Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

Mendamba Jiwa Merdeka di Akhir Ramadan

Salam seribu satu kerinduan. Tangan penuh dosa begitu lama dihijab dari menulis membagi kebaikan. Menyucikan hati dan pemikiran itulah fasa yang dilalui. Bergelut dengan nafsu diri sudah begitu pulas kesukaran dilalui.

10 hari pertama Ramadan berlalu begitu redup, indah dan berseri dengan kedatangan bulan tercinta. Redupan indah makin berlalu pergi bila nafsu sudah mula membiasakan diri tanpa syaitan. Bahkan nafsu mula memainkan peranan syaitan di 10 hari kedua Ramadan.

Makan, makan, makan dan makan jangan berhenti katanya nafsu. Tiada lagi istilah bulan Ramadan bulan mendidik, bulan membaiki kejahatan diri.

Tidur, tidur, tidur dan tidur lagi katanya hati. Usah dibicarakan tentang pahala dan dosa di bulan Ramadan, bulan puasa kita kepenatan. Salahkah kalau tidur tanpa membuat dosa? Biarkan waktu berlalu begitu sahaja. Sekali lagi aku menang! -Sorak gembira nafsu diri.

Dedah, dedah, dedah, dedah dan dedah lagi aurat dan bentuk tubuh aku. Ciptaan Allah kan harus dipergunakan sebaik mungki…

Hidup Biar Bermakna Menuju Cita Pertama

Selaut dalam kehinaan diri,
Semanis iman yang dicari,
Selembut kalam Rasulullah diteladani,
Seindah janji-janji Allah nan di nanti

Blog Ini Akan Berehat Buat Seketika

10 Hari Ramadan telah berlalu.

Dunia akademik menjengah ujian pertengahan semester.

23 Ogos 2010 (Isnin) Medical Surgical Nursing 6 "Study on Neuro" Nur3114

24 Ogos 2010 (Selasa) Paediatrics in Nursing Nur3124

25 Ogos 2010 (Rabu) Community Health Nursing 2 Nur 3134

26 ogos 2010 (Khamis) Gynaecolgy Nur 3142

30 Ogos 2010 (Isnin) Obstetric Nur 3154

Doakan kejayaan saya dunia akhirat dalam menghadapi ujian dunia memimpin diri dan ujian akhirat memimpin diri dan masyarakat dalam kehidupan. Moga amalan kita semua diterima.

Abu Fateh,
Masjid Kulliyyah Perubatan UIA Kuantan.

3 Soalan Mudah Mesti Dijawab

Hari ini seorang teman bertanya dua tiga soalan kepada saya. Dan saya tak mampu menjawabnya. Saya bawakan kembali dua tiga soalan itu untuk sekalian pembaca tolong jawabkan. Harap sangat-sangat dapat menjawab. Jangan jadi macam saya yang kaku dan menangis kerana tidak dapat menjawab tiga soalan mudah ini.


1)Bila kali terakhir anda buat DOSA?

2)Apa DOSA paling teruk pernah anda buat?

3)Bila kali terakhir anda berTAUBAT?

Juga ada suatu kisah tergantung:

Bila ditanya kepada teman, siapakah yang paling kamu kasihi? Dijawabnya keluarga dan sahabat-sahabat. Jawapan yang benar dan jujur. Tapi tidak menepati tautan hati yang saya dambakan.

Jawapan tadi akan lebih berpijak dibumi nyata dan hati yang nyala bila didasari kepada, apa tujuan kita hidup ini? Dari mana kita datang? dan ke mana kita pasti kembali?



Moga hidup kian bermakna menuju Ilahi.

Pelukan Keinginan - Risalah Ramadan

Hikmah kelima:

Puasa Ramadan juga bertujuan untuk mendidik jiwa manusia yang sentiasa menyuruh melakukan kejahatan. Ia juga bertujuan untuk membentuk akhlak dan membebaskannya daripada tindakan-tindakan yang melulu. Kita ketengahkan di sini salah satu hikmatnya, iaitu:


Kerana lalai dan alpa, jiwa manusia akan melupakan zatnya. Ia tidak nampak kelemahan, kehendak dan kekurangan yang terdapat dalam jiwanya itu. Kelemahan, kehendak dan kekurangan itu memang banyak dan tidak akan habis. Bahkan, ia tidak mahu melihat perkara-perkara yang tersembunyi dalam jiwanya itu.


Ia tidak terfikir betapa lemah dirinya, betapa ia terdedah kepada kemusnahan dan betapa banyaknya kesukaran yang dihadapinya. Ia lupa pada asal usul kejadiannya. Ia lupa bahawa ia mempunyai daging dan tulang yang akan rosak dan binasa dengan cepat.


Kerana itu, ia bertindak dengan menyangka bahawa ia diperbuat daripada besi waja dan terhindar daripada kemusnahan dan kematian. Ia menyangka bahawa ia kekal abadi. Lantaran itu, kit…

Special For Small Group Leader. All The Best!

Read to Lead. Lead with heart. Manage with system. Lead with sincere, reliable and committed. Not with nonsense emotion and perception. Ask for explanation for the betterment. Peace =). You guy's can alter nowadays suffocated atmosphere. Commence with new breath! Peace =)


Roshan Thiran wrote an inspiring article..it was closely related to our core 'businesses'

Saturday July 10, 2010

Where do you spend your time?

SCIENCE OF BUILDING LEADERS
By ROSHAN THIRAN


A SCHOOL teacher one day spots a scribbled paper from her son and suddenly gets emotional. Her husband, who had just walked in, saw her crying and asked why. She quickly shows her husband the essay and asks him to read it. The husband reads it, thinking it is a homework assignment of one of her students. The essay goes as follows:

Dear God,
Grant me a favour. Please make me into a television. I want to take the place of the TV in my house and I want to have my family around ME. To be taken seriously when I talk.

I want to be the …

Seven Strategies to Train Kids this Ramadan

By, Shehnaz Toorawa


The Prophet Muhammad "No father has given a greater gift to his children than good moral training." (Tirmidhi), peace and blessings of God be upon the Prophet.

The many aspects of Ramadan--fasting, prayers, moral values, charity, Quran, family, Eid-- provide a valuable opportunity to train kids. Whether they are your own kids or kids you teach, education or training isn't an automatic or easy process. Children don't bring empty minds and fill them with what we say. Training requires effort, energy and a few techniques to take off.

Here are some training tips and techniques to transform your children's minds and memories this Ramadan:

Let them get their Hands Dirty


"The great aim of education is not knowledge, but action."
Herbert Spencer

Children learn by "doing". On average, students retain 75 percent of a lesson when they learn through hands-on activities compared to five percent through a lecture or 10 percent through reading (…

Mendidik Jiwa Bersyukur - Risalah Ramadan [1]

Hikmah keempat:

Dari aspek pendidikan jiwa manusia, puasa Ramadan mempunyai beberapa hikmat. Salah satunya ialah:


Jiwa secara tabiinya tidak suka terbelenggu dengan sebarang ikatan. Ia mengajar dirinya seperti itu sehingga ia mengingini tuhan impian untuk dirinya sendiri. Ia mahu bergerak bebas sebagaimana yang ia suka. Ia tidak mahu memikirkan tentang kejadiannya; yang tumbuh membesar dari nikmat Allah yang tiada hadnya itu.


Lebih-lebih lagi jika ia memiliki kekuasaan dan harta yang banyak di atas muka bumi ini. Ini ditambah pula oleh sifat lalai dan alpa. Dengan itu, ia seolah-olah merampas dan menelan nikmat Allah seperti seekor haiwan tanpa mendapat keizinian-Nya.


Akan tetapi, pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini, diri setiap insan akan mula berjinak-jinak dengan jiwanya, bermula daripada orang yang paling kaya hinggalah orang yang paling miskin.


Dari situ, diapun mengerti dan sedar bahawa dia bukanlah pemilik, bahkan dia adalah milik orang lain. Ia bukanlah bebas, te…

Mulut Cabul Berhati Bacul! Yakinkah Puasa Sudah diMakbul?

Saya ada seorang kenalan yang saya kenali ibadah dan akhlaknya. Saya juga ada beberapa kenalan, teman dan kawan di sekeliling saya yang begitu terkenal terkehadapan dalam berkata-kata penuh pengaruh dan mempengaruh, hebat bercakap penuh melebat.

Kenalan saya itu berasal dari Nigeria. Orangnya kecil. Gelap. Hitam. Berambut kerinting. Tapi akhlaknya halus, hatinya jernih, selalu rapat dengan al-Quran, sentiasa mudah mesra, mudah tersenyum, tidak berprasangka, tiada mengumpat, Subuh, Isya' dan Terawih selalu menjadi Imam didalam solat.

Kebanyakan kenalan, teman sekuliah, dan teman sebilik saya ada selalu sahaja yang suka menjadikan kenalan saya dari Nigeria itu sebagai bahan tertawaan, bahan permainan mulut, bahan bergelak ketawa.

Sedangkan kebanyakan kenalan saya itu jauh dari al-Quran, tidur memanjang, mulutnya dipenuhi nista dalam senyuman dan perlian kepada sesiapa sahaja tanpa mengira apa.

Teringat kisah Abdullah bin Mas'ud yang ditertawakan sahabat lain kerana melihat kepada k…

Jangan Aniaya Perut, Hati dan Jantung Saya!

Saya sudah cukup sengsara dan tertekan dihujung minggu yang lepas. Banyak target ibadah, pengajian dan amalan harian terbantut, terkacau, terganggu, terobek, tertinggal, terhancur, terbabas dan tergendala. Segala-galanya kerana kelembutan dan hati yang terlalu baik untuk menolak ajakan dan pelawaan.

Oleh itu, saya ingin mengingatkan diri dan sekalian pembaca tentang beberapa perkara tentang Ramadan dan diri saya:


1.Bulan Ramadan adalah bulan al-Quran.

2.Bulan al-Quran bukan bulan makan-makan.

3.Jangan mendahulukan makanan berat berbanding solat berjemaah.

4.Jangan membazir kononnya mahu membelanja sahabat-sahabat. (utamakan mereka-mereka yang memerlukan, fakir, miskin dan pelajar-pelajar yang tiada berkemampuan dalam kewangan).

5.Berikan hak perut seadilnya! (Makanan 1/3, minuman 1/3, pernafasan 1/3).

6.Ketahuilah dengan banyak makan itu menggelapkan hati dan menumpulkan akal.

7.Ketahuilah kamu akan dikalahkan oleh tidur jika kamu makan terlalu banyak.

8.Jantung akan bermasalah jika makan bany…

Turn Off That Stove!

An eight-step Ramadan plan for sisters


If you're in charge of cooking in your household, and it's usually women around the world who are, then you can feel like most of your Ramadan is spent over a hot stove instead of on a prayer mat.


I was once complaining to a friend of mine about how so many Muslim women seem to miss the blessings of Ramadan because of the overemphasis on great food at Iftar time. While I attributed this to a lack of consideration for the needs of women, my friend shared an interesting story.


She was originally from Egypt, and she recounted how her mother and the women in her neighborhood actually competed with each other in Ramadan over food. In other words, they vied for the title of "maker of the best Ka'k (cookies) this side of Alexandria." And this was despite the fact that male family members and even the Imam were encouraging women to share in the blessings of the month through prayer and mosque participation.


This Ramadan, let's remov…

Kehidupan Sosial Manusia - Risalah Ramadan [1]

Hikmah ketiga:

Salah satu hikmat yang mengarah kepada kehidupan sosial manusia ialah:


Manusia dijadikan dengan bentuk kehidupan yang berbeza. Berdasarkan perbezaan ini, Allah menyeru orang kaya agar menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara mereka yang miskin. Orang kaya sudah tentu tidak dapat menghayati dengan sepenuhnya keadaan kemiskinan yang mencetuskan perasaan kasihan belas itu.


Mereka juga tidak mampu merasai kelaparan yang dihadapi oleh orang miskin melainkan melalui rasa lapar yang lahir daripada berpuasa. Jika tidak kerana puasa, sudah pasti ramai orang kaya sentiasa mengikut hawa nafsu mereka. Sudah pasti mereka tidak dapat merasai kelaparan dan kemiskinan yang memeritkan itu. Sudah pasti mereka tidak sedar betapa perlunya orang miskin kepada belas ihsan orang lain.


Oleh itu, sifat kasihan belas terhadap sesama manusia merupakan salah satu asas yang mencetuskan rasa kesyukuran yang sebenar, kerana setiap orang mungkin akan berjumpa dengan orang yang lebih miskin daripadan…

The Spiritual and Health Benefits of Ramadan Fasting

By Shahid Athar M.D.


At the onset of Ramadan Muslims all over the world start fasting from dawn to dusk daily for 30 days as ordained in Quran.

"O you who believe fasting is prescribed to you as it was prescribed to those before you so that you can learn Taqwa" (Quran 2:183)

The Arabic word Taqwa is translated in many ways including God consciousness, God fearing, piety, and self restraining. Thus we are asked to fast daily for one month from dawn to dusk and avoid food, water, sex and vulgar talk during that period.

But why do we need to fast? It is our experience that temptations and ways of the world tend to spoil our purity and austerity. Thus we indulge in food all of the time, snacking and nibbling the whole day, heading to obesity. We drink too much coffee, or tea, or carbonated drinks. Some sexaholics can not stay away from sex unless they do it at least once or more a day. When we argue, we leave our decency aside and resort to vulgar talk and even physical fighting.

Now…

Syukur - Risalah Ramadan [1]

Hikmah kedua:

Ibadat puasa mengandungi beberapa hikmat dan dengan sebab hikmat-hikmat itu, kita mengucapkan rasa syukur kepada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Salah satunya ialah:


Makanan yang dibawa oleh khadam dari dapur Sultan itu ada harganya. Adalah terlalu dungu kalau kita menyangka makanan yang bernilai itu murah dan tidak berharga. Adalah terlalu bodoh kalau kita tidak mengenali orang yang memberikan nikmat tersebut, sedangkan khadam itu sendiri dianugerahkan dengan pelbagai hadiah kerana menyediakan hidangan itu kepada kita.


Makanan dan nikmat yang tidak terhitung banyaknya itu juga pasti ada harganya. Sudah pasti Allah (s.w.t) meminta bayarannya, iaitu pernyataan syukur kepada-Nya dan mensyukuri nikmat tersebut. Sebab zahir yang membawa nikmat tersebut dan pemilik zahirnya hanyalah umpama khadam yang membawa makanan itu.x


Kita membayar khadam itu harga yang sepatutnya diperoleh oleh mereka. Kita terus menerus memuji dan memuliakan mereka, bahkan kita merendah …

7 Tips for a Healthier Ramadan

1. Eat Suhur
The Prophet Muhammad, peace and blessings be upon him, highly recommend eating this pre-dawn meal before a day of fasting. While you may want to pass to catch some more sleep, remember that you can always take a catnap while you're fasting, but you won't be able to eat or drink. To make it easier, set out utensils and dry food on the table before going to bed so you can quickly eat and go back to sleep after Suhur.

2. Limit fat intake
That's right, limit it, don't cut it out. Otherwise, you'll have to get rid of what's considered "traditional" Iftar food in most Muslim cultures. If you're not sure what kind of food is being referred to, think fried, greasy and/or super sweet.

3. Follow the Prophet's golden rule of one-third
This especially needs to be said in Ramadan. We should strive to have no more than one-third food, one-third liquid and one-third air in our stomachs when eating.

4. Encourage dip-dunking
Fruits and vegetables get lef…

Risalah Ramadan [1] - Hikmah Pertama

Dalam risalah Ramadan ini Imam al-Nursi (Badi'uzzaman ) menjelaskan mengenai sembilan isi penting yang berhubung dengan hikmah puasa pada bulan Ramadan al-Mubarak.


بسم الله الرحمن الرحيم
(( شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان ))


Maksudnya: “ Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk dan perbezaan yang benar dengan yang salah “.
( al-Baqarah : 185 )


Hikmah pertama:

Puasa Ramadan merupakan antara rukun terawal yang disebutkan dalam rukun Islam. Rukun ini dikira sebagai syiar Islam yang paling besar.


Kebanyakan hikmah yang lahir daripada puasa Ramadan bertujuan untuk menzahirkan ketuhanan Rububiyyah Allah (s.w.t). Hala tujunya juga ialah untuk kehidupan sosial manusia dan kehidupan peribadi mereka. Ia juga mempunyai tujuan pendidikan, penyucian jiwa dan untuk menyatakan kesyukuran kepada nikmat Allah (s.w.t) .


Antara hikmah yang ban…

10 Great Goals to set for this Ramadan

1. Eat, drink and be moderate

Almost all of us do it - once Iftar time hits, we just keep plowing food and drink into our mouths till it's hard to move afterwards. And those of us who do it know this is totally contrary to the spirit of Ramadan, through which we're supposed to learn self-control not self-indulgence. Let's try to stick to the Prophetic rule on eating: fill our stomachs with one-third food, one-third water and one-third breathing space, even in Ramadan.

2. Give a dollar a day in charity...or five or ten

The Prophet Muhammad, peace and blessings be upon him, was always generous but even more so in Ramadan. Let's open our hearts and dig a little deeper in our wallets this year. Even less than a dollar a day adds up. Whatever you can give, it's the intention that counts.

3. Memorize 4 new Surahs

Memorizing the Quran often seems like a daunting task. But the key is doing it in small bites. Since there are four weeks in Ramadan, try to memorize one new Surah a…

Ihya' Ramadan 1431

Invigorating the soul of Ramadan by IIUM Kuantan students.
Let's grab the CHANCE to CHANGE.

Top 8 Ways to Boost Your Ramadan Spirit This Year

1. Dua
Ask Allah to make this the most awesome, spiritually uplifting Ramadan you've ever had. Only He can make it happen and relying on Him completely is one step in boosting our spirits.

2. Quiet your mind, turn off the...
TV, internet, radio, cell phone, pager, iPod, etc. No, not all day, but for at least 10 minutes a day. Find a quiet place, close your eyes and connect with God. At first, your mind will swirl with the useless and not-so-useless info in your head. But force it to think of three things in these few minutes:

Allah
your purpose in life
are you living your life on purpose?

Do this every day of Ramadan if you can. If that's not possible, try it at least three times a week.

3. Learn about great Muslims
Even if you've read it before, read or listen to Abdul Wahid Hamid's Companions of the Prophet again this Ramadan. Read about or listen to the story of a Companion daily. Well-written and short, this is a wonderful way to see how other Muslims retained their strengt…

Buat Yang Belum Tahu

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan alhamdulillah. Akhirnya aku boleh tersenyum riang dan kembali menjadi diriku yang sebenarnya selepas melepasi ujian Allah ini. Saat dinanti telah tiba, alhamdulillah dan alhamdulillah dan alhamdulillah. Tiada kata yang layakku ucap lagi selain setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi. Tiada lagi gundahan itu. Pasti kembali kebahagiaan keberkatan dan kerahmatan itu. Aku mahu membina Iman. Senyum dan terus senyum.

Sekadar perkongsian buat diri yang mahu berubah dan menjadi muslim yang beramal, bukan muslim yang bersyarah dan berkata-kata semata.


Orang - orang yang Didoakan oleh Malaikat

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'a…

Zuhudlah Dengan Dunia

Dunia ini berpusing seperti ahli sihir yang menarik tapi jahat.

Ia berpura-pura cinta kepada kita, suka kepada kita, tetapi kemudian ia pergi kepada musuh dan meninggalkan kita dengan kesedihan dan putus asa.

Nabi Isa a.s. melihat dunia seperti bentuk nenek kebayan tua yang buruk. Baginda bertanya kepada dunia itu berapakah suami yang ada. Dunia itu menjawab suaminya tidak terkira banyaknya. Baginda bertanya lagi adakah suaminya telah mati atau telah diceraikan. Katanya, semua mereka itu telah dbunuhnya. Nabi Isa a.s berkata:

“Aku hairan kenapa manusia bodoh, telah melihat bagaimana anda melakukan kekejaman itu namun masih juga mereka suka dan cinta kepada anda”.

Nenek kebayan yang jahat ini memakai pakaian yang indah-indah dan menutup mukanya. Kemudian ia pergi menggoda manusia. Banyaklah manusia yang tergoda dan tertipu dan dibinasakannya.

Nabi s.a.w. pernah bersabda bahawa di hari kiamat kelak, dunia ini akan berupa dengan bentuk ahli sihir, matanya hijau dan giginya tertonjol keluar…

Beberapa Cadangan Menghadapi Ramadan

Selamat Hari Lahir ke-28 Kak Long Fatimah Zahra binti Abdul Rahman.


Sabda Rasulullah s.a.w:


(( Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga dan berapa ramai orang yang qiam (solat malam) tetapi ia tidak memperolehi apa-apa melainkan berjaga sahaja)). Riwayat Imam Ahmad


Hadis di atas membayangkan bahawa pada bulan Ramadan terdapat juga golongan yang berpuasa namun mereka tidak mendapat ganjaran pahala dari Allah Taala kerana mereka berpuasa dalam keadaan jahil atau ketika berpuasa mereka turut melanggar syariat Allah Taala. Justeru bagi memastikan ibadah puasa Ramadan tidak dilalui dengan sia-sia sewajarnyalah kita berusaha membuat persediaan rapi demi memperolehi ganjaran berlipat ganda yang ditawarkan oleh Allah Taala sepanjang Ramadan.
Berikut adalah beberapa persiapan yang boleh dibuat oleh seorang muslim bagi menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna:


1) Persiapan Diri:


Sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan …