Monday, July 12, 2010

Sakit Kepala


Seminggu pertama berlalu, dipenuhi dengan seribu satu jadual yang sebenarnya tidaklah padat dan memenatkan sangat pun jika dibandingkan dengan orang-orang terdahulu bersusah payah dalam menuntut ilmu dan berjuang mengembangkan kebenaran yang satu ini (Tiada tuhan selain Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh dan Rasul Allah)

Seminggu sebelum tahun ketiga dibuka, saya diberi peluang berulang alik ke Kuala Lumpur dan Kelantan sebanyak 3 kali dalam tempoh seminggu dan berulang alik dari Kuantan ke Gombak sebanyak 4 kali dalam tempoh dua hari.

Tidak cukup tidur adalah perkara biasa dalam rutin menuntut ilmu. Jika para ilmuan terdahulu berjalan beratus-ratus kilometer untuk mendapatkan satu atau pun dua hadith, apalah penatnya kita hari ini berjalan dengan kenderaan berhawa dingin merentas bukit dan gunung untuk perjalanan beribu kilometer dalam tempoh 3, atau 4 hari sahaja.

" Barangsiapa bersusah payah dalam perjalanan menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalan kepadanya menuju Syurga ". Moga kita termasuk dalam golongan yang dijanjikan kemudahan jalan menuju Syurga ini. Sakit kepala jauh perjalanan?

Mengikut apa yang saya pelajari dari kelas Neurologi tadi berkaitan bersama Prof U Maung, banyak fakta-fakta mudah yang perlu dan suka untuk saya kongsikan di sini tentang sakit kepala.

Rata-rata 45 million orang menghadapi masalah sakit kepala setiap tahun dengan jenis kesakitan yang berbeza. Secara mudahnya sakit kepala boleh dibahagikan kepada 3 jenis ;

1) Tekanan
2) Migrain
3) Cluster headache



JENIS TEKANAN
Adalah jenis sakit kepala yang paling biasa dihadapi oleh semua orang. Ianya melibatkan kedua-dua belah bahagian otak secara kebiasaannya. Tekanan yang dihadapi biasanya tidak terlalu teruk tapi melibatkan ketegangan otot, rheumatic headache ataupun secara psychogenic. Sakit kepala jenis tekanan ini mungkin boleh berlaku setiap hari.

Untuk mengetahui tanda-tanda sakit kepala jenis tekanan pula boleh diketahui secara mudah dengan 4 perkara dan keadaan dibawah

1) Photophobia atau Sensitif yang melampau ataupun tinggi terhadap silauan dan tidak boleh terdedah terhadap kadar pencahayaan yang tinggi.
2) Phonophobia ataupun ligyrophobia yang merujuk kepada tidak boleh terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat ataupun mempunyai rasa takut terhadap bunyi (kuat).
3) Tekanan atau pun merasa ketat dikepala
4) Semakin teruk dengan membuat aktiviti.


Ubat yang biasa digunakan untuk merawat sakit kepala disebabkan tekanan ialah

-Non narcotic analgesics
-Butalbital and asprin
-Acetaminophen
-Muscle relaxants
-Tricyclic antidepressants dan lain-lain



MIGRAIN
Sakit yang biasa dirasakan bagaikan kepala dipukul dengan tukul dan kesan awalnya boleh dirasai dengan kewujudan 'aura' iaitu rasa cerah dan panas dikepala. Aura itu boleh bertahan sehingga 30 minit, dan kesan migrain itu boleh dirasai selama berjam-jam dan berhari-hari lamanya. Punca sebenar tidak dapat dipastikan bergantung atas individu yang terlibat samaada berpunca dari masalah neurologi, saluran darah, ataupun aliran kimia di dalam badan.

Pesakit migrain dengan aura biasanya boleh diketahui melalui tanda-tanda seperti berikut: Pening, lemah, keliru, kekebasan, menggigil rasa terbakar di bibir, tangan dan muka serta scintillating scotoma (melihat @ nampak silauan cahaya di dalam kawasan sekitar penglihatan mata)

Manakala jika pesakit itu datang dengan migrain tanpa aura, biasanya terdapat tanda-tanda klinikal seperti photophobia, phonophobia, loya dan muntah, serta rasa sakit teruk yang berpusat disebelah bahagian kepala dan menjadi lebih teruk jika ada aktiviti dilakukan semasa sakit.

Ubat yang biasa digunakan untuk merawat sakit kepala disebabkan migrain ialah

-Non narcotic analgesics
-Serotonin receptor agonists - Eletriptan= ( repax )
-Ergotamine tartrate ( Ergomar)
-Acetaminophen
-Antidepressants
-Calcium channel blockers Verapamail (Isoptin)

Sakit dan pening itu perkara biasa dalam kehidupan. Cuma bagaimana kita melihat dan merawat dan melayan sakit kepala itu dalam kehidupan ini membezakan kebahagiaan dan ketenangan hidup kita sehari-hari.

Saidina Abu Bakar pernah diceritakan bahawa beliau sangat suka jika ditimpa demam kerana dengan demam itulah dia lebih mudah untuk mengingati Allah. Kita bagaimana?

Selamat mengkoreksi sudut pandang dalam diri dan terhadap setiap apa yang berlaku kepada kita dan sekeliling kita.

"memaknakan diri dengan kehidupan"

Z44,
Ulangkaji Kelas Neurologi,
Kampus Jalan Hospital,
5.53 petang,
12 Julai 2010.

3 comments:

hasifmuslim said...

Terima kasih nudin, kebetulan tengah sakit kepala. keep it up the good works!

As said...

next time cite pasal cluster headache pulak eh

Princess Solehah said...

k.ina minta share maklumat ini ya :)

Masa Itu Nyawa