Sunday, March 20, 2011

Roy dan Nizam, Terima Kasih


Mata sedikit penat sehari dua ini. Terlalu mudah untuk terlelap walaupun tidak mengantuk. Habis berehat tengahari diziarahi dua adik yang ingin melangsaikan hutang teori. Masih ada dua adik yang belum melangsaikan hutang teori. InsyaAllah akan dituntut sambil mengulangkaji untuk ujian akhir semester kedua tahun ketiga ini.

Terlewat sejam dari target asal. Mungkin ini hikmahnya melayan adik-adik yang hebat. Sengaja melalui lalui lebuhraya pantai timur. Tapi hati rasa kurang enak dan sedikit pelik. Diteruskan memandu bersama 'gewe' menemani. Nikmatnya naik motor mengambil angin petang bersama keindahan alam dan mengulang-ulang lafaz-lafaz suci kata-kata 'gewe'. Inilah rahsia yang takkan boleh dikongsi kenikmatannya dengan sesiapa sekalipun. Mahu cuba? Anda pun boleh jika mahu =)

Angin petang yang mengasyikkan sedikit terganggu dengan perasaan bergoyang yang diiringi tiba-tiba dengan motor yang bergoyang ditayar belakang. Oh, pancit rupanya.

Meneruskan perjalanan tanpa mahu berhenti kerana teringat pesan guru ku. " Kalau mahu menguji tawakal, inilah saatnya". Teringat juga bagaimana berdikarinya seorang temanku yang juga pernah pancit motor meneruskan perjalanan tanpa meminta bantuan. Alhamdulillah.

Mahu diteruskan juga sehingga keluar dari lebuhraya dipersimpangan keluar Seri Jaya. Tapi hasrat tidak tercapai bila golekan, goyangan dan tarian tayar semakin rancak bila mendekati R&R Gambang. Walhasilnya, Allah pertemukan saya dengan beberapa pekerja MTD LPT yang baik hati. Dan dua orang anak muda yang sempoi tapi ringan mulut dan baik hati dalam membantu meringankan beban saya.

Saya mahu meneruskan perjalanan sehingga keluar dari lebuhraya, tapi dinasihati mereka untuk tunggu sahaja di R&R nanti mereka akan tolong uruskan untuk baiki tayar yang bocor itu. Masalah yang tiba itulah peluang. Rupanya Allah memberi ruang untukku mengulang ayat-ayatNya sambil menanti dua anak muda pulang kerumah mereka dikampung berdekatan untuk mengambil kelengkapan dan membawa tiub tayar yang baru.

"Bang, kalau bang pergi keluar Seri Jaya pun takkan ada kedai yang bukaknya bang. Ni hujung minggu memang takde kedai yang bukaknya. Kalau ada pun, ni dah malam. Kedai bukak biasanya sampai jam 7 jer." Oh, satu pengetahuan baru buatku. Terima kasih dik.

Menunggu selama sejam lebih, kemudian melihat bagaimana mereka berusaha bersusah payah menukar tiub tayar motorku. Aduhai, kalau aku seorang diri pasti terkulat-kulat entah apa boleh dibuat. Tahulah langkah-langkahnya, tapi tidak tahu praktikalnya susah payahnya nak tukar tayar motor. Kalau tayar lori macammana pula? Sejurus selepas siap motor diusahakan pembaikannya, meneruskan perjalanan dan ternampak 3 buah lori di tepi jalan. Oh, rupanya tayar bocor juga. Nampak dua lori lain turut berhenti untuk membantu. Em, inilah pengajaran dan kepentingan hidup berjemaah, beramai-ramai rupanya. Allah selalu permudahkan.

Supaya tidak terlupa dan dilupakan, saya abadikan nama dua anak muda yang membantu saya di R&R Gambang itu. "Siapa nama ya?" Saya Nizam, tapi orang panggil ija. Oh, lagi seorang? Oh, dia orang panggil Roy je, jawab Nizam dan Roy serentak sambil tergelak berseloroh". Ok, panggil saya Din je. Terima kasih banyak-banyak ye. Berapa bayaran semua ini ya? Ikut suka abanglah nak bagi berapa. (Allah, payahnya nak jumpa anak muda macam ni hari ni dalam membantu.)

"Bang lalu-lalu lagi highway ni singgahlah kedai kitorang. Oh, memang meniaga kat sini sentiasa ke?. Ya, singgahlah kalau lalu lagi. InsyaAllah kita jumpa lagi. Terima kasih banyak ye" =) (tribut buat Nizam dan Roy yang sanggup tinggalkan perniagaan makanan mereka sekejap untuk membantu saya yang tidak tahu apa-apa ini)
Semoga Allah murahkan rezeki kalian, semoga Allah tambahkan hidayah buat kalian. Semoga Allah mudahkan kalian menjadi pembantu agama Allah. Ameen.


*Berbuat baiklah sesama manusia, Allah pasti permudahkan urusanmu.Alhamdulillah perjalanan yang bermakna. "Man la yarham, la yurham"

Allahummarzuqna sidqa fil qaul wal ikhlasa fil-'amal

2 comments:

Ahmad Syahid bin Ibrahim said...

Kalau "gewe"nya mantap, ulangnya pun sedap, bertambah enak jika difhami maksud dan ibrahnya satu persatu.. =)

tayar bang din pecah..ganti tiub je? tak ganti tayar luar?..dah botak tadi rasanya ana tgk..

all da best for final!

Insan Rabbani said...

Alhamdulillah, inilah hikmahnya Allah menciptakan hati bagi setiap manusia. Di dalam hati itu adanya mahabbah, adanya ukhwah, adanya sifat ambil tahu.

Walaupun ianya satu aturan peristiwa yang kecil dari Allah, namun hikmahnya begitu besar dan bernilai.

Jupo minggu depe tu...

Masa Itu Nyawa