Thursday, December 2, 2010

Pandanglah dan Lihatlah ; Muhasabah Penulisan (2)



25. 3rd Day, Clinical Posting : Son, Love Your Adolescence – ok ooo.. Please watch your diet for your health future. Keep writing.


26. Pecahkan Air Batu Itu – Lama betul rupanya saya tidak menulis sesuatu yang bermakna. Lama benar rupanya air batu penulisan saya ini membeku. Mungkin kerana bahan bacaan dari blog-blog dan artikel-artikel yang kurang membina membentuk diri ini semakin kurang menulis tentang makna-makna kehidupan.


27. 4th Day, Clinical Posting : Heart Accident! – Banyak sebenarnya lagi peristiwa-peristiwa dalam praktikal yang patut saya rakamkan buat pedoman adik-adik dan sekalian teman pekerja kesihatan semua. Mungkin berlaku kemalangan nyawa, tapi jangan sesekali membiarkan kemalangan ‘jiwa’ yang bercakaran dan berselisih tanpa penyelesaian.


28. 5th Day, Clinical Posting: ‘Professional’, Do We? – Let’s people strive and strongly struggling strive for rank in salaries. I just want to upgrade my knowledge and let’s Allah give the best grant REWARD. It’s not from human, it just from HIM!


29. Damascus: Jejak Mutiara Hikmah (2) – Ditukar kepada Dimashq : Jejak Mutiara Hikmah (2). Akan ku nukilkan lagi tentang bumi bertuah lagi diberkati ini.


30. Penawar Hati Ku.. – Sebuah lagu yang terkadang memberi rasa. Rasa yang hanya dirasai perasa.


31. Borak-Borak Quran (1) – Sangat bermakna. Hanya perlu kepada pengamalan yang istiqamah dan mujahadah. Dua istilah yang mudah ditaip, tapi sukar di siap!


32. Lambakan Seram Yang Memandulkan : Tiada maknanya. Buang.


33. Tangisan – Sebuah rasa hati dari pelagu yang mempunyai rasa.


34. Re-post Lambakan Seram Yang Memandulkan – Perlu penghalusan isi, sumber dan gaya pengolahan. Nampak gaya semakin menumpul. Perlu disimpan untuk rujukan mencari punca dan bedah siasat turun naik gaya penulisan dan dari hati ke hati tentang pena.


35. Pantun Ustaz Akhil Hayy : Mungkin ramai mengeji kerana perkara ujian yang menimpa akh Akhil Hayy. Saya berserah kepada Allah. Moga ustaz terus berkarya dari hati dan memberi contoh kepada masyarakat. Berilah diri untuk Islam pasti selamat, jangan didirikan Islam untuk diri pasti khianat.


36. Jami’ Umawi, Seimbas Kenangan Kembara Ilmu – Sekadar penceritaan tanpa makna ibrah. Maka hilanglah maknanya sebuah perjalanan dan pengembaraan. Ibrah-ibrah itu bakal disusun, InsyaALLAH.


37. Tawaf and Anticlockwise of Universe : Very nice. I need to make more discussion and consultation with more Professor, Doctor and those who rich with experience. They are very good in their sense.


38. Berkenalan Dengan Si Hitam – Kenal sahaja ke? Apa tindakan selepas mengenali api neraka yang sudah hilang warnanya sehingga menjadi hitam beribu-ribu tahun dipanaskan?


39. 22 Mei; Pulang Mengubat Fitrah – Pulanglah sebelum kita pulang tiada dikembalikan lagi buat selama-lamanya. Biarlah pulang itu pulang bermakna.


40. Melakar Cinta di Pintu Syurga – Satu syair nasyid yang kata-katanya sungguh dalam dan sesuai dengan diri.


41. Khutbah Jumaat; Ibrah Jamadil Awwal Berhampiran Kota Karak – Bersedialah saya dan kamu untuk teks-teks khutbah buat berkhutbah bukan buat dibaca khutbah mengikut arahan jabatan. Tapi berkhutbahlah menerangkan suasana dan isu-isu kontemporari buat pencerahan ummah!


42. Marilah Adik – Nasyid kanak-kanak yang menyentuh hati.


43. Teknik Menghafal Quran (1) – Mungkin sesuai, mungkin tidak buat kalian. Teknik terbaik ialah kalian menyesuaikan diri kalian dengan al-Quran itu sendiri, bukan menyesuaikan al-Quran dengan diri kita yang hina dina.


44. KONVENSYEN KEBANGSAAN PAPISMA 2009 : Kesihatan Sebagai Medium Dakwah. – Sungguh bermakna program sebegini. Sangat rugi terlepas KONVENSYEN KEBANGSAAN 2010 di Kedah. Semoga berpeluang lagi berKONVENSYEN bersama sekalian pengamal perubatan dan pekerja sektor kesihatan yang mahu mencontohi Ibnu Sina. Jumpa di Terengganu insyaALLAH 2011.


45. Borak-borak al-Quran (2) : Bersama Syamil dan adik-adik Darul Quran Gen9 – Semoga kalam ini dan kata-kata ini masih membekas dihati diri ku dan hati adik-adik.


46. Sejuk Tangan Itu... Al-Fatihah Buat Adik Ammar Zulkifli.. – Kematian itu pasti sebagai suatu keputusan dari sebuah ujian kehidupan. Aku sedang dalam peperiksaan.


47. Sanah Helwah Ya Huluww Ya ‘Asal Ya Sukkar.. – Rindukan anak saudaraku ini. Semoga selamat pulang ke Malaysia pertengahan Disember ini ya.


48. Isti’azah; Suatu Buah Dari Kebun Hikmah. – Sangat merindukan tulisan pembangkit Iman sebegini.


49. Hikmah di Tengah Keributan: Usah Menari Mengikut Paluan Gendang Musuh – Setan Merah yang bermaharajalela di Malaysia pasca kemerdekaan Malaysia akan terus dihadapi, dijelaskan, ditentukan sehingga suatu ketentuan. Iaitu, hidup mulia atau mati dalam penyaksian membesarkan Allah. Bukan hidup melarat dan dalam keduitan materialistik atau mati dalam keadaan membesarkan Negara mahupun pemimpin-pemimpin yang tidak suka dan melawan perintah Allah dan Rasul-Nya. Titik pertemuannya hanyalah satu, Islam. Mahu bersatu? “Bagi tiap-tiap bangsa itu ada waktu ajalnya. ..” Yang kekal hanyalah Allah dan kemuliaan agama Allah, iaitu Islam.


50. Selamat Pengantin Baru Teman... – Kahwin? Belum sampai masanya.


51. Mahkota Pengantin Dari Ummi.. – Sangat membekas dihati bila mendengar bicara tentang hati oleh Ustaz Fuad ini.


52. Buat Yang Dah Dan Yang Akan Kahwin – Peringatan dan santapan minda bersama.


53. Formula Matematik Terbalik : Suatu Perkongsian – Permudahkanlah.. Rasionalkanlah.. Ibu bapa zaman sekarang lebih suka dan rela melihat anak-anaknya berkepit ke sana ke mari jantan betina. Lebih suka anak-anak daranya disentuh-sentuh orang dibawa kesana kemari keluar petang balik malam. Keluar malam balik pagi esoknya. Permudahkanlah... yang nak kahwinnya makcik dan pakcik ke anak pakcik dan makcik? Permudahkanlah... keberkatan rumahtangga ada pada urusan perkahwinan yang tidak membebankan dalam adat yang tidak menyalahi syariat. Permudahkanlah.. umur anak akan tua, bila tua agak berisiko tinggi untuk melahirkan anak pada usia yang lewat.. Permudahkanlah.. biarlah sempat untuk di akad kan pun sudah cukup dalam menurut langkah menjadi ummat Nabi. Duit banyak pun kalau tidak disalurkan kepada kesusahan berkeluarga yang sepatutnya pun akan dihabiskan juga dan takkan dapat dibawa kedalam kubur bersama. Permudahkanlah.. janganlah duit, gaji, rumah, kereta, makanan, pekerjaan dan jawatan yang menjadi kayu ukur pemilihan.. kembalilah kepada ukuran ajaran Nabi, bagaimanakah AKHLAKnya? Imannya? Pergaulannya? Budi bicaranya? Kematangannya? Menjaga waktunya? Hubungan dengan Allahnya? Bagaimanakah bermasyarakatnya dia? Bagaimanakah kesungguhannya dia? Bagaimana ketekunannya dalam mengerjakan sesuatu? Siapakah rakan-rakannya? Apa pandangan rakan-rakannya terhadap dia? Bagaimana dia melayan orang tuanya? Bagaimana sikapnya dalam mengurus diri dan melayan orang-orang disekelilingnya?






*Lihatlah dari pandangan Iman, berlandaskan prinsip keilmuan dan akhlak seorang yang percayakan Allah sebagai Tuhan, tiada tuhan selain Allah, percayakan Nabi Muhammad sebagai pesuruh dan hamba-Nya yang paling layak ditaati, percayakan Al-Quran sebagai PERLEMBAGAAN HIDUP, percaya adanya Malaikat disekeliling kita mencatit dan menulis amal perbuatan kita, percaya dunia ini akan berakhir, dan percaya segala ketentuan kita telah ditentukan, oleh itu buatlah pilihan yang tepat.

Pandanglah dan lihatlah...



Mohd Nuruddin Mohamed,
Temerloh.

No comments:

Masa Itu Nyawa