Monday, July 26, 2010

Vitamin Asasi Hamalatul-Quran


Daripada Uthman radiyallahu’anhu meriwayatkan Rasulullah bersabda : “Yang terbaik di antara kamu ialah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.”



Mengikut hadith ini, ganjarannya (pahala) adalah umum iaitu sahaja di antara pelajar dan yang mengajarkan kepada orang lain. Al-Quran adalah asas atau dasar agama dan penjagaan serta penyebarannya adalah bergantung kepada keyakinan kepada di atas wujudnya.



Hadith di atas disokong oleh sebuah hadith lain Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sebagaimana diriwayatkan oleh Said bin Salim radiyallahu ‘anhu; “ Jikalau seseorang telah mendapat ilmu mengenai al-Quran menganggap seseorang lain yang diberi dengan sesuatu yang lain itu lebih bernasib baik daripadanya, dia telah menunjukkan sikap tidak hormatnya kepada rahmat Allah yang diturunkan kepadanya kerana usahanya mempelajari al-Quran.”



Dengan itu, jelaslah bahawa oleh sebab al-Quran itu adalah Perkataan Allah, ianya adalah tertinggi dari segala sesuatu, sebagaimana dinyatakan dalam beberapa hadith yang akan diberikan kemudian, Pembacaan dan pengajaran mestilah lebih agung daripada segala-galanya.



Mullah Ali Qari menukilkan dari hadith lain bahawa barangsiapa memperolehi ilmu al-Quran, menyimpan ilmu kenabian di kepalanya.



Sahl Tastari radiyallahu’anhu berkata bahawa bukti cinta kepada Allah adalah dengan wujudnya CINTA kepada PERKATAAN ALLAH (AL-QURAN) di dalam hati seseorang itu.



Dalam Syarah Ihya, senarai orang-orang yang akan diberi perlindungan ‘Arash di Hari Pengadilan yang menggerunkan adalah termasuk orang-orang yang mengajar al-Quran kepada anak-anak orang Islam dan juga mereka yang belajar al-Quran pada masa kecilnya dan terus membacanya apabila ianya sudah dewasa.



Perhatian bersama juga dengan 10 nasihat wali Allah dibawah ini.



10 Sebab Doa Terhijab



1) Kamu mengenali Allah tetapi
tidak menunaikan hakNya (perintahNya) .


2) Kamu membaca al-Quran tetapi
tidak beramal dengannya.


3) Kamu mendakwa iblis itu musuh
kamu tetapi kamu menurut hasutannya.


4) Kamu mendakwa mencintai
Rasulullah tetapi kamu meninggalkan
amalan dan sunnahnya.


5) Kamu mendakwa mencintai syurga
tetapi kamu tidak beramal untuk
mendapatkannya.


6) Kamu mendakwa membenci neraka
tetapi kamu tidak meninggalkan
perbuatan dosa.


7) Kamu mendakwa mati itu benar
tetapi kamu tidak bersedia untuk
menghadapinya.


8) Kamu sibuk menceritakan
keaiban orang lain tetapi kamu lupa
keaiban diri sendiri.


9) Kamu makan rezeki Allah tapi
kamu tidak mensyukurinya.


10) Kamu mengebumikan jenazah
saudaramu tetapi kamu lupa mengambil
ikhtibar daripadanya.




Aku tak layak untuk memberi peringatan dan menjanjikan kemanisan. Cuma aku berani menyampaikan peringatan dan pesanan orang-orang terdahulu supaya kita selalu bermuhasabah dan membuat bedah siasat terhadap kelemahan diri dan meningkat upaya diri kita supaya terpandang di sisi Allah, supaya dimakbulkan amalan dan doa kita di sisi-Nya.

Secebis 10 pesanan dari wali Allah, Ibrahim bin Adham.


Vitamin Asasi Hamalatul-Quran,
Zenki 44,
Indera Mahkota,
24 Julai 2010,

1 comment:

Rahsia Biasiswa said...

salam, just nak berkongsi maklumat. Saya ada keluarkan ebook tentang rahsia lebih 40 biasiswa di Malaysia. Amat berguna untuk pelajar, walaupun dah dapat ptptn, tetapi lebih baik apply biasiswa kerana ptptn perlu bayar balik, banyak pulak tu. Kalau ada saudara-mara yang ingin sambung belajar, tapi takde duit, amat sesuai baca buku ini. Kita biasanya hanya menunggu biasiswa mara atau jpa, tapi sebenarnya terdapat lebih 40 lagi biasiswa yang tidak diketahui. Beritahu kawan-kawan yang lain ye. Lawati blog rahsiabiasiswa.blogspot.com

Masa Itu Nyawa