Friday, November 26, 2010

Muhasabah Mencari Makna



Cuba memuhasabah dan menanda baik dan buruk penulisan diri. Pesan Buya Hamka, jangan menulis tentang dirimu, kerana....


Oleh itu, saya meletakkan harapan dan analisa ringkas tentang penulisan didalam blog ini untuk rujukan pembaca dan juga saya.


1. : Quran; Penanda Aras Terbaik Kehidupan Hati - Masih jauh dengan Quran. BERI PERHATIAN SERIUS!


2. Therapeutic Communication (Terapi Komunikasi) - Masih kurang komunikasi dengan Allah. BERI PERHATIAN KHUSUS!


3. Diari Mumarridh; Memberi Syarat Menerima - Teruskan memberi tanpa syarat!


4. Selayang komentar di laman KJ! - Hidayah itu milik Allah.


5. SALAM SEPANJANG TAHUN - Anda kurang menghargai orang lain sekarang, KEMBALI KEPADA SIKAP YANG DULU DALAM MENGHARGAI DAN MENYANTUNI!


6. "KEWAJIPAN YANG KETIGA" ; KEKANGAN MASA - BUKTIKANLAH!!!


7. STRESS Etiology; HUSNI MUBARAK and his Men - BANYAKKAN LAGI BAHAN BACAAN.


8. Mahasiswa Menongkah Isu atau Hanyut Penuh Lesu? - Jangan tenggelam dalam isu. Mulakan isu yang sebenar dan BERPIJAKLAH DIBUMI YANG NYATA.


9. Song for Gaza - Nyanyi sahaja tak cukup. BOIKOT DAN DOA KENA TERUS.


10. Aku Masih Punya Ibu - Doa tak untuk Ummi? Baca Quran tak untuk mahkota Ummi dan abah?


11. Kesihatan; Nikmat yang Mengajar! - Masa sihat tak baca Quran, nak makan sahaja kerjanya. Masa sakit mulalah nak ingat Allah...tak adilnya dalam bersikap.


12. Imtihan = Ujian = Exam = Dugaan - Hidup ini adalah ujian. Kalau sentiasa sedia untuk ujian hidup, apalagi nak ditakut dengan ujian MATI? Allah..


13. Baitul Muslim Course (Kursus Kahwin) - Kursusnya dah, teorinya dah, AMALNYA BILA LAGI??


14. Penjelasan Dari Perak - Isu yang digelapkan dari kebenarannya. Salah satu sejarah tanah air yang bakal digelapkan dari pengajian pendidikan sejarah Malaysia.


15. Jawapan Kepada Kecelaruan - Tak bermakna. BUANG!


16. A splash reminder - General knowledge. Got to ACT! - Kindly deleted.


17. Syria - Jejak Mutiara Hikmah - 2 Bulan yang bagaikan 2 tahun! Sangat berbaloi dan mendidik jiwa...


18. Uzlah Nafsiah Bukan Jasadiah - SHARPEN THE SAW (1).


19. Mengapa Awak Menulis? - SHARPEN THE SAW (2). Hanya kesibukan membina jiwa. Bersedia untuk sibuk sekali lagi seperti waktu itu.


20. Anjing Gila - Mainan tidur. Peringatan buat diri.


21. Harapan Demi Masa Depan - Teruskan penulisan sebegini. Tajamkan lagi. Masih belum cukup.


22. Antara Dua Alam - Puisi pertama dalam membezakan dua alam. Perkahwinan dan kematian. Ada saranan dan harapan untuk mengharmonikan dua alam ini masih tertangguh. Harmoninya pada akidah kita insyaAllah. Tahniah buat yang sudah, tahniah buat yang sudah bertemu Allah. Doakan kami pergi bertemu diterima Allah.


23. 1st Day, Clinical Posting : Keep Exploring - Should write more. Have a thousands memories handling people.


24. 2nd Day Clinical Posting : Be Patient - easy to write, can we always be patient? ALLAH KNOWS BETTER.


Aku harus mengkoreksi dan menghalusi segala kejelekan diri buat mengubah menjadi lebih baik. Teruskan menegur dan menarik aku keluar dari lubang neraka. Terima kasih kawan dan lawan.


Mohd Nuruddin Mohamed,
Seberang Temerloh.

Wednesday, November 24, 2010

Getaran Jiwa





getaran hati,
bila tersua mata dengan si dia

bergetar hati,
bila teringat akan DIA yang menciptakanku



getaran hati,
bila terkenang kisah-kisah lama

bergetar hati,
bila melihat kepada yang terluka

terketar hati dan jiwa,
bila teringat DIA yang Maha Penyembuh lagi Maha Penutup Kesalahan hamba-hambanya



bergetar hati,
melihat halusnya peribadi..

terkelu terkedu,
bila teringat DIA yang Maha Penyantun, Maha cintakan Kecantikan kerana DIA Maha Cantik



getaran hati,
tak mampu menatap wajah bahkan walau bayang si dia,

tergetar hati,
bila teringat semua itu pastikan hilang, tua, buruk dan layu
yang kekal hanyalah Wajah DIA



getaran hati,
melihat ibu-ibu melahirkan anak dalam keperitan

terkedu hati,
melihat anak-anak yang memperhambakan ibu yang bermatian melahirkan..



tergetar hati,
tak mampu berkata-kata dengan si dia,

tergetar hati,
mana mungkin ku melebihkan cinta yang layu..
mana dia cinta Al-Quran?
mana dia cinta Allah?
mana dia cinta Rasul-Nya?
mana dia Qiam yang menjadi pembukti?
mana dia mujahadah yang kau laungkan?
mana dia puasa sunat yang Nabi anjurkan?
mana dia manis muka yang Rasul ajarkan?
mana dia kasih cinta hanya kerana-Nya?
mana dia ziarah-menziarahi mengharap redha-Nya?
mana dia lelaki kacak peneman kubur yang kau dambakan?
mana dia Mahkota indah yang kau mahu hadiahkan buat Ummi dan Abah?
mana dia penenang jiwamu?
mana dia salam penghubung kasih sayang?
mana dia langkahan segalanya bermula dengan kanan?
mana dia doa-doa sebelum tidur?
mana dia kesyukuran disaat terjaga?
mana dia doa-doa ketika hujan?
mana dia kesedaran melihat kematian?
mana dia taubat-taubat yang kau ucapkan.....?
mana dia .... mana dia....?


Dengan nama ALLAH aku hidup dan aku mati.
Aku naik saksi tiada tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya dan juga kekasih-Nya.


Mohd Nuruddin Mohamed, Anak kepada Wan Norma binti Wan Abdurahman,
Hamba Allah.

Tuesday, November 23, 2010

Di Depanku, Sang Menteri dan Pengikutnya

Didepanku, Sang Menteri dan Pengikutnya
Didepan ku minum sang Menteri,
kepelikan aku memenuhi hati,
bukan rendah tapi tinggi,
itulah berpangkat yang dipandangi.


Ku merenung ke tanah air ku,
ada guru tiada diragu,
bahkan menteri itulah Tok Guru,
kedatangannya dirai, kehebatannya dicemburui.


Aku melihat sang menteri,
dimejanya pengampu memenuhi,
disekelilingnya anak muda tiada peduli,
kedatangannya tiada dirasai...


Ku merenung kebumi darah ku tumpah,
Ummi mengajar aku sedikit rempah,
supaya diri tiada menjadi sampah,
sembahan yang SATU hanyalah Allah..


Seruan utama dan berhasil hanyalah Dia Maha Besar,
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,
seruan gempita memberi sedar,
seruan agung semua manusia yang khabarnya sedar..


Dilahirkan Allahuakbar,
Bersolatan Allahuakbar,
Berhari raya Allahuakbar,
Disolatkan kematian Allahuakbar...


Tapi ajaib mendidik anak selain Allahuakbar,
Akademi hiburan menjadi akbar,
Tapi hairan menjadi orang besar,
Mahu diri diperbesarkan, bukan lagi Allahuakbar..


Seruan mereka, kesamarataan,
seruan mereka, keadilan,
seruan mereka, kebersihan,
seruan mereka, kebangsaan...
lalu membuka ruang perpecahan...


Muncullah, Hidup Melayu!!!
Timbullah, kebebasan bersuara!!!
Bergemalah, Daulat Tuanku!!!
Bergempitalah, Merdeka!!!
Bergegarlah, REFORMASI!!!!


semuanya lupa Allahuakbar...


Sedang kesamarataan Pembahaginya Allah,
Sedang keadilan Pengadilnya Allah,
Sedang kebersihan cintanya Allah,
Sedang kebangsaan bukan tali Allah,
Sedang pembaharuan sumbernya Allah,
Sedang semuanya terangkum dibawah Allah...


Seruan kami, Allahuakbar..
maka selamatlah Melayu,


Seruan kami, Allah Maha Besar,
Maka bebaslah penghambaan sesama manusia,
itulah sebenar kesamarataan,


Seruan kami, Allahuakbar,
Raja berdaulat raja beradat,
raja berjiwa rakyat tiadalah sedikit,
Raja membesarkan Allah sebagai Maharaja diantara segala maharaja jaranglah didapat..
itulah raja yang menggantikan gelagat,
tiada lagi Daulat Tuanku, yang ada Allahuakbar..


Raja yang ingat Allah,
Raja yang benar-benar berdaulat,
Raja yang selalu bertaubat..


Kami sayang Tuanku,
Allah selamatkanlah
Tuanku Sultan Muhammad kelima bagi negeriku.





Seruan kami, Allahuakbar,
Membebaskan manusia dari manusia,
Mengajak manusia tunduk pada Maha Besar,
Bukan tunduk kepada pembesar!


Seruan kami, Allahuakbar,
Mengajak manusia sebenar perubahan,
Menyeru manusia kepada penghijrahan,
Membawa manusia TRANSFORMASI sebenar!


Anak muda di'ter'abaikan,
Tua bangka dimanjakan,
Rokok sang tua aku kesakitan,
Gelagat segerombolan pembesar negarawan..





Anak muda hilang hormat,
Orang lemah hilang selamat,
Sang wanita hilang cermat,
apakah ini petanda alamat???


Hujan berhenti aku kan pulang,
pulang kerumah mencari peluang,
apakah ada pembesar terbilang??
sedangkan YB masih bergelindangan....


Mengharap Sultan Alauddin, datang melihat,
bagaikan Umar keluar meninjau,
rakyat derita tiada manfaat,
pelajar sengsara hilangnya berkat..


Aku tinggalkan bandar Temerloh,
dalam meninggal aku mengeluh,
Moga masa depan cerah nan ampuh,
Suara anak muda moga tersuluh...kerana..
didepanku, sang Menteri dan pengikutnya berpuluh...


melihat gelagat, hatiku hancur dan luluh...





Mohd Nuruddin Mohamed,
Menteri Kerajaan Diri,
Di Jabatan Allah Maha Besar,
Pekan Temerloh,
Mamak Old Town Cafe,
12.16am,
24 November 2010

Monday, November 22, 2010

Let's Picture Talk






























First day in Special Care Neonatal, open up my eyes.

Mohd Nuruddin Mohamed,
SCN Ward,
HOSHAS,
22 November 2010.

Friday, November 19, 2010

Memperingati Tragedi Memali




Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).


Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.


Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.


Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.


Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.


Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.


Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.


Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim.PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.


Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.


Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.


Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur.” Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.


Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering
digunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan- kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.


Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.


Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya, “abang kena apa?”. Si isteri menjawab, “abang ditembak.”


Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus menghadapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada’. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Mereka menyebut, “ada lagi yang belum mati”. Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.


Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.



Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.


Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam.


Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali

Friday, November 12, 2010

It's Your Call


Analisa dan ringkasan dari saya (Mohd Nuruddin Mohamed) sebagai seorang pelajar dan pengurus sebuah unit yang kecil;

Butir-butir penting untuk menjadi pembuat keputusan yang baik. (huraian diberi selepas membaca artikel Daniel Theyagu dibawah)

1- Mengambil kira semua faktor-faktor yang relevan.

2- Memahami objektif berdasarkan situasi (situation centered)

3- Memahami situasi berdasarkan objektif (objective-centered @ objective-minded)

4- Menghalang mentaliti pemikiran sekelompok sahaja.

5- Mengambil tindakan. Bertindak.

6- Belajar dari kegagalan.




It’s Your Call

MAKING DECISIONS IS AN INTEGRAL PART OF CORPORATE LIFE. HERE IS HOW TO DO IT RIGHT.


When you rise up career ladder, you will increasingly be tasked with making decisions. Some of these decisions may have a deep impact on your career as well as the lives of other people working with you. Make the right decisions and you become an asset to your organization.


Image a situation in which your company is suffering a financial crisis and the
management team that you head has identified the causes.


To arrest this crisis, one of the proposed solutions is to retrench 30 per cent of your staff. As you are the key decision-maker, you have the unenviable task of selecting the employees who have to go. How are going to make that decision?


It is a tough situation to be in. However, when such situations arise, only those who can make toughs decisions will survive.


Remember that there is no such thing as perfect plan. Any decision that you make will have with it certain inherent flaws. The important thing is to objectively identify these flaws and either tries to eliminate or minimize their effects.

Here are few pointers on how you can become a good decision-maker:

Consider Facts


Any decision you make must be based on facts that have been verified and authenticated so that your decision is a rational one. Remember the acronym CARF, which means that you have “considered all relevant factors”.


Be Objective


Do not be influenced by people in your office who may want you to rule in their favor. When people start working together, there is a tendency to form cliques.


Each clique will have its own sub-culture and its own way of doing things in the office. As a decision-maker, it is your duty to ensure that you remain apolitical and base your judgment on your effective understanding of the situation.


Avoid “Groupthink” Mentality


This is characterized by a situation where all the members of a group or team fell that they are invincible and whatever decision and action they take will not fail.


Such a situation comes about when an organization has been relatively successful in most of its endeavors and there is an overall sense of complacency.


Organizations that fall prey to a “groupthink” mentality find it difficult to make harsh decisions when the need arises and prefer to take a wait-and-see approach, with the risk that things will become worse before anything is done.


You will notice the effect of a “groupthink” mentality when you are at meetings or group discussions and everyone seems to agree with everyone else. There is no dissention and no resistance to proposals put forward by anyone in the group.

Take Action


To be an excellent decision-maker, you must also be the kind of person who takes action. Once you have made decision, you must give yourself a timeline for its implementation.


You also have to implement a review process to see how effective your decisions have been in improving a problematic situation.

Learn from Failure

There will be times when things do not quite turning out the way you wanted. There is no guaranteed success formula in decision-making.


Even if you have made a wrong decision, what makes you an effective individual is your ability to assess the damage and come up with a solution to put things right.


Decision-making is not easy. You will face obstacles and criticism, and in some cases, you may even have to pay a high price for a decision you took.


Sustaining a few “executive bruises” will give you valuable feedback on how you can refine your decision-making process.


Ultimately, if you do your homework, use sound reasoning and all the facts at your disposal you are unlikely to make decisions that you have to apologise for. – Article by Daniel Thegayu, a keynote speaker and seminar leader for conferences and training programmes.


Analisa dan ringkasan dari saya (Mohd Nuruddin Mohamed) sebagai seorang pelajar dan pengurus sebuah unit yang kecil;


Butir-butir penting untuk menjadi pembuat keputusan yang baik.

1- Mengambil kira semua faktor-faktor yang relevan.


2- Memahami objektif berdasarkan situasi (situation centered) – dalam proses membentuk objektif. Ini sesuai untuk peringkat permulaan dan perancangan sesebuah organisasi dan persatuan. Dalam keadaan ini, prinsip setempat ataupun memahami fiqhul-waqi’ adalah sangat penting bagi seorang pemimpin yang semestinya berada dalam keadaan perlu membuat keputusan membabitkan dirinya dan lebih-lebih melibatkan orang lain.


Anda dan saya bukan pemimpin kerana tidak memegang apa-apa jawatan? Anda dan saya adalah pemimpin kepada tubuh badan, hati, jiwa dan nafsu diri anda. Lebih-lebih lagi bagi seorang anak muda lelaki, anda bakal memimpin sebuah keluarga. Belajarlah untuk membuat keputusan yang tepat. (situation centered)


3- Memahami situasi berdasarkan objektif (objective-centered @ objective-minded) – menyesuaikan keadaan dan situasi semasa berdasarkan objektif-objektif yang telah dipersetujui.


Objektif jalan yang selamat dan penyerahan (maqasid syariah Islamiyyah) ialah menjaga Agama sebagai perkara yang pertama dan utama yang perlu diutamakan. Yang kedua ialah Nyawa yang perlu dipertahankan oleh setiap insan.


Yang ketiga ialah keturunan yang perlu di jaga supaya tidak rosak keturunan dan generasi yang kemudian yang bakal menghuni bumi ini.


Perkara keempat ialah akal yang dikurniakan Allah sangat perlu untuk dijaga dan dipandu dengan panduan dari Allah sebagai pencipta kita, manusia yang dicipta. Dan sangat perlu untuk merujuk kepada Rasulullah sebagai contoh manusia agung yang sangat indah akhlak dan pekertinya kerana akalnya terus mendapat panduan dari Allah. Kerana Baginda Nabi adalah Kekasih Allah.


Perkara kelima penting yang perlu ditekankan adalah menjaga harta. Harta juga dipandang penting oleh Islam. Namun, ianya terletak dalam perkara terakhir yang perlu diberi perhatian.


Kenapa harta tidak boleh diutamakan dari Agama, Nyawa, Keturunan dan Akal?. Mendahulukan dan mementingkan harta daripada empat keutamaan yang utama boleh merosakkan manusia secara batin dan jasadnya. Manusia akan jauh dari Allah jika harta diutamakan dari solat, zakat, puasa (dan ibadah-ibadah pengisiannya), serta pengorbanan kepada haji dan menuju hakikat haji yang difardukan Allah.


Mendahulukan harta dari nyawa boleh menyebabkan manusia kehilangan nyawa dan juga membahayakan nyawa orang lain disekeliling kita. Contoh yang mudah ialah; Seorang penculik biasanya mengugut keluarga orang yang diculik supaya menebus si mangsa dengan beberapa jumlah wang yang tertentu. Secara fitrahnya, keluarga si mangsa akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan balik mangsa dengan apa jua bayaran sekalipun. Inilah yang perlu difahami bahawa kedatangan Islam adalah sebagai agama fitrah yang memahami dan menjaga kesucian naluri manusia. Nyawa lebih penting dari harta.


Jika akal dan pertimbangan keturunan tidak didahulukan ke atas harta, inilah yang biasanya berlaku dalam konflik-konflik keluarga yang mengejar harta warisan dan pusaka. Bila harta diutamakan, nasab keturunan dan akal diketepikan, berlakulah pertelingkahan, pertumpahan darah, bermasam muka dan putusnya silaturahim.


Indahnya jika Islam difahami dari sumbernya yang asal dan pemahaman yang sebenarnya. Islam menjaga fitrah dan naluri manusiawi kerana ia adalah agama Allah yang diredhai-Nya (Allah). Allah sebagai pencipta kita, dia menciptakan Islam sebagai agamanya, tubuh badan dan jiwa kita untuk kita pimpini, keturunan dan keluarga buat kita berkasih sayang, akal buat kita berfikir mentadbir dan mengindahkan alam ini dengan ilmu-ilmu kurniaan-Nya yang luas dalam segala aspek kehidupan, serta harta buat kita menambah kasih sayang dan menguruskan komunikasi dan pergaulan hidup, jual beli, pemilikan dan mendapat keuntungan didunia ini buat bekalan hidup di alam selepas mati. Alam yang kekal abadi. Sama ada syurga atau neraka?


Inilah beberapa neraca pertimbangan yang perlu diambil kira dan dititik beratkan. Ianya mesti mengikut aturan dan keutamaannya. Tidak boleh mendahulukan yang tidak utama keatas yang utama kerana ia akan merosakkan fitrah, naluri, jalan hidup dan membawa masalah juga kepada orang bahkan juga makhluk-makhluk lain disekeliling kita.


4- Menghalang mentaliti pemikiran sekelompok sahaja. Perkara ini perlu ditekankan supaya dinamika dan kekreatifan sesuatu organisasi berterusan. Ini juga sangat penting untuk mendapatkan maklumbalas yang berbagai dari bermacam jenis sudut yang pelbagai supaya keputusan yang dibuat adalah tepat dan sudah mengambil kira semua aspek dan faktor.


5- Mengambil tindakan. Bertindak. Perkara ini sangat penting dengan menyediakan dua panduan asas sebagai perhatian: 1- Panduan jangka waktu untuk setiap tindakan. (timeline) 2- Muhasabah dan bedah siasat selepas tindakan dibuat untuk membaiki dan meningkatkan mutu kerja dalam situasi yang sukar dan bermasalah.


6- Belajar dari kegagalan. Pelajari sejarah. Sejarah diri sendiri, sejarah rakan-rakan, sejarah tempat pengajian anda, sejarah tempat kerja anda, sejarah sebenar dalam Negara kita yang banyak digelap dan disembunyikan, sejarah empayar-empayar tamadun dunia, sejarah Islam, sejarah para Nabi dan sejarah manusia itu sendiri. Gunakan konsep asas yang kita pelajari dari sekolah rendah lagi. Siapa? Kenapa? Apa? Bagaimana? Bila? Dan yang mana?


Persoalan apa adalah tajuk dan bahan utama apa yang disebut sebagai sejarah. Persoalan siapa perlu sebagai fakta pengetahuan bibliografi jalan hidup seseorang yang perlu dicontohi atau dijauhi cara hidupnya. Persoalan yang mana menjelaskan secara terperinci tentang data-data sejarah. Persoalan bila boleh menjelaskan sebab punca situasi yang berlaku pada hari ini.


Tapi, persoalan kenapa dan bagaimana adalah sangat penting untuk difokus dan diberi perhatian kerana ianya memberi seribu satu pengajaran yang berguna buat panduan hidup kita dalam mendepani sejuta macam masalah dan pancoraba yang menimpa ummat masyarakat seluruh dunia hari ini. Pengajaran itu adalah pada benda yang dipersoalkan, bukan semata-mata pada sebab yang menimbulkan persoalan.


Penekanan Semula:


1- Mengambil kira semua faktor-faktor yang relevan.

2- Memahami objektif berdasarkan situasi (situation centered)

3- Memahami situasi berdasarkan objektif (objective-centered @ objective-minded)

4- Menghalang mentaliti pemikiran sekelompok sahaja.

5- Mengambil tindakan. Bertindak.

6- Belajar dari kegagalan.



-Al-Faqir Mohd Nuruddin Mohamed-
Teratak at-Tabari, Talhah 11,
10.57am,
5 Zulhijjah 1431,
12 November 2010.

Saturday, November 6, 2010

Detik Sakinah di Sebuah Taman..


Surah al-Isra, Ayat 56-59.



...Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula..



...Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda...



Tentang keraguan orang-orang yang kafir kepada Allah. Dalam kisah manusia menyembah jin. Kemudian hari jin beriman. Terpana indahnya al-Quran dari lidah Nabi. Tapi si kafir tetap berkufur berkeras menolak Iman.

Bersatu mereka mensyirikkan Allah. Syirik asal kata syarikat. Sama makna sekutu. Orang perempuan pun sangat marah jika kita (lelaki) 'syirik'kan mereka kan?. Usik pemudah cara satu acara. Tersenyum, tergelak kecil sekalian ahli taman yang mulia.



Kisah Malik an-Nadhor, isterinya Ummu Sulaim kembali kepada fitrah Islam. Malik merajuk membawa kufur terus ke Bumi Syam. Khabar kematian Malik sampai dipengetahuan Ummu Sulaim. Menangis tiada berlagu Ummu Sulaim menjadi janda.

Datang Abu Talhah menanyakan Anas tentang ibunya Ummu Sulaim. Anas bicara, "tanyalah empunya badan akan kehendak tuan." Abu Talhah lelaki benar berterus terang dengan Ummu Sulaim. "Mahukah kau menjadi isteri ku?"

Ummu Sulaim wanita aqidah. Hidupnya adalah perjuangan aqidah. "Boleh, dengan syarat kamu beriman, masuk Islam dan Islam itulah maskahwinnya jika kamu sanggup." Abu Talhah termenung. Melihat patung-patung berhala dihalaman rumah. 'Apakah kalian mampu memberi manfaat saat aku dalam mudarat? Apakah kalian mampu memberi mudarat saat aku telah ditentukan manfaat?'. Monolog Abu Talhah menghijrah hati.



...Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya...



Berimannya Abu Talhah atas teguhnya Iman Ummu Sulaim. Allah berkati 10 hamalatul-Quran zuriat penyejuk hati buat mereka. Tercatat kemas dalam catatan sirah dan tarikh Islami.

Cerita berhala takkan mampu beri kebaikan dalam saat kesusahan sekalipun. "Berhala moden ialah fahaman dan idealisme selain daripada Islam" - Abul A'la al-Maududi.

Pemberi Manfaat, Pemberi Mudarat segalanya Allah. Manusia tiada daya walaupun berkumpul seluruh jin dan manusia untuk beri manfaat jika telah tertulis kerugian dan celaka. Manusia dan jin tiada daya untuk beri mudarat jika telah tertulis keselamatan. Telah terangkatlah pena dan kalam. Telah kering pulalah dakwat.

Di Galas, siapa menggalas siapa? UMNO telah menggalas PAS. Manusia tak tahu. Allah dah tahu sebelum itu lagi. Kelantan lawan Negeri Sembilan. Kelantan menang 2-1. Telah tertulis lama di Luh Mahfuz dalam catatan-Nya. Manusia tak tahu. Allah Maha tahu. Manusia hanya tahu selepas 90 minit perlawanan. Allah Tahu sejak azali.



...Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya...



Di Galas? Hilang bicara. 15000 jumlah keseluruhan Orang Asli di Kelantan. 5000 sahaja baru diIslamkan. Lagi 10000? Ini tanggungjawab anda, demo, kita, saya dan kawe. Nikmatnya Islamkan orang ni. Lebih baik dari mendapatkan unta merah kata Nabi.

Orang Asli kafir tiada tokong. Ada animisme, bahaisme, kristian, Islam dan atheis (tiada agama). Satu bicara orang Asli. "Encik: Aslam mau masuk, tauk(babi) mau makan. Boleh?" - Saya kata beres. Boleh. Kawan saya kata, kau gila? (kawan ini tidak memahami Islam secara tadarruj, yakni berperingkat-peringkat). Biarlah dia selamat dari bahaya Syirik dan kufur terlebih dahulu. Kemudian baru diberitahu tentang bahaya halal haram. Masuk neraka sebab syirik tiada keampunan. Masuk neraka sebab jahil dan tak tahu halal haram masih ditahap bawah boleh dikurnia rahmat-Nya.

Tinggalkan mereka dengan zakat pelembut hati (muallaf baina qulubihim), duit sekadar termampu. Tanda hati pendakwah gembira. Tanda menggembirakan yang didakwah. Datang lagi beberapa bulan kemudian. Ditanya, "makan tauk lagi?". Dijawab benar, Encik: Yek (saya) benci dah tengok babi. Tak leh tengok. Ini berkat hidayah. Berkat rahmat dan kasih sayang-Nya.

Manusia tersumbat, manusia 'terparok' seteruk mana pun, akhirnya pasti ingat dan kembali pada Allah balik.

Paling tinggi pergantungan hamba pada Allah ialah yang naik kapal terbang. Benarkah? Cubalah naik dan berada dalam cuaca yang buruk diperjalanan.

Ibadah la tatimmu illa bil khaufi warraja' (Ibadah tidak akan sempurna melainkan dengan takut dan juga harap) = dengan menjauhkan dari maksiat dan mengharap sangat-sangat rahmat Allah.

Manusia itu kena duduk antara dua tempat duduk (manzilatain) yaitu tempat takut dan tempat harap. - Ibnu Qayyim al-Jawzi.

Mana-mana kampung yang penuh dengan kezaliman dan kemaksiatan kepada Allah, Kami hancurkan negeri itu sebelum hari Qiamat ataupun akan kami azab kampung itu dengan azab yang keras. Susahnya kenyataan ini diterima menteri dan dan juak-juak budakyawan butawan akhirat, celikan duniawi.

Acheh 2004 Tsunami menjadi saksi. 250,000 korban sekelip mata. 2010 sekali lagi Dia mengazab. Menteri dan 'Pakar-Pakar' kajicuaca dan geologi terus lagi menafi. "Bukan bala, ini berlaku disebabkan kesan rumah hijau dan peralihan plak-plak benua dibawah bumi, juga berlaku kerana pertembungan tektonik dibawah dasar laut." -Kebesaran Allah terus dinafi kejahilan diri makin meninggi.

Heh, ingat tak dulu-dulu kat Jalan Hamzah tempat berkeliarannya pelacur-pelacur? Yang dah tua pun ada. RM15 sekali servis. Mahu? RM5 buat si pelacur, RM5 buat sewa tempat, RM5 buat tokey (bapak ayam). Murahnya... Di Aceh dulu sebelum Tsunami, pelacurnya RM10 sahaja.



...Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya....



Banyak bagaikan buih. Allah mencuci dengan tsunami. Kita manusia lupa dan tetap lupa. Allah menghancur dan mengazab memberi ingat. Kita bongkak terus melupa dan menafi. Tahu kita, halal itu hanya pada makanan. Jahil kita halal itu wajib pada ekonomi, politik, pakaian, ubatan, pekerjaan dan pergaulan dan segala aspek kehidupan.

Merokok pun mahu yang halal. Belilah rokok satu yang halal buat saya. Ada ke? Kalau ada saya pun mahu merokok. Ubat yang kita makan tu halal ke? Anda pasti? Allah takkan bagi kesembuhan dengan ubat yang haram sumbernya. Kalau sembuh pun, pasti akan timbul penyakit lain pula kerana kesan ubat yang tidak halal itu. Sekalian ahli Farmasi Islam, tugas kalian menjelaskan kebenaran ini atau tidak. Saya bukan ahlinya.



...Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

...Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu...


Jangan lepaskan peluang keemasan 10 hari pertama Zulhijjah. Puasalah dihari ke 9 Zulhijjah. Penutup majlis taman hari ini dengan 1 pengumuman. Majlis taman kita akan tiada buat sementara buat memberi laluan kepada Majlis taman-taman syurga bersama Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki pada minggu hadapan hari yang sama. * Aih, 13 November 2010 = Sabtu minggu hadapan. Kena balik Kelantan sebelum tu lagi ni.


Tamat sudah bercanda ria berdengar cerita dari kisah-kisah indah pembakar jiwa dalam majlis taman-taman Syurga di Masjid Langgar, Kota Bharu. Pemudah bicara oleh Ustaz Saibon bin Ismail, Kuliah Maghrib.


Abu Fateh,
Kubang Kerian.

Friday, November 5, 2010

'Marhum Berdarah Putih'



Ulasan & Pengajaran:


-Sangat menarik.

-Membuka minda.

-Pencerahan sejarah yang digelapkan.

-Tokoh yang perlu dihayati generasi sekarang.

-Watak pemimpin yang berkaliber, boleh diekori, wajar ditekuni, dan elok dikagumi.

-Membuka rantaian sejarah Khilafah Uthmaniyyah dan kesultanan melayu Melaka.

-Punyai kaitan tak langsung dengan sejarah perjuangan Ulama dalam sejarah perjuangan kemerdekaan tanah Melayu.

-Punyai kaitan langsung dengan bernaungnya kerajaan Islam Melayu Melaka dibawah naungan Khilafah Uthmaniyyah selepas kemangkatan Sultan Muhammad al-Fateh yang terajunya diteruskan oleh Sultan Beyazid.

-Membuka saluran kebenaran darimana dan kenapa tertubuhnya parti-parti politik dan gerakan-gerakan yang memperjuangkan kemerdekaan hari ini.

-Membuka minda satu persoalan. Siapakah tangan-tangan gelap menggelap dan menyembunyikan fakta-fakta sejarah yang begitu bernilai sebegini? Dan mengapa sejarah ini disembunyikan? Politik dapur dan tanah air hari ini boleh memberi jawapan. Banyak sudah di ulas juga saudara Dr. Faisal Tehrani dalam Ketupat Cinta beliau. Sebab itu juga karya-karya beliau banyak disembunyikan dan disunyikan media juga..mungkin?

-Orang yang baik selalu dimusuhi dan diperangi kerana idea dan cara hidupnya yang tidak mementingkan diri. Penentangnya adalah orang-orang yang berkepentingan dan tamak.

-Buku cerita kecil yang ringkas, tapi padat dengan pengajaran.

-Mengajar diri ini bahawasanya Al-Quran itu bukan sekadar dibaca, ianya untuk dilaksana. Sangat memukul.

-Terima kasih Dr. Haji Mohd Faizal Musa @ Saudara Faisal Tehrani. Teruskan membagi kebaikan.


Mohd Nuruddin Mohamed,
Kubang Kerian.

Monday, November 1, 2010

Jangan Takut Kahwin Awal


Sengaja saya nak kongsikan artikel dari IluvIslam ini yang nampak kontra dan berbeza dengan sudut pandang entri saya yang sebelum ini. Sebenarnya ianya saling melengkapi dari sudut yang berbeza dengan keadaan kondisi manusia yang berbeza, tapi tetap sama hanya mahu menuju redha Allah.

Ianya pelengkap kerana inilah sudut pandang yang sebenarnya saya ingin pembaca fahami, cuma saya jadikan ianya dalam entri sebelum ini dalam bentuk yang payah dan berbeza supaya kita tidak terlalu bermudah-mudah sampai terlupa tujuan, prioriti dan pendekatan yang sepatutnya diambil. Apa pun, jangan dipayah-payahkan sehingga juga terlupa tujuan, prioriti dan pendekatan yang sememangnya berbeza mengikut setiap orang.

| iluvislam.com + discover the beauty of islam

Jangan Takut Kahwin Awal | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Masa Itu Nyawa