Thursday, February 17, 2011

Praktikal Amali Buahnya Teori


Ayuh bersama kita fahami waqi' yang berbeza, fahami prioriti, fahami pertimbangan, fahami dalil dan nas, fahami adab perbezaan pendapat, dan fahami perubahan. InsyaAllah segala kerjabuat kita kan terpandu dalam petunjuk-Nya. InsyaAllah.


Sirah nabi bukan sekadar rujukan dan modul tamrin, ianya modul dan panduan kehidupan kita. 6 fiqh yang dinyatakan diatas sangat penting semua kita memahaminya. Ana pun masih belajar, terus belajar dan nak belajar dari kita semua.


InsyaAllah jika istisyarah dan syura itu selari mengikut panduan 6 pemahaman asasi diatas dipandu bersama dengan 10 adab2 rukun orang yang beraku janji dengan Allah, insyaAllah khair abadan abada =). Itulah persoalan yang sama akan dibawa bila bertemu dimedan sebenar selepas pengajian nanti =)


Terkadang ahli politik terlalu cepat merespons dan memberikan pendapat. Sedangkan ahli syura itu mencari dahulu dari beratus-ratus kitab tafsir dan hadith dan pedoman ulama-ulama terdahulu sebelum membuat keputusan supaya tidak lari dari petunjuk Ilahi.


Kita masih belum dimedan politik sebenar dan bukanlah juga kita ini ahli syura yang telah mencapai tahap2nya yang digariskan ulama2 dari panduan quran dan sunnah. Tapi, inilah ruangnya untuk kita belajar =).


Intima' ini bukan intima' kepentingan diri, bukan intima' kecenderungan, bukan intima' mengikut batang tubuh manusia dan bukan juga intima' secara mengejut. Ianya intima' berasaskan faham, untuk ikhlas beramal, sanggup berkorban dan berjihad, meletakkan taat dan wala' pada tempatnya, menjaga ukhuwah, istiqamah pada jalan-Nya, asli dan tulen pada pendirian dan celupan Allah, dan memberi kepercayaan yang sepatutnya kepada orang yang sepatutnya. Jalan ini jalan panjang. Harmonikan dan indahkan semangat selari dengan ilmu. Cantikkan tindakan dengan berakhlak, insyaAllah pastikan jaya. Inilah intima' aqidi, inilah aqidah perjuangan.


Dimana-mana sekalipun ada musuh, hatta Nabi pun orang nak lawan. =) Tapi bagaimana akhlak Nabi dan para sahabat melayan musuh sehingga musuh pun gerun dan segan dengan mereka golongan terbaik dari kalangan terbaik itu ? Indahnya Islam itu. Cuma kita tersilap faham kerana nafsu yang menutup, amarah yang menyala, malas yang disuburi, dan sombong yang dituruti.


Sedangkan hancur manusia itu dengan tiga perkara. Tiga itulah jua yang selalu kita taati. Kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang dituruti, dan merasa kagum, ujub bangga diri dan merasa hebat dengan diri sendiri. Inilah tiga perkara asas merosakkan manusia itu tak kiralah Imannya, Islamnya, dan segala kerja buatnya. Moga Allah mengampuni kita semua.


Allahummarzuqnas sidqa fil qaul wa ikhlasa fil-'amal
al-faqir, nur.

No comments:

Masa Itu Nyawa