Thursday, August 19, 2010

3 Soalan Mudah Mesti Dijawab


Hari ini seorang teman bertanya dua tiga soalan kepada saya. Dan saya tak mampu menjawabnya. Saya bawakan kembali dua tiga soalan itu untuk sekalian pembaca tolong jawabkan. Harap sangat-sangat dapat menjawab. Jangan jadi macam saya yang kaku dan menangis kerana tidak dapat menjawab tiga soalan mudah ini.


1)Bila kali terakhir anda buat DOSA?

2)Apa DOSA paling teruk pernah anda buat?

3)Bila kali terakhir anda berTAUBAT?

Juga ada suatu kisah tergantung:

Bila ditanya kepada teman, siapakah yang paling kamu kasihi? Dijawabnya keluarga dan sahabat-sahabat. Jawapan yang benar dan jujur. Tapi tidak menepati tautan hati yang saya dambakan.

Jawapan tadi akan lebih berpijak dibumi nyata dan hati yang nyala bila didasari kepada, apa tujuan kita hidup ini? Dari mana kita datang? dan ke mana kita pasti kembali?



Moga hidup kian bermakna menuju Ilahi.

No comments:

Masa Itu Nyawa