Skip to main content

Soal Hati Sejenak

Dalam dua keluaran catatan yang sebelum ini, ada saya berjanji untuk bercerita sedikit tentang jangan berputus asa. Oleh, itu jangan berputus asa untuk menanti walaupun ianya mungkin bukan catatan yang terbaik kali ini buat membayar janji itu. Dalam soal kehidupan seharian, kita pasti mahu dan ada sesuatu yang ingin dicapai dalam kehidupan seharian kita. Kita mahu memiliki harta yang banyak, kereta yang mewah, keluarga bahagia, kesihatan yang berterusan dan hati yang tenang.

Namun, cukuplah sebenarnya dengan memiliki hati yang tenang itu untuk mengalahkan keinginan-keinginan yang lain seperti mahukan kereta mewah, isteri yang cantik, harta bertimbun, pengikut yang ramai, serta terkenal dikhalayak ramai. Kerana hati yang tenang langsung tidak memerlukan benda selainnya. Bahkan keinginan-keinginan lain itu tidak akan pernah padam dan surut melainkan setelah memiliki hati yang tenang.

Kenapa bicara soal hati dalam kaitan putus asa? Sahabat-sahabat yakin orang yang putus asa itu hatinya tenang? Jarang sekali orang-orang yang putus asa itu memiliki hati yang tenang. Bahkan seorang mukmin itu yang memiliki hati yang tenang kerana banyak mengingati Allah. Bahkan juga sifat berputus asa itu bukanlah dari sifatnya seorang mukmin.

Kenapa kita sangat perlukan hati yang tenang? Hanya mereka yang punya hati yang tenang sahaja diucapkan ucapan selamat yang cukup berharga dari Allah. Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan kamu dalam keadaan redha dan diredhai, masuklah bersama hamba-hambaKU, masuklah kedalam syurgaKu. Ini janji Allah buat hati dan jiwa yang tenang. Aik, tadi kata hati, tiba-tiba bawa ayat tentang jiwa pula ni? Hati yang tenang itu datang dari jiwa yang bersih. Jiwa yang bersih itu boleh menguatkan hati untuk mengembang dan bersedia menghadapi sebarang sakit pedih ranjau kehidupan. Lalu, hasilnya adalah sebuah hati yang tenang tersedia untuk menempuh hidup.

Hati itu tenang bila cukup makanannya. Makanannya itulah dia zikrullah. Mengingati Allah. Bahkan dijanjikan Baginda Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam tentang dua perkara yang pasti menghidupkan hati, "bacaan al-Quran dan memperbanyakkan mengingati mati". Ini dua ubat asas dan paling mujarab dalam nak mengubat hati. Cubalah dulu ya disamping membiasakan diri dengan puasa sunat di bulan Rejab ini. =)

InsyaAllah saya akan berkongsi sesuatu dari soal kematian selepas ini. Jangan berputus asa ya mengejar rahmat Allah. =)
bersambung esok..

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…