Monday, September 27, 2010

Pengajaran Dari Sebuah Perjalanan


-Manusia tak lepas dari melakukan kesalahan. Sebaik-baik manusia yang bersalah ialah yang selalu bertaubat.

-Layani semua lapisan golongan mengikut tahap pemikiran mereka. Hormati semua orang.

-Jangan kerana sebuah PhD atau Master, anda hilang jati diri seorang muslim. Muslim itu hebat bukan kerana sebuah sijil kematian sebuah akhlak (Ijazah ciptaan barat). Muslim itu Mukmin lagi Muttaqin bilamana tidak terikat dengan gelaran dan pandangan manusia.

-Biarkan orang-orang bodoh dan jahil tenggelam dengan ketakjuban diri. Jangan terikut, jangan terpengaruh. Berilah kemaafan kepada mereka kerana mereka jahil dan buta kerana sebuah gelaran dan penghormatan semata-mata. (PhD,Masters, IJazah Sarjana Muda, Diploma, SPM, A-Level bukan tiket masuk ke Syurga)

-Sabar. Itulah pengubat segalanya.

-Jagalah diri,mata, tangan,kaki, hati dan makanan yang mahu dimakan. Kerana segalanya akan jadi saksi perbuatan kita nanti. Pasti dan pasti bilamana mulut dikunci, itulah saatnya seluruh organ-organ badan dan kulit memberi saksi aksi-aksi kita yang terkeji!

-Tenang rasanya boleh bertemu adik-adik di Gombak. Mahu pergi lagi ke Gombak berjumpa yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, mungkin kali ini masih belum berkesempatan.

Salam Hamba Allah.

No comments:

Masa Itu Nyawa