Skip to main content

Quran Dijauhi, Musibah dan Bala' Mendekati


Cuba menulis seringkas mungkin supaya masa tidak terbuang. Supaya tujuan terus pada matlamat. Sakitnya badan bila tidak membaca al-Quran. Lebih sakitnya hati bila dihijab dari untuk membuka kitabullah.

Semua yang mempunyai hati yang hidup pasti mengetahui rasa pedih, sedih, dan takut yang saya maksudkan jika diri dihijab dari mengingati Allah. Itulah antara sebesar-sebesar hijab. Jika di dunia pun Allah telah menghalang kita dari menatap, membaca, memahami dan mengamalkan kalam-Nya, apa mungkin Allah akan sudi untuk melihat dan gembira dengan kita di akhirat nanti?

Cukuplah masa-masa berlalu dibuang sia-sia. Penuhilah masa itu sebagaimana pesanan Maulana Muhammad inamul Hasan rahimahullah:
1) Sibukkanlah dirimu dalam usaha agama, jika tidak kamu pun akan sibuk tapi bukan dalam urusan agama.
2) Gunakanlah waktumu untuk agama, jika tidak waktu kamu pun akan habis tapi bukan dalam urusan agama.
3) Gunakan hartamu untuk agama, jika tidak harta kamu pun akan habis tapi bukan untuk agama.
4) Matilah kamu dalam agama (dan kerana agama), jika tidak kamu pun akan mati tapi bukan untuk agama.

Saya melihat kepada diri yang akan serabut, tidak tersusun, tidak tentu arah dan mudah ditimpa sakit badan jika saya meninggalkan istiqamah terhadap al-Quran. Ini baru dunia sudah ditimpa musibah dan peringatan, jika diakhirat tiada lagi jalan keluar. Terima kasih ya Allah.

Bagaimana dengan orang-orang bernegara dan berkepemimpinan yang memimpin orang-orang bawahannya dengan tidak berpandukan al-Quran kalamullah?? Allah sahaja mampu membalas baik buruk perbuatan mereka.

Daripada Uthman meriwayatkan yang Rasulullah pernah bersabda; sebaik-baik kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarkannya.

Janganlah kita memandai-mandai pada hari ini untuk mengatakan adanya kuliah mahupun pengajaran ilmu duniawi tak kisahlah perubatan, kejuruteraan, penjagaan, ekonomi mahupun apa jua ilmu itu lebih baik dari ilmu al-Quran kerana Nabi telah menjanjikan sedemikian.

Apapun ilmu-ilmu duniawi itu akan lengkap dan baik jika dipandukan dengan sandaran dan mengikut tuntutan dari al-Quran. Itulah yang sukar difahami masyarakat hari ini sehingga sanggup menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Allah, ampunkanlah dosa kaum-kaum ku kerana mereka tidak memahami. Berikanlah mereka kefahaman tentang apa itu Islam dan Iman yang sebenarnya. Biarlah mereka menyakiti dan menghina diriku, aku cuma berharap dari liang-liang sulbi mereka itu lahirnya nanti orang-orang yang Islam dan Iman sebagaimana ajaran Baginda. Biarlah mereka-mereka yang keras dengan pendiriannya, cukuplah anak-anak cucu mereka kembali bangkit bersama memahami apa tujuan PENCIPTAAN dan KEMANA akhirnya kita akan kembali jua nanti.

Rintihan hati,
Muhammad Nur,
22 Julai 2010,
6.08pm.

Comments

Fakeh said…
KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, SILA GOOGLE TAJUK-TAJUK SEPERTI DI BAWAH INI:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
(h) TAJUK KHAS - BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA ASWJ

FAKEH KHALIFAH SAKA

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…