Skip to main content

Ehlam Ma'aya, Bumi Malaysia

Dream with me,
Of a tomorrow that is coming,
And if it does not come.
We will bring it ourselves.
We will stride upon this path.
Our many footsteps will lead us to our dream.

Dream with me,
Of a tomorrow that is coming,
And if it does not come.
We will bring it ourselves.
We will stride upon this path.
Our many footsteps will lead us to our dream.

No matter how many times we fall,
We will be able to rise again,
Find the way through, challenge and defy the dark clouds,
We'll find our night transformed into a thousand days,
Only if we dream.

No matter how many times we fall
We will be able to rise again,
Find the way through, challenge and defy the dark clouds,
We'll find our night transformed into a thousand days,
Only if we dream.

Dream with me, my friend,
Our footsteps will shorten the distance,
I care about my innocent dream,
What ever it may be,
It will stand beside us,
No matter how long our journey becomes,

Even if we become lost, my friend,
Our reunion will rally us toward our dream,
Toward our dream,
Toward our dream..
Toward our dream...
Toward our dream....

Only if we dream,
(dream is coming true)

-Ayuh mimpi bersamaku-


Catatan ringkas melihat kebangkitan rakyat mesir menentang kezaliman regim mubarak. Revolusi 25 Januari. Tapi sayang sekali kan, hari ini di bumi Malaysia ramai anak-anak muda yang khayal dengan dunia hiburan, tidak cukup dengan bahaya AF yang maha dahsyat meracuni anak muda, ditambah lagi dengan bermacam ragam program 'realiti' TV yang sebenarnya adalah program 'khayalan' TV.

Apa lagi mahu disedihkan, rakyat menderita kelaparan, tiada kecukupan sara hidup, anak-anak berantakan, keluarga huru-hara, semuanya tidak apa-apa, asalkan projek masuk, dapat bawa isteri pergi melancong keluar negara, habiskan duit negara untuk memuaskan hati isteri, itu sudah cukup bagiku (suara hati diktator dunia akhir zaman dari generasi ke generasi).

Orang-orang soleh jarang bermimpi. Kalau bermimpi, biasanya ada petunjuk di situ. Semoga mimpi sekalian orang soleh mahu melihat Islam kembali dijunjung seperti zaman awal kedatangan Islam ke Melaka menjadi nyata. Teruskan bekerja, bekerja, bekerja dan bekerja dengan iringan doa kepada Pemilik segala Kerajaan langit dan bumi. Segalanya milik Dia. Semoga Allah permudahkan. Tunisia, Yaman, Mesir, Bahrain, Syria. Angin perubahan ini takkan berhenti.

Semoga Allah tetapkan hati-hati ini didalam agama-Nya, jalan-Nya, menempuh cabaran cemeti merah yang takutkan kebenaran, kebebasan, kejujuran, ketulusan, integriti, kebaikan, keadilan yang mana semuanya itu terangkum dibawah Islam yang ditunjuk Rasulullah.


#Ayuh, 9 Julai 'ziarah' Kuala Lumpur, BERSIH 2. Yosh!
p/s: Jangan lupa solat, doa, zikir dan teruskan menuntut ilmu sampai ke liang lahad.

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…