Skip to main content

Jangan Aniaya Perut, Hati dan Jantung Saya!


Saya sudah cukup sengsara dan tertekan dihujung minggu yang lepas. Banyak target ibadah, pengajian dan amalan harian terbantut, terkacau, terganggu, terobek, tertinggal, terhancur, terbabas dan tergendala. Segala-galanya kerana kelembutan dan hati yang terlalu baik untuk menolak ajakan dan pelawaan.

Oleh itu, saya ingin mengingatkan diri dan sekalian pembaca tentang beberapa perkara tentang Ramadan dan diri saya:


1.Bulan Ramadan adalah bulan al-Quran.

2.Bulan al-Quran bukan bulan makan-makan.

3.Jangan mendahulukan makanan berat berbanding solat berjemaah.

4.Jangan membazir kononnya mahu membelanja sahabat-sahabat. (utamakan mereka-mereka yang memerlukan, fakir, miskin dan pelajar-pelajar yang tiada berkemampuan dalam kewangan).

5.Berikan hak perut seadilnya! (Makanan 1/3, minuman 1/3, pernafasan 1/3).

6.Ketahuilah dengan banyak makan itu menggelapkan hati dan menumpulkan akal.

7.Ketahuilah kamu akan dikalahkan oleh tidur jika kamu makan terlalu banyak.

8.Jantung akan bermasalah jika makan banyak, minum banyak dan tidur banyak!

9.Nabi membenci orang-orang yang gemuk yang tidak memberi manfaat kepada orang lain.

10.Perut adalah sumber penyakit.

11.Jangan jadikan kebiasaan budaya kita sebagai satu ibadah (moreh, makan berlebihan)

12.Makanlah sekadar keperluan.

13.Bulan Ramadan adalah bulan melatih sabar dan bersederhana, bukan melatih sabar ketika berpuasa dan melampau-lampau ketika berbuka, moreh dan sahur.

14.Bulan ini bulan melatih diri bertanggungjawab (maafkan saya jika banyak pelawaan, ajakan dan jemputan terpaksa ditolak dan dipertimbangkan sedalam-dalamnya kerana saya sudah punyai komitmen yang terbeban, bertambah dan makin bertambah di dalam dan luar kampus).

15.Tazkirah dan peringatan di blog akan terus berjalan pengeluaran entrinya setakat yang telah saya selaraskan dan tetapkan masa pengeluarannya walaupun mungkin saya pergi dan mati dibulan yang mulia ini. (itulah yang sangat-sangat diharapkan!).

16.Mahu mendengar kata-kata orang yang beramal, lembut hati dan sangat rapat dengan Allah.

17.Carilah sahabat yang bila mana saya dan anda melihat mereka, pasti kita akan teringat kepada Allah.

18.Kawan makan boleh dicari, kawan tahajud dan al-Quran 1 dalam 1000.

19.Banyak pengalaman menyentuh hati berlaku di dalam 5 hari pertama Ramadan 1431 ini.

20.Bulan ini saya hanya akan banyak berkongsi dari buah-buah hikmah teman-teman yang menyentuh hati dan penulisan-penulisan membekas dijiwa dari tulisan ulama, ustaz dan orang-orang yang cintakan Allah.

21.Hati dan jantung akan berkarat sebagaimana berkaratnya jika terkena air. Apa

22.Apa ubat karat hati? Banyakkan membaca al-Quran dan mengingati mati!

23.Bulan ini bulan beramal, membaca, dan memahami.

24.Bulan ini bulan penyucian dosa-dosa 11 bulan yang lepas.

25.Bulan ini mungkin bulan terakhir saya dan kamu.


Salam Ramadan, 23 kali Ramadan telah berlalu buatku, yang dihayatinya hanyalah baru 9 atau pun 10 kali ramadan.

Berapa kali kah....

Yang berkesan dihati?

Yang paling dekat dengan Allah?

Yang paling rajin kita baca Quran?

Yang selalu kita iktikaf di 10 akhir ramadan?

Yang benar-benar kita hambakan diri kita sebagai hamba Allah? (bukan hamba jawatan, hamba pelajaran kuliah, bukan hamba gaji, bukan hamba keluarga, bukan hamba persepsi tak berasas!!)

Seorang demi seorang menyempurnakan agama, aku mahu istiqamah dalam bersederhana.

Seorang demi seorang telah pergi. Aku mahu pergi dalam fitrah ilahi rabbi.

Bagi badanmu ada haknya.

Bagi isterimu ada haknya,

Bagi jiwamu ada haknya,

Bagi orang disekelilingku dan kamu ada haknya,

Bagi Allah dan Rasulullah biasanya kita terlupa akan haknya yang perlu kita tunaikan.

Hanya tinggal 25 hari lagi. Jangan jadi orang yang rugi.

Salam mujahadah.

Mau jadi pemuda yang sederhana,
Tunduk kepada cita-cita Ilahi,
Lunak dengan cara hidup Pemimpin Agong, Rasulullah.

Mohd Nuruddin Mohamed,
Indera Mahkota,
1.52 am.

Comments

peringatan yang sangat mengingatkan dan menyedarkan..teruskan lakaran tinta yang berjuang di atas "al-amru bil ma'ruf wannahyu 'anil munkar"..

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…