Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Kisah Katak

Surah Katak

"oh katak. Berbunyi, berbunyilah engkau. Tiada orang minum yang dapat engkau cegah. Dan tidak ada air yang dapat engkau keruhkan. Untuk kami separuh bumi. Dan untuk Quraisy separuh bumi. tetapi Quraisy adalah golongan yang melanggar." Itulah kisah surah katak yang dicipta oleh Musailamah al-kazzab yang bermaksud untuk meniru al-Quran supaya orang ramai terpengaruh dengan dakwaan dia sebagai Nabi.


Makan Katak

Makanlah katak setiap pagi, jika memilih makan dua ekor, makanlah yang lebih hodoh dahulu sebelum yang kurang hodoh. Alasannya, jika makan yang kurang hodoh, anda kehilangan selera untuk makan yang terhodoh itu. Petua kedua, jika hendak makan katak, makan terus, jangan bertangguh kerana ia akan membatalkan aktiviti memakan katak tersebut.

Persoalan makan katak ini dibawakan oleh Mark Twain dan Brian Tracy dalam buku Eat That Frog! Penamaan buku ini bersifat sastera, dan mengemukan idea menarik melalui bahasa yang indah (Rohman, 2010).

Kenapa katak yang dipilih?…

Menjawab Artikel.

Dr M: Nik Aziz juga nasionalis seperti Umno


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sebenarnya seorang nasionalis, sama seperti nasionalis dalam Umno kerana menghadkan perjuangannya di negara ini.

Jawapan:
Disini perlu difahami apakah maksud nasionalis.Tun Dr M cuba menggunakan pendekatan menyerang sebagai strategi untuk bertahan. Nasionalis ialah orang yang berjuang di atas dasar kebangsaan. Menyamakan Datuk Bentara TGHNA sebagai juga sama seperti nasionalis dalam umno adalah sama sekali tidak tepat kerana sememangnya Umno itu dasar perjuangannya kebangsaan. Berbeza sekali dengan partai al-Islam semalaysia yang dasar perjuangannya adalah al-Quran, Sunnah Nabi, Ijma’ Ulama’ dan juga qiyas. Kalau mengatakan menghadkan perjuangannya di Negara ini sebagai sama seperti nasionalis dalam umno, itu bererti Tun Dr M sendiri membawakan konotasi yang menunjukkan nasionalis adalah suatu perkara yang tidak elok. Perjuangan itu …

Praktikal Amali Buahnya Teori

Ayuh bersama kita fahami waqi' yang berbeza, fahami prioriti, fahami pertimbangan, fahami dalil dan nas, fahami adab perbezaan pendapat, dan fahami perubahan. InsyaAllah segala kerjabuat kita kan terpandu dalam petunjuk-Nya. InsyaAllah.


Sirah nabi bukan sekadar rujukan dan modul tamrin, ianya modul dan panduan kehidupan kita. 6 fiqh yang dinyatakan diatas sangat penting semua kita memahaminya. Ana pun masih belajar, terus belajar dan nak belajar dari kita semua.


InsyaAllah jika istisyarah dan syura itu selari mengikut panduan 6 pemahaman asasi diatas dipandu bersama dengan 10 adab2 rukun orang yang beraku janji dengan Allah, insyaAllah khair abadan abada =). Itulah persoalan yang sama akan dibawa bila bertemu dimedan sebenar selepas pengajian nanti =)


Terkadang ahli politik terlalu cepat merespons dan memberikan pendapat. Sedangkan ahli syura itu mencari dahulu dari beratus-ratus kitab tafsir dan hadith dan pedoman ulama-ulama terdahulu sebelum membuat keputusan supaya tidak lari …

Kuliah Sirah Mingguan dan Penjelasan Isu Mesir

Kuliah sirah dan penjelasan isu Mesir


Penceramah :Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisyam (Pensyarah UMP, Sarjana Muda Shariah Islamiah Universiti Al-Azhar, Master in Islamic Jerusalem studies University of Aberdeen)

Tarikh :10 Februari 2011 (hari khamis)

Tempat :Masjid KOM (Kulliyyah of Medicine)

Tentatif :Solat Maghrib, Kuliah, Solat Isya', Solat hajat untuk Mesir



Dijemput semua pelajar dan staff yang berkelapangan.


-Dibawakan oleh DnT NurSS-

Mohon doa semua,

Allahumarzuqnas sidqa fil qaul, wal-ikhlasa fil-’amal

Panas!

Satu perbualan.

A: Sedap nampak duk panaskan motor dipagi hari nampaknya dia :(

B: Ada yang panas hati ke nak panaskan motor juga?. Ada orang tu lagi sedap. Allah panaskan hidup dia dengan ujian, ujian, ujian, ujian dan ujian. Mesti hidup dia di akhirat kelak sejuk, aman, damai dan indah dalam Syurga dih?

-Mantiq yang dibawa, moga bermanfaat-


Mohon doa semua,

Allahumarzuqnas sidqa fil qaul, wal-ikhlasa fil-’amal

Renungan Buat Seorang Isteri (4)

"Ain.....abang minta maaf sayang," ujar suamiku pada suatu hari, beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah.


"Kenapa ?"


"Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi....Ain sedikit pun tidak marahkan abang. Ain terima segalanya demi untuk abang. Abang terharu. Abang....malu dengan Ain."


"Abang....syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain insyaAllah, menjanjikan redha Allah pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira. Ain anggap ini semua ujian Allah abang.”


“Ain....InsyaAllah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini. Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain."


"Tapi...abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin."


&quo…

Renungan Buat Seorang Isteri (3)

Dengan hati yang tercalar seguris luka, aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini, aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah. Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah.


"Ain?......Ain serius?"


"Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah. Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau...Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia," ujarku dengan senyuman tawar.


Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya. Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan senang hati menerima undanganku. Sememangnya aku bukanlah asing baginya. Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.


“ Izah......akak …