Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Hidupkan hati

Semalam melawat Muhammad Aminuddin Che Hashim yang sakit kaki (terseliuh ketika bermain volleyball). Sekarang baru pulang dari menziarah Hafizah Ahmad, (kemalangan dalam perjalanan pulang ke KL bersama suami) dalam wad 2A. Semoga nikmat yang masih ada kita manfaatkan..


Alhamdulillah tangan ini masih sihat untuk menaip. Mata ini masih segar untuk membaca. Kaki ini masih boleh untuk ke masjid. Jantung ini masih mengepam untuk hidup. Jari ini masih elok untuk memegang. Hidung ini masih segar bernafas. Telinga ini masih elok untuk berbincang dan mendengar kebaikan. Semua amanah ini akan disoal akhirat nanti. Allah, Maha Agung Engkau..Ampuni kami..


al-Faqir,
Mohd Nuruddin Mohamed,
Teratak at-Tabari

Buat Semua

Biarlah gelak beradab.
Biarlah sedih berpahala.
Biarlah tunduk berhadap.
Biarlah penat berbaloi.
Biarlah rehat bertujuan.
Biarlah bangun bekerja.
Biarlah duduk memberi.
Biarlah membaca berfokus.
Biarlah hati berbunga.
Biarlah Hidup Bermakna.
Biarlah mati tersenyum.
Biarlah mayat mewangi.
Biarlah penat terbalas.

Semuanya indah jika kerana Allah.
Semuanya merindu jika iman kita sangat memanis. =)





al-faqir,
Mohd Nuruddin Mohamed,
Sabtu 26 Mac 2011,
10.58pm

Ibrah Yang di Lupakan

Seruan Rasulullah SallaLlahu 'alaihi wasallam agar bersiap sedia untuk berperang dibuat ketika waktu susah, panas, dan musim buah-buahan dipetik. Orang-orang beriman yang jujur segera menyahut seruan Rasul tersebut tanpa mempedulikan kesusahan mahupun kemiskinan. Orang-orang munafik pula menarik diri. Mereka mengemukakan pelbagai alasan.

Demikianlah, hakikat orang-orang yang ikhlas dan orang-orang munafik akan jelas terserlah pada waktu-waktu genting. Mereka yang berlagak akan terbongkar pekungnya pada waktu dugaan.

*** Cukuplah pengajaran kedua yang cukup ringkas ini dari peristiwa Tabuk. Tabuk berlalu dalam nada Nabi begitu tegas dengan setiap mukmin yang merehatkan diri dari medan juang. Tabuk sudah berlalu. Namun, pengajarannya setiap hari berulang tayang, di ulang, di ulang dan di ulang mereka-mereka yang berbai'ah. Peristiwa 3 ahli badar yang menguzurkan diri diperingkat awal Tabuk dan hukuman Allah dan Rasul-Nya kepada mereka selalu berulang tayang.

Mungkin ibrah Nabi ini…

Habis Hartaku dan Sakit Badanku

Penyakit tidak dapat dielakkan. Ianya pasti mengunjugi setiap insana sama ada tua, muda atau kanak-kanak. Sakit tidak mengenal jantina dan umur. Semua manusia boleh diserang sakit pada bila-bila masa sahaja yang dikehendaki Allah.

Imam Abu Abdullah r.a mengatakan bahawa sabar menghadapi bala dan penyakit adalah termasuk di antara kunci syurga. Ertinya, syurga itu akan dapat dibuka dengan menggunakan kunci sabar dalam menghadapi sebarang penyakit dan kesusahan.

Abu Warrad dari Muhammad bin Muslim berkata: “Seorang datang kepada Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan berkata: “ Ya Rasulullah, habis hartaku dan sakit badanku.”

Maka dijawab oleh Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. “Tidak baik seorang hamba yang tidak habis hartanya dan tidak sakit badannya.” Sesungguhnya jika Allah Subhanahu wata’ala cinta kepada hambanya maka diuji-Nya dengan bala dan bila telah ditimpa bala maka Allah Subhanahu wata’ala memberikannya kesabaran.

Diriwayatkan bahawa ketika turun ayat yang berma…

Kenapa Mesti Masjid?

Gambar hiasan; dihadapan Jami' (Masjid) Abdullah ibnu Rawahah, bumi Syam


Masjid yang berasal dari kata ‘sajada’ yang bermaksud sujud. Masjid pula dibawakan dalam kerangka ‘isim makan’ iaitu kata nama yang merujuk kepada tempat. Fa’ala, yaf’alu, maf’il. Sajada, yasjudu, masjid.

Dalam peristiwa hijrah, Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam meletakkan 3 batu asas yang sangat kukuh sebagai dasar utama sebuah masyarakat baru. Batu asas pertama ialah, pembinaan masjid, diikuti dengan hubungan sesame manusia dengan mempersaudarakan seluruh kaum Muslimin, secara khususnya antara Muhajirin dan Ansar. Batu asas ketiga ditanam kejap dan kukuh dengan mewujudkan perjanjian atau perlembagaan yang didalamnya ditentukan garis-garis kasar sistem penghidupan umat Islam sesame sendiri, dan menjelaskan perhubungan dengan bangsa lain secara umum dan bangsa Yahudi secara khusus.

Kenapa secara khusus dengan Yahudi? Perbincangan itu bakal kita kupas dan halusi dalam perbincangan akan datang.

Apa yang suka …

Roy dan Nizam, Terima Kasih

Mata sedikit penat sehari dua ini. Terlalu mudah untuk terlelap walaupun tidak mengantuk. Habis berehat tengahari diziarahi dua adik yang ingin melangsaikan hutang teori. Masih ada dua adik yang belum melangsaikan hutang teori. InsyaAllah akan dituntut sambil mengulangkaji untuk ujian akhir semester kedua tahun ketiga ini.

Terlewat sejam dari target asal. Mungkin ini hikmahnya melayan adik-adik yang hebat. Sengaja melalui lalui lebuhraya pantai timur. Tapi hati rasa kurang enak dan sedikit pelik. Diteruskan memandu bersama 'gewe' menemani. Nikmatnya naik motor mengambil angin petang bersama keindahan alam dan mengulang-ulang lafaz-lafaz suci kata-kata 'gewe'. Inilah rahsia yang takkan boleh dikongsi kenikmatannya dengan sesiapa sekalipun. Mahu cuba? Anda pun boleh jika mahu =)

Angin petang yang mengasyikkan sedikit terganggu dengan perasaan bergoyang yang diiringi tiba-tiba dengan motor yang bergoyang ditayar belakang. Oh, pancit rupanya.

Meneruskan perjalanan tanpa mahu …

Ziarahlah Sebelum diZiarah

Pulang hujung minggu setiap jumaat. Itulah rutinan biasa dimusim praktikal. Pulang mesti bermatlamat, bukan sekadar membuang masa. Alhamdulillah dikurniakan kesempatan untuk melawat saudara mara, nenek, pak saudara dan kenalan abah dan ummi di Chendering, Permatang Badak.

Melihat orang-orang lama yang semakin tua. Melihat anak-anak cucu yang semakin bertambah. Melihat kedut-kedut pengalaman diwajah tua yang tabah.

Menilai diri yang semakin tua dimamah usia walaupun wajah masih muda. Menilai hati si tua yang hampir menangis bila ku perkenalkan diriku sebagai anak cikgu Li, tapi masih samar dari ingatan Tok Wan Kadir. Tok Wan hampir menangis bila gagal mengingati siapa sebenarnya anak muda yang datang menziarahnya.

Serak suaranya sangat menyentuh hati. Bagaimana kelak aku bilakan tua nanti? Ditanya bagaimana solat, pergi ke Masjid lagi kah? " Nak pergi gano gak..nak berjalan pun tokleh ni. Orang semaye pun tokdey nok ikut bangun duduk doh.. Keno tinggal sokmolah"

Bagaimana aku nan…

Ilmu, Iman dan Amal

Kalau tidak tahu, bertanyalah.
Kalau tiada mahu, lalailah.

Jika ada mampu, bersegeralah.
Saat mampu tiada, usahakanlah.

Hati itu sinarnya Iman.
Akal pula 'rajin' meneman.

Biar apa sang berpangkat menilai.
Ilmu, dan Iman sentiasa berangkai.
Buahnya Amal itulah yang dicanai.