Wednesday, May 11, 2011

Berpagi-Pagilah Kamu; Teruskan Memanfaat Detik

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil'alamin.

Subhanallahi wa bihamdihi,
Subhanallahil'azhim.
Amalkanlah dua kalimat tasbih diatas dimana-mana dan bila-bila masa sahaja. Kenapa? Inilah dua kalimah yang sangat ringan untuk disebut mulut kita, tapi sangat berat dalam timbangan amal di hari Akhirat dan sangat dicintai oleh yang Maha Penyayang.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah kami dimatikan semalam, dan dengan pastinya kami akan dikembalikan berkumpul menghadap-Nya yang Maha Penyayang itu.



Saya kembali menulis dan mahu terus menulis dengan membina diri yang punya matlamat. Berpagi-pagi itulah nikmat besar yang terkadang bahkan selalu kita lupakan. Dek kerana sekarang saya masih sihat mental dan fikiran untuk berfikir, ayuh manfaatkanlah saat mental dan fikiran kita masih sihat ini sebelum nikmat akal kita ini ditarik yang Maha Penyayang.


Lama tidak menulis, banyak juga kisah-kisah kehidupan yang terkubur dari dirakam buat ingatan dan teguran bersama. Saat ini musimnya anak-anak kampus pulang bercuti, sedang penulis kurang mendapat manfaat cuti itu. Bahkan penulis juga hilang penumpuan dan ketajaman penulisan semakin tumpul kerana motivasi diri yang makin luntur.


Satu cerita yang enak diulang-ulang minda yang sihat. Tentang Buya Hamka. Buya Hamka sangat banyak menulis buku dan kitab. Tapi banyak masa menulisnya hanya diambil dari beberapa detik dari 24jam kehidupannya setiap hari. Bahkan, detiknya itu ialah pada detik yang sangat enak buat tiduran anak-anak kampus yang tiada punya matlamat hidup yang jelas lagi hidupnya hanya manis-manisan bersuka-ria. Iaitu setiap pagi selepas subuh.


Itulah Buya Hamka menulis artikel-artikel pendek dan cerita pendeknya satu artikel ataupun ulasan isunya setiap pagi selepas subuh sebelum pergi bekerja. Begitu juga Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sangat suka memberi tazkirah pendek ringkas lagi padat. Hanya sekitar 5-10 minit setiap hari selepas solat subuh. Isunya apa? Isunya tentang apa yang berlaku dalam putaran sejarah dan sirah pada hari tersebut. Isunya penjelasan pada isu semasa yang berlaku.


Nah, anak-anak kampus sekalian, saya hanya memanfaatkan tidak sampai 20 minit untuk menyiapkan keluaran entri berpagi-pagi ini. MasyaAllah tabarakallah! Inilah kenapa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam sangat menggalakkan umat baginda berpagi-pagi. Luaskanlah mata, bangun dan lihat rezeki Allah luas terbentang. Ambil, gapai, dan manfaatkanlah untuk Islam, agama yang satu-satunya diredhai disisi Allah.


ya muqallibal-qulub, thabbit qulubana 'ala dinika wa 'ala tho'athiq,
allammarzuqna sidqo fil qaul wal-ikhlasa fil-'amal


Riyadussolihin,
7.04 pagi.

3 comments:

taksuke kucingatal (^^) said...

teruskan menulis! terus meneruslah menulis kerana boleh jadi setiap bait kata yang kau lontarkan walau sepatah bisa menjadi inspirasi buat sesiapa yang mencari =)

The Medical Duo said...

http://synergistichatidoktormuda.blogspot.com/

salam ziarah...tq atas perkongsian ni. Entry yg menarik

Khaulah Azwar said...

Syukran ats peringatan yg sentiasa diupakan ini.
Smg Allah memberkati nta.

Masa Itu Nyawa