Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Hati-Hati Menjaga Hati di Musim Cuti

Mungkin ramai antara kita tidak menyedari ada tujuh perkara yang boleh merosakkan hati. Apabila tujuh perkara ini diamalkan secara berterusan, sudah pasti hati yang rosak bertambah rosak.


Oleh yang demikian, tujuh perkara yang disebutkan ini nanti, dapat dijauhi dan tidak diamalkan kerana ia memberi kesan tidak baik kepada hati. Tujuh perkara itu adalah:

1-Pergaulan yang tidak berfaedah
2-Sentiasa berangan-angan
3-Tidak berharap kepada Allah
4-Terlalu banyak makan sehingga kenyang
5-Terlalu banyak tidur sehingga badan menjadi lemah
6-Memandang secara berlebihan
7-Kata-kata yang keterlaluan


Ketujuh-tujuh perkara ini apabila diamalkan sudah pasti ia merosakkan hati. Selepas ini diterangkan perkara-perkara yang boleh merosakkan hati serta punca-punca bagaimana ia boleh berlaku.


Hati yang sentiasa bersih dimudahkan perjalanannya menemui Allah. Berbanding dengan hati yang kotor, mereka melalui jalan yang sukar untuk menemuinya. Pelbagai dugaan dan rintangan ditemui sepanjang perjalanan menemui Allah…

Disiplin Diri

Permata diri yang semakin berkurangan. Bagaimana mahu mendapatkannya kembali?

1. Selalu meminta nasihat.
2. Buat sesuatu perkara secara istiqamah walaupun sedikit.
3. Kenangi kembali keperitan yang dihadapi sebelum mencapai kemanisan.
4. Usah dikenangi kemanisan kerana ianya boleh melalaikan, dan ia bukannya menjadi jaminan tiket selamat dari api Neraka.
5. Banyakkan membaca.
6. Berjiwa besar.
7. Menyusun hidup dengan al-Quran.
8. Mengatur urusan harian berpandukan jadual solat 5 waktu berjemaah.
9. Merehatkan dengan wudhu' dan bersolat.
10.Berani mengaku kesalahan dan berusaha menjauhi dari mengulangi kesilapan yang sama.
11.Bergaul dengan orang-orang soleh dan cemerlang.
12.Mentadabbur ayat-ayat suci Allah.
13.Mengikut rukun mujahadah; kurang makan, kurang bercakap, kurang tidur.
14.Senyum selalu.
15.Tambahkan prihatin dan cinta dalam tindakan, bukan dalam percakapan.
16.Telusuri sejarah dan sirah.
17.Pelajari hadith dan sunnah.
18.Perbaiki akhlak. Dengan Allah. Dengan manusia. Dengan semua cipta…