Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Edisi Raya; 'Gegey Riuh' Mercun dan Pilihan Nada Suara

Sumber gambar



*Percampuran antara bahasa baku dan bahasa loghat kelantan untuk entri ini. Harap difahami sebaiknya.




Bacalah Al-Quran kerana ia akan datang sebagai syafaat di hari Kiamat bagi para ahlinya (pembacanya). Nabi kata bacalah al-Quran sebagaimana ianya diturunkan dalam bahasa arabnya (bukannya dengan nada melayu kita). Kalau orang melayu kita ini berdikir bolehlah nada melayu. Tapi baca Quran tak boleh dengan nada melayu kita macam berdikir yang tiada hukum-hukum tajwidnya. Bacanya kena betul tajwidnya.


Ada orang kata nak dapat baca arab macammana? Dia tidak perlu persoalkan macamana dahulu. Soalnya dahulu, ada dia usaha tak untuk dapatkan bacaan yang betul sebagaimana betulnya al-Quran itu diturunkan? Kalaulah nak buat roti canai kita sanggup tidak tidur malam nak 'kamey' roti itu. Kalaulah lapar nak makan kita pandai pergi cari makanan. Kalaulah kita tiada duit pandai kita bekerja nak cari duit. Kenapa kalau tidak pandai baca al-Quran ni kita tidak usaha sebegitu ju…

Betul Ke Sayang? (Nota 27 Ramadhan)

Kisah pencuri yang 'kurang' akalnya. Suatu hari dua orang pencuri menjalankan rutinan harian mereka di negeri antah berantah. Selepas berjaya memecah masuk rumah seorang kaya yang soleh, mereka pulang ke tempat operasi utama mereka di Putragagal. Maka berbincanglah dua pencuri untuk membahagikan harta sepencurian sesama mereka.

Seumpama didalam cerita Ali baba bujang lapuk. Pencuri pun tahu marah apabila teman membahagikan secara tidak adil. "Satu untuk kau, satu untuk aku. Dua untuk kau, dua untuk aku. Tiga untuk kau, tiga PULUH untuk aku. Empat untuk kau, empat BELAS untuk aku. Begitulah pencuri pun tahu marah, kenal erti keadilan dan kasih sayang dalam soal membahagi harta awam walaupun sedar perbuatannya mencuri secara profesional itulah yang memberinya kelebihan dan kemegahan sehingga dilantik menjadi Ketua Menteri sebuah negara yang entah apa-apa entah.

Benarlah pepatah rakyat negara itu yang merekayasa suatu perubahan kepada pepatah pahit penuh kebenaran suatu ke…

Darah Syuhada' Syria; Air Mata Malaysia

Di peringkat awal tunjuk perasaan, April.



Peta bumi Syam, Syria



Protes 10 ribu menentang kedatangan Obama ke Syria pada 2009.



Tunjuk perasaan di Lubnan.


"Assalamualaikum ya akhi. Kaifahaluka? Alhamdulillah khair.MasyaAllah, Syukran wa jazakallah brother for you becoming our Imam and for your Quranic recitation. Afwan ya akhi.(aku menjawab kemudian terdiam menanti bicara seterusnya teman dari Syria ini).


Afwan ya akhi, fazakkir fainna zzikra tanfa'ul mukminin. Brother, actually do you know what happen now in Syria? Yes, I know.. Actually our brother being killed there. Every Friday there is always..you know (demonstration)..here and there in Syria. People being killed. Usually 40-60 syahid every friday after Jumaah prayer. Alhamdulillah until now in this Ramadhan, up to 1000 have being syuhada', alhamdulillah. (I just can said in my heart; minalmukminina rijalan sodaqu ma 'ahadullaha 'alaih..fa …

Semua Pengguna Facebook, Ingatan Bersama..

Teman..Di pentas maya ini kita bersua,Ada bicara, tanpa suara,Ada raut, tanpa wajah.Pentas maya ini mampu menghidupkan sebuah perkenalan,Namun ia juga mampu membunuh sebuah kebahagiaan.Di pentas ini, isteri org disapa, tanpa izin suaminya.Di pentas ini suami org diduga, tanpa tahu isterinya.Disini ada gelak,Ada tawa,Ada kalam-kalam manja, menduga ia milik siapa.Tiada segan, tiada malu, kerana mata tidak bertemu,Engkau pun tidak kenal siapa aku,Dan aku tidak tahu siapa sebenarnya dirimu.

Teman...Jujur lah pada dirimu,Pada teman mu,Pada isteri dan suami mu.Pentas ini pentas fitnah, jalannya mehnah dan buahnya adalah punah.Di dadamu ada iman,Dibibirmu pernah terlafaz syahadah,Jari telunjukmu pernah bersaksi,Bahawa dia lah Allah, lalu engkau pilih lah arah.

Teman...Pentas ini pentas dakwah,Jalannya berukhuwwah, dan buahnya adalah mardhotiLlah,Jangan tersilap langkah,Jangan melangkah tanpa Bismillah,Berwaspadalah teman,Jangan ditambah dosa mu disini,Jangan engkau calari wajah bersihmu,Jangan…

Rehatkan Jiwa, Hidupkan Hati

Buaian Rasa


Hendak tidur tidurlah mata
Moga hilang nanti lelah di dada
Hendak lena lenalah jiwa
Moga esok kan kembali ceria

Lama aku berjuang
Ku menempuh duri dan gelombang
Lama ku berpanas hujan
Ingin kuteguk sedkikit kedamaian

hendak tidur tidurlah mata
moga hilang nanti lelah di dada
hendak lena lenalah jiwa
moga esok kan kembali ceria
lama aku berjuang
ku menempuh duri dan gelombang
lama ku berpanas hujan
ingin kuteguk setitis kedamaian

moga dapat kurehat seketika
membasuh luka dosa dan noda
doakan aku teman semua
bangkitku nanti berjuang semula

hendak tidur tidurlah mata
moga hilang nanti lelah di dada
hendak lena lenalah jiwa
moga esok kan kembali ceria

nanti akan kuimpikan
bersama kita berganding tangan
nanti akan kuimpikan bendera Islam
sama dikibarkan

aku kini lemah tak berdaya
tak mampu rasa menyimpan perasaan
kerdilnya di sisi Tuhan
terasa malu menghadap alam

hendak tidur tidurlah mata
moga hilang nanti lelah di dada
hendak lena lenalah jiwa
moga esok kan kembali ceria

tidu…

3 Tahun Berlalu; Moga Pengakhiran Kami Sebaikmu

Din, inilah kereta kita akan naik nanti..




Aku menjawab Hilmi dengan berdalih seraya berseloroh; "tidak mahu". Mahu naik kereta di Gaza ataupun kat tempat mana-mana yang lain(sebagai satu doa; semoga dikurniakan mati syahid) Gurauan penuh kebenaran dari Hilmi usai berbuka puasa tadi mengingatkan saya tentang seseorang.


Eh, eh sekejap nak ambil gambar orang lelaki menyiang ikan ni. "Nuruddin, senyum sikit tengok kamera ni, kak nak ambil gambar." Ok dah. Aku hanya tersenyum kelat bercampur malu bersama Ahmad. Namun tiada yang menjadi keraguan kerana kakak itu hanya menjalankan tugasnya untuk mengambil gambar jawatankuasa yang sedang bekerja untuk aktiviti montaj. Itulah kali pertama dan terakhir kakak itu menegur dan senyum kepadaku kerana memberikan kerjasama untuk di ambil gambar.


Saat itu BERSIH 2007 berjalan hebat. Kakak begitu ceria dan bersemangat sekali menceritakan pengalamannya menyertai lautan manusia berjalan untuk menuntut pilihanraya yang bersih. "Alah,…

Bulan ini Bulan Cinta.

Dengan nama Allah. Semoga dengan rahmat Allah dan keberkatan sahabat-sahabat saya yang telah menyempurnakan agama. Berkahwin dalam rangka mencari redha Allah, itulah yang saya harapkan dan doakan buat semua teman-teman yang telah dan akan. Bulan Ramadan ini, kukuhkanlah cinta berumahtangga yang indah itu dengan satu cerita cinta yang indah dibawah ini. Bulan ini Bulan Cinta, insyaAllah. Selamat membaca.





Bagaimanakah keadaanmu wahai sahabat Rasulullah selepas kewafatan itu? Adakah kamu sekalian memahaminya sebagai penghujung bagi kehidupan Baginda?


Demi Allah ianya tidak begitu. Sangkaan begitu amat meleset sekali. Sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibnu Hajar Asqalani di dalam kitab Fathul Bari pada jilid ke-dua dalam kitab “memohon pertolongan”. Ianya juga diriwayatkan oleh Imam Baihaqi, Al-Hakim dan Ibn Khuzaimah dengan sanadnya yang sahih, bahawa Bilal Ibnu Al-Harith Al-Muzuni seorang sahabat Nabi. Beliau telah datang ke Makam Rasulullah dalam masa kesulitan di zaman pemerintahan Say…

Nasihat: Perlu Ke?

Ada orang allergik dengan nasihat. Ada orang pantang dinasihati. Ada orang merasa diri sudah cukup baik dan tak perlukan nasihat. Ada orang sangat memilih nasihat. Ada juga yang membalas nasihat dengan memburuk-burukkan orang yang memberi nasihat. Tapi tak kurang juga yang menerima nasihat dan bersedia untuk berubah menjadi lebih baik. Sedia memberi kerjasama kepada diri sendiri untuk mengikhlaskan diri menjadi hamba Allah yang lebih baik dari hari ke hari. Tapi, untuk siapakah nasihat itu?


Nasihat untuk Allah; Nasihat kepada manusia supaya beriman kepada Allah.


Nasihat kepada Kitab Allah; Bukanlah bermaksud kita perlu menasihati al-Quran. Perlu menasihati dengan al-Quran. Macamana? Dengan membaca al-Quran. Sebab apa pulak? Sebab Quran akan datang pada esok hari Kiamat sebagai syafaat, penolong, pembantu bagi sesiapa yang membacanya.


Keduanya, dengan cara kita perelokkan bacaan kita dan sentiasa perbetul dan pertingkatkan mutu bacaan kita. Kenapa? Kerana Nabi sollallahu 'alaihi wasal…