Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Masuk Pawagam Ikut Cara Agama

AL-QARDHAWI: MENONTON FILEM DI PAWAGAM MENURUT PERTIMBANGAN FEQAH
Tarikh Edaran: 21 Mei 2011

Peranan dan pengaruh pawagam (tempat penayangan filem) telah tersebar secara meluas sejak akhir-akhir ini. Sesetengah pihak masih lagi berpegang kepada pengharaman (secara mutlak) menonton apa sahaja filem di sana, manakala didapati kebanyakan remaja meragui hal ini, dan sentiasa berkunjung ke sana dengan merasakan tiada apa-apa masalah pun yang perlu dirisaukan dalam hal ini. Oleh hal yang demikian, pihak manakah paling tepat dan benar dalam hal ini, sama ada semua pawagam perlu ditutup atau tiada masalahnya untuk menonton filem di sana? Dan apakah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian sekiranya dibolehkan menonton filem di pawagam?

Hukum menonton filem di pawagam adalah tertakluk sepenuh kepada apa yang ditayangkan, dan secara hukum umumnya, adalah harus, dengan syarat; filem-filem yang ditayangkan tidak mengandungi unsur-unsur dosa, maksiat dan kemungkaran, di samping tidak menyebabkan…

Berpagi-Pagilah Kamu; Teruskan Memanfaat Detik

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil'alamin.

Subhanallahi wa bihamdihi,
Subhanallahil'azhim.
Amalkanlah dua kalimat tasbih diatas dimana-mana dan bila-bila masa sahaja. Kenapa? Inilah dua kalimah yang sangat ringan untuk disebut mulut kita, tapi sangat berat dalam timbangan amal di hari Akhirat dan sangat dicintai oleh yang Maha Penyayang.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah kami dimatikan semalam, dan dengan pastinya kami akan dikembalikan berkumpul menghadap-Nya yang Maha Penyayang itu.


Saya kembali menulis dan mahu terus menulis dengan membina diri yang punya matlamat. Berpagi-pagi itulah nikmat besar yang terkadang bahkan selalu kita lupakan. Dek kerana sekarang saya masih sihat mental dan fikiran untuk berfikir, ayuh manfaatkanlah saat mental dan fikiran kita masih sihat ini sebelum nikmat akal kita ini ditarik yang Maha Penyayang.


Lama tidak menulis, banyak juga kisah-kisah kehidupan yang terkubur dari dirakam buat ingatan dan teguran…