Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Renungan Buat Seorang Isteri (2)

"Ain.....abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain."


"Apa dia abang?" tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih.


”Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri," bicaranya terhenti setakat itu. Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?


"Abang ada masalah ke?" Aku cuba meneka.


"Tidak Ain. Sebenarnya......," bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya.


"Ain......abang.....abang nak minta izin Ain......untuk berkahwin lagi," ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata.


"Aa.....Abang.....nak kahwin lagi?"


Aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia denganku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayan…

Renungan Buat Seorang Isteri (1)

"Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia. Si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."


Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah. Menjadi seorang isteri, kepada insan yang disayangi adalah idaman setiap wanita.


Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku. Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan …

Pengucapan Awam - Hanee Fakhrurazi

Assalamualaikum.. Apa khabar semua:) Actually tajuk nih merupakan salah satu tajuk ceramah yg terkandung dalam modul kursus induksi hari itu.. saja nak share dengan anda semua.. tentang pengucapan awam:)


Berucap ini sebenarnya adalah merupakan kemahiran (skill) dan ia bukanlah pengetahuan dan realitinya pun memang bukan semua orang boleh berucap kan:) Kemahiran nih juga bukan nya buleh diperturunkan secara genetik, mereka buleh berucap jika mempunyai minat, pendedahan, latihan serta ada org yang guide. seseorang itu boleh dikatakan berjaya dalam pengucapannya jika ucapan seseorang itu buleh meninggalkan kesan kepada pendengar.. maknanya bukan setakat syok sendiri pegang mikrofon aa:)) audience terlopong je..:)

Jadi, bagaimana nak jadi seorang speaker yang baik??


Ada 5 prinsip pengucapan awam :-


1. Inventio /info gathering ( Pengumpulan) -


Untuk berucap, seseorang itu mestilah mempunyai tajuk tertentu, serta boleh mengupas tajuk tersebut dengan baik, untuk mengupas satu2 tajuk , perlu ada…

Ceritera Cinta Awal Millenium

Subject: Dialog Cinta Zaman Sains dan Teknologi

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah
jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku.
Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??


Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.


Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.


Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.


Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!


Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.


Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku
bersamaan dengan cinta yg kau berikan.


Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg
mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.


Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.


Mu : Tetapi, mengapa kau me…

This Day is Yours, Grab it!

THIS DAY IS YOURS DON'T THROW IT AWAY

May Allah Bless You,
"To the world you might be one person, but to one
person you just might be the world"

For all the negative things we have to say to selves
Allah has a positive answer for it.


You say: "It's impossible"
Allah says: All things are possible


You say: "I'm too tired"
Allah says: I will give you rest

You say: "I can't go on"
Allah says: My grace is sufficient


You say: "I can't figure things out"
Allah says: I will direct your steps


You say: "I can't do it"
Allah says: You can do all things


You say: "I'm not able"
Allah says: I am able


You say: "It's not worth it"
Allah says: It will be worth it


You say: "I can't forgive myself"
Allah says: I FORGIVE YOU


You say: "I can't manage"
Allah says: I will supply all your needs


You say: "I'm afraid"
Allah says: I have not given…

A Beautiful Prayer

A BEAUTIFUL PRAYER

Dear Brothers and Sisters in Islam
I asked Allah to take away my habit.
Allah said, No.
It is not for me to take away, but for you to give it up.

I asked Allah to make my handicapped child whole.
Allah said, No.
His spirit is whole, his body is only temporary

I asked Allah to grant me patience.
Allah said, No.
Patience is a byproduct of tribulations;
it isn't granted, it is learned.

I asked Allah to give me happiness.
Allah said, No.
I give you blessings; Happiness is up to you.

I asked Allah to spare me pain.
Allah said, No.
Suffering draws you apart from worldly cares
and brings you closer to me.

I asked Allah to make my spirit grow.
Allah said, No.
You must grow on your own! ,
but I will prune you to make you fruitful.

I asked Allah for all things that I might enjoy life.
Allah said, No.
I will give you life, so that you may enjoy all things.

I ask Allah to help me LOVE others, as much as He loves me.
Allah said...Ahhhh, finally you have the idea.

If you love All…

Bermimpi

Kepenatan musim peperiksaan adalah suatu rutin biasa seorang pelajar. Kepenatan tengahari tadi terubat apabila saya bermimpi didalam tidur setelah sekian lama tidur tanpa mimpi. Suatu agak pelik, mungkin.

Mimpi pertamanya lebih kurang begini.Saya diziarahi teman sekelas disaat saya sedang khusyuk dan 100% memberi perhatian kepada pelajaran (padahal, sudah lama saya tidak dapat memberi fokus 100% dalam mentelaah pengajian). Kemudian saya tersedar, dan terus memberi sms kepada teman tersebut bertanyakan tentang peperiksaan yang berlangsung petang harinya tadi.

Mimpi keduanya pula, saya diziarahi (juga dibilik saya) oleh seorang yang saya hormati. Dia datang berdiskusi tentang teori dan aplikasi serta realiti. Kedatangannya cukup memukul dengan senyuman penuh keilmuan dan keizzahan, memberi makna tentang isu yang perlu dijawab. Saya bertanya; cukupkah kita sekadar menjawab isu, tanpa menimbulkan isu yang mengarah kepada kebaikan? Dia menjawab; kalau menjawab isu pun belum mampu kita jawab,…

Depan, Belakang, Kiri atau Kanan?

Ditanya kepada saya tentang hukum; lalu saya menjadi orang tengah pemudahcara untuk suatu persoalan.

Soalan: Hukum melabuhkan tudung melebihi paras dada itu merujuk kepada tutup depan, belakang, kiri dan kanan ke? (kritikal tak soalan ni?)

Jawapan:
1)Dalam al-Quran surah an-Nur ayat 31; "dan hendaklah meletakkan/ melabuhkan tudung sehingga dada".. Ini maksud ayat, tetapi dalam Quran "ala sudurihinna: sehingga dada", tapi menggunakan "ala juyubihinna: ke atas paras dada".. itu terjemahan yang lebih tepat.. Jadi, apa sahaja yang diparas dada, mesti ditutup.. tidak kira depan atau belakang

2)Seterusnya, adakah memadai sekadar dada? Jawapannya, dalam Quran guna dua huruf taukid (penguat), menunjukkan seriusnya arahan dari Allah, dan dalam tafsir pula mengatakan perkataan "falyadribna:mengenakan" bermaksud secara syadid (melebih-lebih), jadi, lebih labuh lagi baik ke bawah dada dan setaraf parasnya, wallahua'lam.

3)Dan, jawapan lagi tepat.. apa-apa …

Tanpa Segan Silu, Mereka Menderma Pahala

Assalamualaikum w.r.t.

Sudah lama rupanya saya tidak menulis. Pesanan seorang guru saya, tulislah perkara kebaikan moga-moga ianya menjadi pahala dan amal ibadah yang berterusan buatmu walaupun kamu dah mati.

Ringkas sahaja perkongsian kali ini. Seperti biasa, ada satu cerita.

Kisah hidup bermasyarakat rukun tetangga. Ada sebuah perkampungan yang dihuni para pemuda-pemudi 4 generasi turun temurun. Adat manusia, ada hidup dan ada yang pasti mati dan pergi meninggalkan yang masih hidup buat meneruskan perjuangan sebuah kehidupan. Beralih musim, berlalu yang tua, berdatangan yang baru dilahirkan dari suatu daerah yang lain.

Hidup aman damai tidak selalunya indah. Hidup ini ada turun naiknya, ada putih hitamnya, ada pasang surutnya, ada pahit manisnya. Berlalu 4 generasi warisan sesuatu yang memeritkan. Ianya bermula apabila ada beberapa orang mahu membawakan cara hidup yang benar dan membawa kembali sekelompok masyarakat kepada apa ertinya yang sebenar sebuah kehidupan itu.

Sekalian masyarak…