Tuesday, September 7, 2010

Rasa Hati Akhir Ramadan


Jika kamu jadi hamba Ramadan,
ketahuilah Ramadan akan pergi.

Jika kamu jadi hamba TUHAN,
ketahuilah TUHAN (ALLAH)kekal hidup tiada mati.

-Faisal Mohammad-


Halia ini tanam-tanaman,
di barat saja akan tumbuhnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
akhirat juga akan sungguhnya.

Kemuning daunnya lampai,
Tumbuh di jirat paduka tuan;
Di atas dunia kalau tak sampai,
di dalam syurga bernanti-nantian.

-Dr Aziz Marwan, puisi ukhuwah-


Sama sahaja manusia itu,
Bezanya TAQWA.
Dan tidak tahu nilaian kecuali masa hisab,
Jangan hina diri kerana Allah muliakan kita dengan Islam,
Jangan tinggi diri, kerana itu tanda tidak TAQWA.

-Akhi Ahmad Mujahid-

No comments:

Masa Itu Nyawa