Skip to main content

Hidung Tak Mancung Lebih Baik

Susahnya kan untuk istiqamah? Susah juga untuk berjumpa di rumah Allah dengan orang-orang yang mengaku berjuang di jalan Allah. Susahnya kan untuk terus menulis? Susah betul untuk memberi masa membuat kebaikan dan melawan hasutan syaitan ini kan? Kalau banyak kebaikan mahu ditulis, pasti banyak juga alasan dan kerja-kerja tidak penting dan mengganggu diperjalanan. Alhamdulillah selesai membaca artikel tentang istiqamah dari guru saya, al-Habib Syed Abdul Kadir al-Joofre. Sebelum itu terbaca juga artikel tentang "Nasihat, tidak wajib dilaksanakan?".

Dua artikel yang kena atas batang hidung sendiri yang tidak mancung ini. Bilamana dinasihati, maka kita wajib melaksanakan perkara yang dinasihati itu selagi mana ianya bertepatan dengan dalil saranan dan tuntutan Allah dan Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam. Tuan Guru menceritakan kisah-kisah istiqamah dan memukul sedikit tentang orang yang tidak istiqamah dalam berdakwah menggunakan blog. Alhamdulillah hati ini terasa.

Dalam hati melawan malas untuk menulis, teringat artikel tentang nasihat tentang perkara kebaikan itu sebenarnya wajib dituruti. Bahkan terlalu banyak dalil didalam al-Quran dan as-sunnah menceritakan tentang ini. Oleh itu, saya mahu menjadi murid yang baik ini, menulis sedikit malam ini melawan kelesuan.

Pagi tadi melihat teman sekerja merawat seorang pesakit (mencuci hidung post-operation). Pesakit yang didiagnos atropic rhinitis (pengecilan @ degenerasi sel-sel, otot-otot yang berkaitan dengan hidung disebabkan oleh jangkitan kuman). Saya melihat keadaan yang sangat menyeksakan dengan hilangnya sebuah hidung yang asal anugerah Ilahi, maka seorang manusia perlu mencari gantinya dari bahagian badan yang lain, perlu mencantumkannya dengan titanium dan membentuknya untuk menyokong hidung yang baru.

Apapun, proses ini mengambil masa berbulan-bulan, berperingkat-peringkat pembedahan untuk pengambilan kartilej dan kulit buat menampung bahagian yang hilang. Maka pesanan buat saya dan sekalian pengunjung, bersyukurlah dengan apa yang ada. Semuanya milik Allah. Kita sendiri akan dicabut nyawa oleh Allah bila-bila masa.

Oleh itu, tak usahlah dibisingkan hidung saya lebih mancung atau hidung saya kurang mancung, kerana mempunyai hidung itu sebenarnya satu nikmat besar dari Allah yang selalu kita lupakan. "Maka, nikmat Allah yang mana lagi mahu kita dustakan?"

p/s: Saya menulis sambil melihat sekumpulan pelajar Islam sedang bermain futsal dan bersukan di awal pagi jam 1.30am dilapangan asrama. Semoga Allah mengumpulkan jiwa-jiwa bersemangat waja ini untuk sama-sama bangun mengadap Allah di rumah Allah dan berpenat lelah di jalan Allah bersama-sama juga disamping berpenat lelah setiap hari dipadang futsal dan padang rumput.

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…