Saturday, November 6, 2010

Detik Sakinah di Sebuah Taman..


Surah al-Isra, Ayat 56-59.



...Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula..



...Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda...



Tentang keraguan orang-orang yang kafir kepada Allah. Dalam kisah manusia menyembah jin. Kemudian hari jin beriman. Terpana indahnya al-Quran dari lidah Nabi. Tapi si kafir tetap berkufur berkeras menolak Iman.

Bersatu mereka mensyirikkan Allah. Syirik asal kata syarikat. Sama makna sekutu. Orang perempuan pun sangat marah jika kita (lelaki) 'syirik'kan mereka kan?. Usik pemudah cara satu acara. Tersenyum, tergelak kecil sekalian ahli taman yang mulia.



Kisah Malik an-Nadhor, isterinya Ummu Sulaim kembali kepada fitrah Islam. Malik merajuk membawa kufur terus ke Bumi Syam. Khabar kematian Malik sampai dipengetahuan Ummu Sulaim. Menangis tiada berlagu Ummu Sulaim menjadi janda.

Datang Abu Talhah menanyakan Anas tentang ibunya Ummu Sulaim. Anas bicara, "tanyalah empunya badan akan kehendak tuan." Abu Talhah lelaki benar berterus terang dengan Ummu Sulaim. "Mahukah kau menjadi isteri ku?"

Ummu Sulaim wanita aqidah. Hidupnya adalah perjuangan aqidah. "Boleh, dengan syarat kamu beriman, masuk Islam dan Islam itulah maskahwinnya jika kamu sanggup." Abu Talhah termenung. Melihat patung-patung berhala dihalaman rumah. 'Apakah kalian mampu memberi manfaat saat aku dalam mudarat? Apakah kalian mampu memberi mudarat saat aku telah ditentukan manfaat?'. Monolog Abu Talhah menghijrah hati.



...Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya...



Berimannya Abu Talhah atas teguhnya Iman Ummu Sulaim. Allah berkati 10 hamalatul-Quran zuriat penyejuk hati buat mereka. Tercatat kemas dalam catatan sirah dan tarikh Islami.

Cerita berhala takkan mampu beri kebaikan dalam saat kesusahan sekalipun. "Berhala moden ialah fahaman dan idealisme selain daripada Islam" - Abul A'la al-Maududi.

Pemberi Manfaat, Pemberi Mudarat segalanya Allah. Manusia tiada daya walaupun berkumpul seluruh jin dan manusia untuk beri manfaat jika telah tertulis kerugian dan celaka. Manusia dan jin tiada daya untuk beri mudarat jika telah tertulis keselamatan. Telah terangkatlah pena dan kalam. Telah kering pulalah dakwat.

Di Galas, siapa menggalas siapa? UMNO telah menggalas PAS. Manusia tak tahu. Allah dah tahu sebelum itu lagi. Kelantan lawan Negeri Sembilan. Kelantan menang 2-1. Telah tertulis lama di Luh Mahfuz dalam catatan-Nya. Manusia tak tahu. Allah Maha tahu. Manusia hanya tahu selepas 90 minit perlawanan. Allah Tahu sejak azali.



...Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya...



Di Galas? Hilang bicara. 15000 jumlah keseluruhan Orang Asli di Kelantan. 5000 sahaja baru diIslamkan. Lagi 10000? Ini tanggungjawab anda, demo, kita, saya dan kawe. Nikmatnya Islamkan orang ni. Lebih baik dari mendapatkan unta merah kata Nabi.

Orang Asli kafir tiada tokong. Ada animisme, bahaisme, kristian, Islam dan atheis (tiada agama). Satu bicara orang Asli. "Encik: Aslam mau masuk, tauk(babi) mau makan. Boleh?" - Saya kata beres. Boleh. Kawan saya kata, kau gila? (kawan ini tidak memahami Islam secara tadarruj, yakni berperingkat-peringkat). Biarlah dia selamat dari bahaya Syirik dan kufur terlebih dahulu. Kemudian baru diberitahu tentang bahaya halal haram. Masuk neraka sebab syirik tiada keampunan. Masuk neraka sebab jahil dan tak tahu halal haram masih ditahap bawah boleh dikurnia rahmat-Nya.

Tinggalkan mereka dengan zakat pelembut hati (muallaf baina qulubihim), duit sekadar termampu. Tanda hati pendakwah gembira. Tanda menggembirakan yang didakwah. Datang lagi beberapa bulan kemudian. Ditanya, "makan tauk lagi?". Dijawab benar, Encik: Yek (saya) benci dah tengok babi. Tak leh tengok. Ini berkat hidayah. Berkat rahmat dan kasih sayang-Nya.

Manusia tersumbat, manusia 'terparok' seteruk mana pun, akhirnya pasti ingat dan kembali pada Allah balik.

Paling tinggi pergantungan hamba pada Allah ialah yang naik kapal terbang. Benarkah? Cubalah naik dan berada dalam cuaca yang buruk diperjalanan.

Ibadah la tatimmu illa bil khaufi warraja' (Ibadah tidak akan sempurna melainkan dengan takut dan juga harap) = dengan menjauhkan dari maksiat dan mengharap sangat-sangat rahmat Allah.

Manusia itu kena duduk antara dua tempat duduk (manzilatain) yaitu tempat takut dan tempat harap. - Ibnu Qayyim al-Jawzi.

Mana-mana kampung yang penuh dengan kezaliman dan kemaksiatan kepada Allah, Kami hancurkan negeri itu sebelum hari Qiamat ataupun akan kami azab kampung itu dengan azab yang keras. Susahnya kenyataan ini diterima menteri dan dan juak-juak budakyawan butawan akhirat, celikan duniawi.

Acheh 2004 Tsunami menjadi saksi. 250,000 korban sekelip mata. 2010 sekali lagi Dia mengazab. Menteri dan 'Pakar-Pakar' kajicuaca dan geologi terus lagi menafi. "Bukan bala, ini berlaku disebabkan kesan rumah hijau dan peralihan plak-plak benua dibawah bumi, juga berlaku kerana pertembungan tektonik dibawah dasar laut." -Kebesaran Allah terus dinafi kejahilan diri makin meninggi.

Heh, ingat tak dulu-dulu kat Jalan Hamzah tempat berkeliarannya pelacur-pelacur? Yang dah tua pun ada. RM15 sekali servis. Mahu? RM5 buat si pelacur, RM5 buat sewa tempat, RM5 buat tokey (bapak ayam). Murahnya... Di Aceh dulu sebelum Tsunami, pelacurnya RM10 sahaja.



...Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya....



Banyak bagaikan buih. Allah mencuci dengan tsunami. Kita manusia lupa dan tetap lupa. Allah menghancur dan mengazab memberi ingat. Kita bongkak terus melupa dan menafi. Tahu kita, halal itu hanya pada makanan. Jahil kita halal itu wajib pada ekonomi, politik, pakaian, ubatan, pekerjaan dan pergaulan dan segala aspek kehidupan.

Merokok pun mahu yang halal. Belilah rokok satu yang halal buat saya. Ada ke? Kalau ada saya pun mahu merokok. Ubat yang kita makan tu halal ke? Anda pasti? Allah takkan bagi kesembuhan dengan ubat yang haram sumbernya. Kalau sembuh pun, pasti akan timbul penyakit lain pula kerana kesan ubat yang tidak halal itu. Sekalian ahli Farmasi Islam, tugas kalian menjelaskan kebenaran ini atau tidak. Saya bukan ahlinya.



...Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

...Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu...


Jangan lepaskan peluang keemasan 10 hari pertama Zulhijjah. Puasalah dihari ke 9 Zulhijjah. Penutup majlis taman hari ini dengan 1 pengumuman. Majlis taman kita akan tiada buat sementara buat memberi laluan kepada Majlis taman-taman syurga bersama Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki pada minggu hadapan hari yang sama. * Aih, 13 November 2010 = Sabtu minggu hadapan. Kena balik Kelantan sebelum tu lagi ni.


Tamat sudah bercanda ria berdengar cerita dari kisah-kisah indah pembakar jiwa dalam majlis taman-taman Syurga di Masjid Langgar, Kota Bharu. Pemudah bicara oleh Ustaz Saibon bin Ismail, Kuliah Maghrib.


Abu Fateh,
Kubang Kerian.

2 comments:

~Athirah's Aunty~ said...

hebatlah nta...dikaitkan dgn lagu lafaz sakinah...erm, psl ubm tu, sabar deh...kite semua bersabar.

Insan Rabbani said...

Memang terbaik la Ust Din ni. baru sahaja diperkenalkan dengan lagu ni, dah boleh diterjemahkan dalam bentuk tazkirah yang mantap. Teruskan usaha anda.

Masa Itu Nyawa