Skip to main content

Betul Ke Sayang? (Nota 27 Ramadhan)




Kisah pencuri yang 'kurang' akalnya. Suatu hari dua orang pencuri menjalankan rutinan harian mereka di negeri antah berantah. Selepas berjaya memecah masuk rumah seorang kaya yang soleh, mereka pulang ke tempat operasi utama mereka di Putragagal. Maka berbincanglah dua pencuri untuk membahagikan harta sepencurian sesama mereka.

Seumpama didalam cerita Ali baba bujang lapuk. Pencuri pun tahu marah apabila teman membahagikan secara tidak adil. "Satu untuk kau, satu untuk aku. Dua untuk kau, dua untuk aku. Tiga untuk kau, tiga PULUH untuk aku. Empat untuk kau, empat BELAS untuk aku. Begitulah pencuri pun tahu marah, kenal erti keadilan dan kasih sayang dalam soal membahagi harta awam walaupun sedar perbuatannya mencuri secara profesional itulah yang memberinya kelebihan dan kemegahan sehingga dilantik menjadi Ketua Menteri sebuah negara yang entah apa-apa entah.

Benarlah pepatah rakyat negara itu yang merekayasa suatu perubahan kepada pepatah pahit penuh kebenaran suatu ketika dahulu "Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri". Oleh kerana sinonimnya menteri-menteri yang entah apa-apa entah dengan kegiatan mencuri secara tersembunyi lagi 'terpuji' dimata rakyat itulah akhirnya rakyat sebulat suara membuat revolusi pepatah. "Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi MENTERI.". Ah, ini kisah kasih sayang, kenapa mahu bercerita tentang pencuri yang menjadi menteri?


Kisah keluarga.
Kita selalu melihat orang yang sayang kepada seseorang pasti melebihkan kepada orang yang disayanginya dalam apa jua benda kebaikan. Budak kecil pun tahu erti 27 ribu ringgit malaysia jauh lebih bernilai dari seribu ringgit malaysia sahaja. Budak-budak pun tahu nilai RM100 lebih besar dan bermakna berbanding RM1 kalau dapat sebagai duit raya.

Sayangnya kita yang berkeluarga tidak nampak nilai kasih sayang sebenar. Kalau tak percaya tanyalah kepada orang yang paling dekat dengan anda, dia sayang tak kepada anda? Kalau dia sayang, pasti dia mahukan anda mendapat pahala terbanyak, pasti dia mahukan anda diselamatkan dari api neraka.

Apalah ertinya sayang kalau solat berjemaah pun tidak boleh dihidupkan didalam keluarga, didalam bilik, didalam berkawan, didalam kelas. Solat yang nilaiannya 27 kali ganda berbanding solat sendirian. Sangat merindui suasana orang di sekeliling yang tidak mahu solat fardhu melainkan dalam keadaan berjemaah. Merindui bekas ahli bilik yang kalau tertidur pun pasti dia akan gerakkan aku untuk solat jemaah bersama-sama. Kalau dia ke surau pun, dia akan pastikan aku pergi bersama. Kalau dalam musafir pun, pasti akan kami solat bersama.

Tribut buat ahli bilik yang padaku mereka adalah orang-orang beriman yang selalu mahu mengapai TAQWA; Akbar John, Abdul Rahman al-Azmi, Hakim Zakaria, Faizal Salleh, Rizal Marsudin dan semua ahli keluarga ku yang tegas dalam soal ini dan terutamanya ummi yang sangat menjaga, mendoakan dan selalu menasihati diri ini tentang kepentingan hidup beragama secara berjemaah bermulanya dari solat.

Semoga ahli-ahli bilikku selepas ini, ahli-ahli rumahku selepas ini, serta isteri juga sangat memahami dan selalu menghidupkan benda yang pertama yang akan di soal Allah hari akhirat nanti. Kita mahu keluarga bahagia, bermulanya dari solat. Kita mahu cinta berbunga mekar, bermulanya dari solat. Kita mahu keharmonian hubungan manusiawi, bermulanya dari solat. Kita mahu zuriat yang soleh solehah lagi muslih muslihah, bermulanya dari solat. Kita amalan kita dipandang Allah?, bermulanya dari solat. Kita mahu berkasih sayang, bermulanya dari solat. Kita mahu bercinta sampai ke syurga?, bermulanya dari solat.

Solat itulah doa. Doa, itulah otaknya ibadah. Solat, itulah amalan pertama ditanya. Solat, itulah senjata. Solat, itulah tempat meluah rasa. Solat, itulah tempat memberi salam cinta kepada Baginda. Solat, itulah pembeza muslim dengan kufur. Solat, itulah pengikat cinta sebenar.

Indahnya keluarga yang bangun tahajud bersama suami dan isteri. Indahnya suami yang mengejutkan isteri untuk mengadap Ilahi. Indahnya isteri yang mengejutkan suami untuk mengejar rombongan orang-orang soleh disepertiga malam. Indahnya suami kepenatan tertidur diatas ribaan paha isteri yang mengalunkan bacaan kalamullah, menghiburkan dengan kalam-kalam Rasulullah dari taman orang-orang soleh. Indahnya isteri yang kelelahan mengurus rumahtangga diajari doa-doa Rasulullah kepada Sayyidah Fatimah yang mulia. Allah dan Rasulullah, itulah pengikat kita, penyaksian kita.











Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…