknya. "Gih mitok ggguling gih nga mok". Anaknya gi mitoklah. Peliklah mok dio "apahal pulok ayoh mum mitok gguling rayo2 ni.??". Sedangkan maksud sebenarnya ayah dia nak suruh mitok 'gguning' (guni). Tengoklah hasil dari salah tertukar satu huruf pun sudah berubah jauh maksudnya. Begitulah juga dengan Quran walaupun tertukar/tersilap baca walaupun satu huruf. Bahkan lebih dahsyat lagi akan merubah maksud al-Quran yang suci dan penuh makna itu. Ingat tuh, bahkan Quran lebih lagi penting dari percakapan harian kita.


Kena faham disini, baca al-Quran molek-molek, elok-elok tuh bukan lagi satu pilihan. Ianya satu tuntutan! Kalau ingat belajar Quran untuk baca betul tu untuk dipertandingkan itu silap besarlah. Kalau yang masuk bertanding itu pun masuk uji tahap bacaannya tiada masalah. Tapi kalau masuk untuk nama dan duit gak, tadok apo dohla. Terpulanglah pada niat masing-masing.


Mercun Raya

Kita tengok lonilah, orang duk bising dengan bedil (mercun) dari pagi sampai ke malam. Dari maghrib sampai ke subuh. Allah..bukan orang kat kubang kerian sinilah, orang kampung ambo dekat pasir mas nuh. Mugo dekat ngan sempadan key nok buat gano. Berat belakolah tuh. Kadey-kadey ore tuo pun ikut sekali. Nyo nembok so alik nih, alik sana balah duo. Pah beloh nuh balah 3 das pulok. Supo ppeghey lah pulok. Kalau ppeghey betul-betul supo Libya tuh, tadok dohla nok main bedil2 nih.


Sedangkan atas mercun itu ada beberapa benda. So nya, atas mercun itu adanya bazir duit. Tembak sana tembak sini, tuh semua tuh bakar duit belako tuh. Pah kalau kena tegur katonya tok meriohlah kalau tadok bedil nih. Masalahnya bedil2 ni agama mana
hok main? Islam tok ajar ummat dio sambut raya dengan bedil. Bakpo kito nok sambut raya kito ikut cara agama lainnya?


So lagi atah bedil tuh adanya mengganggu orang ramai. Anok-anok kecil nok tidur tokleh keh bunyi mercun gegey sangat. Orey kito nih tok tegur main bedil hok jelas-jelas ganggu orang ramai. Tadok pulok orang nak wat tubik fatwa mercun bedil haram sebab ganggu orang ramai. Ada hok gegey kata baca Quran tuh mengganggu orang ramai. Tok panda nyoh orang loni. Punoh hati dan jiwo tok reti bbezo antara mercun dan Quran.


Quran tuh orang pasang 5-10 minit sebelum azan jah. Hok ganggunya kalau pasang 2-3jam sebelum azan. Ni dok, hok 5-10 minit tuhlah nok gegey tok bui paseynya. Hok mercun bedil nih 24jam bunyi ganggu budok2 kecil nok tidur takdok pulok hok nok wat tubik pendapat kato benda ni tokleh sebab ganggu orang awam. Bakpo jadi ginih? sebab punoh doh hati kito, jadi tok reti buat pertimbangan hok betul dalam masalah masyarakat. Pah mulolah nok wat tubik pendapat sendiri2 hok kononnya baru dan nok 'letey' sokmo pendapat ulama'2, sedangkan diri tuh ngaji tok habis dan tadok ilmu. Habis punoh masyarakat.


Orang hok tegur ngaji tuh, sore duo jah. Gak, antara kepentingan sikit orang dengan kepentingan orang ramai yang tok tegur dan suko dengar Quran ni mana lagi utama? Kepentingan awam, maslahah am lebih utama dari maslahah sorey duo hok punoh doh hati dio tokleh dengar ayat-ayat Allah ni.


Ayat kita baca pagi ni jugak cerita pasal kita hikmah. Hikmah ni bukan macam hikmat azimat dewo-dewo hok orang melayu kito duk faham. Hikmah ni kurniaan Allah kepada sapo2 hok Dia nak bui. Dan siapa yang dapat hikmah, dia telah mendapat kurniaan dari Allah yang sangat besar dan banyak. Lukmanul Hakim diceritakan dalam Quran dia dapat hikmah sebab dia bersyukur.


Kito loni duk main bedil mercun, pah putuh tangey. Tokleh doh nok tukar dapatkan tangan kito hok supo asalnya. Setiap inci jari kito ni adanya sensor. Kalau tukar ngan tangan ganti pun hok besi ko, kita takleh rasa doh macam tangan kita yang asal. Tapi nikmat gini ado dok kito syukur dan amal? Sebab tu lah kito ni tokleh hikmah hok Allah nok bui ni antaranya.. Allahumma solli 'ala muhammad..





2 Syawal 1432,
Kuliah Subuh, Syarah Tajwid dan huraian tafsir ringkas ayat surah al-Jatsiyah.
Oleh Syekh Ustaz Abdul Bari Abdullah.
Talaqi harian, Masjid Kubang Kerian.

No comments:

Masa Itu Nyawa