Skip to main content

Biar Mati Dalam Memberi





Kisah 1

Awal tahun ketiga semester pertama yang lepas saya diminta oleh ummi untuk menghantar adik saya mendaftarkan diri di Gombak sebagai pelajar tahun pertama jurusan ekonomi dan pengurusan. Bertitik tolak dari kesukaran mendapatkan cuti dari pihak yang bertanggungjawab, saya terpaksa berulang alik dari Kelantan, menuju ke Kuala Lumpur melalui Kuantan, patah balik ke Kuantan, pergi balik Gombak, pulang semula ke Kelantan dan terus patah balik ke Kuantan dalam tempoh 3 hari 3 malam berterusan tanpa henti.

Rehatnya ialah untuk menumpukan perhatian didalam kelas pengajian. Perjalanan bermula pagi ahad dari Kelantan, tiba di Kuantan dalam waktu maghrib, bertolak pergi ke Pandan Indah dalam jam 10.00malam dan tiba ke Kuala Lumpur dalam jam lebih kurang 1.30pagi hari isnin. Berehat sebentar dengan kopi penyegar badan, dan patah balik ke Kuantan dalam jam 2.30pagi. Terima kasih buat Pok Nik kerana sudi menemani menjadi co-pilot penghilang mengantuk.

Terlalu mengantuk, berehat sebentar di Petronas Gambang Lebuhraya pantai timur dari jam 4.55pagi sehingga 6.15pagi. Tersedar sudah terlewat terus saya memecut mengejar waktu untuk solat subuh di tempat penginapan siswa lelaki. Selesai solat subuh dan menghantar Pok Nik, sekali lagi berkejaran dalam tempoh 1 jam untuk bersiap ke kuliah hari pertama, dalam tahun ketiga semester pertama. Kalau termengantuk dalam kelas, mungkin sahabat-sahabat tidak mengetahuinya. Kalau saya mengunci mulut dari berkata-kata melawan mulut pengajar, memang itu yang sepatutnya, dan itulah tarbiyah (latihan dan pendidikan) buat diri dalam menundukkan nafsu ammarah.

Habis pengajian dari pagi hingga petang isnin itu, balik bersiap untuk bertolak lagi sekali ke Pandan Indah. Terima kasih duhai pensyarah kerana tidak begitu memprovokasi kesabaran anak muda ini. Terima kasih kerana melatih diri ini bersabar. Jam 6.30petang bertolak ke Pandan Indah keseorangan. Kerana bimbang kemalangan akibat mengantuk, terpaksa saya berhenti disetiap perhentian R&R sepanjang lebuhraya LPT. Bermula dari R&R Gambang, Maran, Temerloh, Lanchang, sehinggalah diteruskan perjalanan sehingga sampai ke Pandan Indah jam 11.00malam.

Berehat sebentar semalaman sambil mengulangkaji pelajaran hari pertama pengajian, terus diri tertidur pulas keletihan. Hari selasa terpaksa dikorbankan dan disediakan surat pelepasan tunjuk sebab tidak hadir kepada pihak bertanggungjawab. Usai urusan menghantar adik bongsu kesayangan mendaftarkan diri ke Mahallah Sufiyah UIAM Gombak, terus saya memandu pulang kereta Myvi kepunyaan abang ngah Fikri pulang ke Kelantan. Membawa pulang bersama jantung hati kesayangan, Ummi dan Abah.

12.30 tengahari di Gombak dan 6.30 petang di Kelantan. Berehat sebentar memetik apa-apa keperluan dan membuat assignment bacaan untuk menghadapi kuiz pada keesokkan harinya sudah cukup untuk memberi erti pada hidup ini. Jam 11.00malam, menaiki bas pulang ke Kuantan. Alhamdulillah Allah selamatkan dan permudahkan perjalanan yang satu ini. Geram anak muda memang sukar dipadam, namun, ianya sejuk bila diingat kembali ianya adalah satu tarbiyah terus dari Allah.



Kisah 2

Semester kedua bermula bagi saya sebelum bermulanya semester kedua yang sebenarnya. Dan akhirnya dari kepenatan demi kepenatan yang berterusan lagi berpanjangan, saya melihat Allah menguji seorang adik dalam jalan sukar lagi panjang ini dengan ujian kemalangan. Tangannya patah, keretanya remuk. Semoga Allah membenarkan lafaz-lafaz janji kami semua sepertimana Allah telah membenarkan lafaz-lafaz janji mu itu dengan diuji dengan ujian yang sebegitu.

Lain orang lain ujiannya. Ada orang diuji dengan jatuh tahap penguasaan pengajiannya, ada yang diuji dengan kekayaan membuatkan dia menjadi kedekut untuk membantu orang-orang yang kurang mampu, ada orang yang diuji dengan kepandaian menyebabkan dia membongkakkan dirinya mendabik dada, dan ada juga yang di uji dengan merasa bangga dalam berbuat maksiat (bergaul lelaki perempuan tanpa batasan agama, memakai tudung yang semakin hari semakin singkat dan ketat, mula meringan-ringankan solat, belajar-belajar menghisap rokok, dan bermacam lagi kerja buat yang membuatkan hati kita lupa kepada Allah)

Selang beberapa hari saya pula hampir diuji dengan ujian yang hampir sama. Pulang dari perkongsian pintar yang menguji minda, mental dan fizikal, diminta juga untuk tolong menjadi pemandu mengambil dan menghantar rakan-rakan dari satu tempat ke satu tempat. Jaraknya tidak jauh, namun mungkin kerana kepenatan..

Perjalanan pertama masih dalam kesedaran yang tinggi. Sekali lagi mahu pulang ke tempat yang sama mata ini sudah tidak mampu dibuka. Hampir 10 kali mata ini tertutup kepenatan. Dan akhirnya...sretttt..grrr...eehkkk... kereta sudah dipandu dibahu jalan hampir jatuh kedalam longkang yang semacam gaung. Bahu jalan yang tidak bertar, berumput, dihiasi pokok-pokok besar menghadang merendang, agak berlopak dan.... gerkkkk, terus tangan ini mengheret stereng kereta ketengah jalan sehingga memasuki jalan laluan untuk kenderaan dari arah bertentangan. Sekali lagi terkejut dan mengheret stereng kereta ke kiri bahu jalan dan hampir jatuh lagi sekali ke dalam risiko menghentam pokok ataupun jatuh ke longkang sebelum akhirnya berjaya menstabilkan kereta dan berada dalam laluan yang sepatutnya.

Selesai meninggalkan kawasan kejadian dalam kurang lebih 10 saat kehadapan, saya melihat dalam 6-7 orang pekerja buruh sedang berjalan dibahu kiri jalan. Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana menyelamatkan nyawa pekerja-pekerja tersebut dari dirempuh oleh saya. Terus meneruskan perjalanan dengan hati semakin kuat mengingatiNya. Inilah manusia yang lupa, bila dalam kesusahan baru Allah mahu diingati. Itulah fitrah manusia sekalian alam, mahu yang beragama ataupun tidak.

10 minit seterusnya mata sekali lagi teruji. Kali ini terpaksa berhenti rehat juga dimana-mana untuk mengelakkan kemalangan jiwa dan menyusahkan orang ramai jika apa-apa berlaku terhadapku. Biarlah pengalaman ini menjadi ubat dan pengajaran buat diri. Biarlah orang mahu menyuruh aku berehat atau berhenti apa-apa sekalipun. Biarlah dan biarlah. Aku lebih rela mati dalam memberi dan memberi untukNya daripada mati dalam keadaan hina mengharap meminta kepada selainNya.

Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah daku lidah yang tetap utuh dalam ikatan mengingatiMu, dan hati yang selalu mensyukuri nikmatMu, dan badan yang ringan dan lembut dalam menyempurnakan ketaatan kepadaMu

Ya Allah, kami meminta kepadaMu Iman yang sempurna, dan kami meminta kepadaMu hati yang khusyuk, dan kami meminta kepadaMu Ilmu yang bermanfaat, dan kami meminta kepadaMu keyakinan yang benar, dan kami meminta kepadaMu agama yang teguh lagi utuh, dan kami meminta kepadaMu kesihatan dari segala bala bencana, dan kami meminta kesempurnaan kekayaan (supaya kami tiada meminta kepada manusia), dan kurniakanlah kepada kami akan hakikat Iman dengannya yang itu (kesempurnaan kekayaan) sehingga tiada lagi kami takut dan harap melainkan hanya kepada Engkau ya Allah dan tiada jua kami menyembah selain daripadaMu ya Allah.

Dan jadikanlah tangan kami (hasil usaha kami) meluas keatas diri kami dan keatas ahli keluarga kami dan anak-anak kami dan setiap orang yang ada bersama-sama kami dengan rahmatMu dan janganlah Engkau melepaskan kami untuk menentukan sendiri untung nasib kami walaupun sesaat bahkan walaupun lebih singkat dari sesaat itu ya ALLAH wahai Tuhan yang Maha Memberi Nikmat lagi Maha Menyahut Seruan..

Sungguh kami ini hamba-hambamu yang hina. Matikanlah aku bersama-sama orang-orang mulia yang tak pernah penat dan tak pernah berhenti dari memberi, memberi dan terus memberi. Perkenankanlah ya Allah..


Supaya hilang lemah,
Menulis mencari hikmah,
Dalam sesekali terlelap,
Menulis membentuk sikap,


Abu Fateh,
Jamiah bi Syari' Mustasyfa.

Comments

Ukhar said…
subhanallah..begitu terasa bahawa setiap orang itu akan diuji dengan cara yg berlainan..

terasa mendapat suntikan semangat selepas mmbaca entri ini.syukran..
Dari jauh kuperhati ..
hanya mampu melihat..
biarlah hati sahaja yang berkata2..
smg dalam rahmat Allah..
sample said…
I was totally inspired by your stories. Need many more articles as this!!

How to Make a Questionnaire

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…