Saturday, January 29, 2011

Pengucapan Awam - Hanee Fakhrurazi


Assalamualaikum.. Apa khabar semua:) Actually tajuk nih merupakan salah satu tajuk ceramah yg terkandung dalam modul kursus induksi hari itu.. saja nak share dengan anda semua.. tentang pengucapan awam:)


Berucap ini sebenarnya adalah merupakan kemahiran (skill) dan ia bukanlah pengetahuan dan realitinya pun memang bukan semua orang boleh berucap kan:) Kemahiran nih juga bukan nya buleh diperturunkan secara genetik, mereka buleh berucap jika mempunyai minat, pendedahan, latihan serta ada org yang guide. seseorang itu boleh dikatakan berjaya dalam pengucapannya jika ucapan seseorang itu buleh meninggalkan kesan kepada pendengar.. maknanya bukan setakat syok sendiri pegang mikrofon aa:)) audience terlopong je..:)

Jadi, bagaimana nak jadi seorang speaker yang baik??


Ada 5 prinsip pengucapan awam :-


1. Inventio /info gathering ( Pengumpulan) -


Untuk berucap, seseorang itu mestilah mempunyai tajuk tertentu, serta boleh mengupas tajuk tersebut dengan baik, untuk mengupas satu2 tajuk , perlu ada informasi dan maklumat tentang tajuk tersebut.. yakni bukan semborono saje bercakap tanpa fakta-fakta serta kesahihan sesuatu perkara:) Jadi untuk mendapatkan maklumat ini, anda perlu bayak mengumpul fakta-fakta. Dengan ini, tabiat suka membaca perlu dijadikan habit bagi memperluaskan kite punye pengetahuan serta memperkembangkan kita punye idea..:) membaca perlulah meluas, merangkumi pelbagai aspek, agama, motivasi, global la,, ape lagi ek.. so macam2 punye hal laa kena tau:) bukan hanya satu bab sahaja. nanti kita susah nak hubungkaitkan ucapan kita atau kite susah nak masuk dalam semua minda pelbagai lapisan masyarakat kita:)


Menurut kajian, pada 1986, purata rakyat kita membaca dalam setahun ialah 1 helai muka surat saja, pada 1996, selaps 10 tahun, ia bertambah laa sikit ke 3 1/2 muka surat setahun. Ini bermakna tabiat serta minat membaca di kalangan masyarakat kita di Malaysia amat kurang.


Selain daripada membaca, informasi dan maklumat buleh kita perolehi dengan menghadiri pelbagai majlis ilmu seperti forum, diskusi ilmiah etc..tgk tv ka, tgk berita ka.. selain itu, tanpa kita sedari sebenarnya, melalui sembang2 pagi petang siang malam juga sebenarnya buleh memperkembangkan kita punya idea dan ilmu.. eheks.. jadik, rajin2 laa bersembang ahakss..:) bila kita ada banyak idea, maklumat serta fakta2, kita akan lebih yakin dengan apa yg kita sampaikan dan pengucapan kita akan menjadi lancar.. betul tak? :)


2. Dispositio/organization ( Penyusunan)


Setelah kita mengumpul maklumat, ia perlu disusun agar penyampaian kite akan berjalan dengan licin.. Idea yg banyak itu perlu disusun dengan baik. Dalam sesuatu speech ( pengucapan) perlu ada muqaddimah, isi, serta penutup. Dengan susunan yang teratur, ia akan menjadikan pendengar anda kepingin untuk dengar ucapan anda sampai habis:) Kalau idea ada tapi berserabut tak tersusun, nanti akan jadik kelam kabut.. last last orang pun tak faham penyampaian kita.. hehhe.. penyampaian break down ..ehekss. Jadi, persediaan awal amat penting sebelum kita menyampaikan sesuatu ucapan:)


3. Memoria/ Memorize (Penguasaan)


sesuatu pengucapan adalah berbeza dengan bacaan penulisan artikel. lain kan kalau kita berucap dengan kita membaca kita punya teks.. kalau baca kita punye teks ala2 pembaca berita ntV 7 atau tv3 jek:D hehehhe. Jadi kena ingat disini.. JANGAN BAWA TEKS :D selagi anda bawa teks, selagi itulah keinginan anda untuk membaca teks itu tinggi.. Tapi ini bukan bermakna dengan tgn kosong pulak, kang tatau pulak susunan ucapan kita.. anda dinasihatkan membawa keywords saje.. jadi anda kupaslah keywords yang telah di bawa tuh.. so nampak cool kan:D ehekss relaxx saje.. jangan sekali2 berucap dengan tangan kosong, kang tips kedua tadii tidak tercapai hehhe.. Contohnya, kalau presentation, mungkin keywords tuh buleh dibuat dalam bentuk power point ke, atau kalau takde power point, just bawa kad kecik ke, ala2 nota yg dibuat time2 study dulu :D Teks hanya perlu dibaca bila anda perlukan ketepatan serta kejituan sesuatu fakta contohnya kalau nak bentangkan statistik ke , so yg ini buleh laa ditulis dalam bentuk teks ok:)


4. Elucutio/ style ( Gaya Bahasa)


ha.. ini yang penting ni agar penyampaian kita tak break down.. kadang-kadang seseorang yang terlalu teknikal atau terlalu sains, tend tu use istilah2 yang amat bombastik dan fantastic.. waduhh.. pengsan orang nak faham..:D Bila menyentuh bab gaya bahasa nih, bak kata Aristotle, seorang speaker yang bagus itu ialah menyampaikan ucapannya dalam gaya bahasa pendengarnya.. eheks.. Kalaulah saya bagi ucapan kat mokcik2 yang berlatarbelakangkan pekerjaan di pasar tani di Kelantan 'seseorang itu buleh didiagnos dengan penyakit diabetes mellitus apabila kadar fasting blood sugar melebih 6.7 mmol/L hahhaha.. maunye nak pengsan makcik-makcik tuh nak paham ahakjs.. so kita terjemahkan dalam gaya bahasa yang mudah difahami oleh golongan ini. 'mok cik, mokcik nok kena nyakit kencing manih ni , kalau selalu kite pekso gule mak cik, sokmo lebih 6.7.. ahakss.. haha.. bantai jek ghoyak.. walaupon dok gheti ahaks.. Jadi mesej yang kita nak sampaikan tuh buleh difahami oleh golongan sasaran kita:)

walaupun sesuatu persoalan itu amat rumit, penyampai yang bagus sentiasa akan buleh memahamkan apa yang hendak disampaikan kepada pendengar-pendengarnya:D kalau kite sampaiakan sesuatu yang tidak difahamai oleh pendengar kita, no point laa kita buang masa dan air liur kita dengan berucap:)


5. Pronounticito / Delivery (Penyampaian)


Ok.. kalau semua dah ada, maklumat dan ada, susunan dan cantik, dah buleh kuasai ucapan tu and gaya bahasa pon dah cantik.. TAPI cara penyampaian tak bagus.. orang pon buleh lena jugak:D... dalam sesuatu pengucapan, kejayaan penyampaian kita banyak bergantung kepada suara serta intonasi semasa kita berucap. kalau la suara punyelaa perlahan ,, adehh.. cemana laaa orang nak dengar butir2 penyampaian kite tuh?? .. last last orang pon ehekss.. Selain itu.. intonasi mesti tepat.. kalau kita lontarkan persoalan , tapi intonasi mendatar.. ahaksss... cemana?? then, selain itu,, kalau mana perlu noktah ke koma ke.. so berenti laa..:D heheh.. jgn berucap tanpa ada 'pause' plak eheks.. Selain itu, body language juga akan membantu lisan kita.. mana2 yang patut diangkat tangan tuh angkatlaa.. mana2 yang patut digerakkan tangan seadanya, gerakkan laa.. jangan laa dok gerak tanpa keperluan pulak.. eheks..


Yang ketiganya.. mimik muka.. hehe.. kalau time geram tuh, tunjuk muka geram ahaks.. time seronok tuh, buat muka seronok.. eheks.. jgn time sedih dok gelak pulak.. adeh.. susah gaks tuh.. ok.. kalau nak sampaiakn sesutu yang berbentuk amaran.. contohnya,, intonasi perlu ditekankan, pergerakan tgn berbentuk amaran mesti dibuat and mimik muka utk tekankan amaran tuh perlu la kena.. jadik barula sampai amaran yang kita nak sampaikan kepada pendengar2 kita :))


Okies... cukup 5 perkara ini untuk panduan anda semua.. semoga anda menjadi seorang speaker yang bagus..:)) ingat ia adalah satu kemahiran, kemahiran ini perlu ditanam serta dibajais.. jadi, latihan perlu dibuat selalu bagi meningkatykan kemahiran tersebut..:)


Hingga berjumpa lagik, assalamualaikum


Hanee Fakhrurazi
25 april 2004:)



-Perkongsian dari pengemaskinian email, 2004-
Mohd Nuruddin Mohamed,
Kubang Kerian.

2 comments:

siti suhaili said...

Hanee Fakhrurazi dlm post ni merujuk pada siapa ye?.. Supervisor ana masa praktikal kt Hospital Sg Petani dulu pun nama Pn. Hanee Fakhrurazi jugak..

Mohd. Ramadan Bin Ab.Hamid said...

bagus2x... utk belajar teknik berucap, teori just 20% membantu.. lagi 80% from practice.. so, banyakkan lah berucap yer.. =)

Masa Itu Nyawa