Thursday, July 29, 2010

Mengkakukan Diri, Memberi Ruang Teman Meningkat Maju, Menuju Kemanisan Tautan Hati


Semalam dan hari ini orang disibukkan dengan kerja-kerja kuliah.

Semalam dan hari ini orang menamakan aku untuk menjawat amanah.

Semalam dan hari ini orang mencemuh tanpa menyedari ukhuwah.

Semalam dan hari ini orang membuang masa menunggu neraka berkawah.

Semalam dan hari ini orang melihat dunia penuh indah.

Semalam dan hari ini orang membaca untuk hidup mewah.

Semalam dan hari ini orang mengejar 'banyak' membuang kualiti ummah.

Semalam dan hari ini orang melihat gaji bercambah-cambah.

Semalam dan hari ini orang memperjuang prinsip hidup tiada ARAH!

Semalam dan hari ini orang mengambil pemimpin tanpa hidayah!

Semalam dan hari ini orang menyikapi organisasi tanpa Fitrah!

Semalam dan hari ini orang berPERSEPSI penuh membarah!

Semalam dan hari ini orang memandang yang tua tiada IZZAH!

Semalam dan hari ini orang mencebik yang muda bagaikan sampah!

Semalam dan hari ini orang meninggalkan pelapis yang lemah.

Semalam dan hari ini orang menipu dengan senyuman murah.

Semalam dan hari ini orang tertipu dengan duit merah.

Semalam dan hari ini orang hanyut dalam emosi amarah.

Semalam dan hari ini orang tenggelam lemas dalam pangkat GAH!

Semalam dan hari ini orang lupa dia adalah khalifah..

Semalam dan hari ini orang jahil apa itu khalifah..

Semalam dan hari ini orang buta erti dan tuntutan sebagai khalifah..

Semalam dan hari ini orang buta aqidah.

Semalam dan hari ini orang melawan tuntutan aqidah.

Semalam dan hari ini orang membesarkan persepsi yang sebuah.

Semalam dan hari ini orang perlu diberi rasa ukhuwah.

Semalam dan hari ini orang bukan sekadar mahukan Islam yang indah.

Semalam dan hari ini orang mahukan Islam yang benar-benar membuah.

Semalam dan hari ini orang perlukan Ikatan hati yang manis meruah.

Semalam dan hari ini orang sangat-sangat perlu kembali kepada Allah.

Semalam dan hari ini orang sangat-sangat merindukan Rasulullah.

Semalam dan hari ini orang benar-benar mahukan Qudwah..

Al-Quran itulah akhlak Baginda..

Itulah sebenar Qudwah..

Jika adanya berpecah?

Kembalilah kepada Allah dan Rasulullah..

Jangan dilayan rasa amarah..

Jangan diberi muka rasa menyampah..

Tautkanlah hati-hati nan indah..

Hati-hati nan rindukan sebuah ummah..

Hati-hati nan cintakan Allah..

Hati-hati yang sangat rindukan Rasulullah..

Hati-hati yang tak jemu bersama kalamullah...

Hati-hati yang terisi dengan janji-janji akhirah..

Jiwa-jiwa yang lembut dibelai surat-surat cinta Allah..

Jiwa-jiwa yang keras terhadap maksiat kepada Allah..

Jiwa-jiwa yang hanya mahukan jual-beli darah dan akhirah..

Jiwa-jiwa yang tabah..

Jiwa-jiwa yang menukar peluh dan darah dengan daulah..

Jiwa-jiwa yang hanya berharapkan cinta, ridha dan maghfirah..

Jiwa-jiwa yang hanya cukup berbekalkan dengan Allah dan Rasulullah...



Pertemukanlah aku dengan orang-orang, hati-hati dan jiwa-jiwa yang selalu berjanji taat setia mahu berjumpa di Syurga atas janji CINTAkan ALLAH...

Jiwa-jiwa yang CINTAKAN ALLAH...

Jiwa-jiwa yang CINTAKAN ALLAH...

Jiwa-jiwa yang CINTAKAN ALLAH...

Orang-orang yang CINTAKAN ALLAH...

Orang-orang yang CINTAKAN ALLAH...

Orang-orang yang CINTAKAN ALLAH...

Hati-hati yang Rindukan Allah dan Rasulullah..

Hati-hati yang Rindukan Allah dan Rasulullah..

Hati-hati yang Rindukan Allah dan Rasulullah..


Ya Allah.. pertambahkanlah bilangan jiwa-jiwa, orang-orang dan hati-hati sebegini disekelilingku buat teman-teman didalam Jannah-Mu yang mekar nan indah tak tergambar oleh mata yang lemah...


Perkenankanlah ya Allah...


Catatan rindu pagi Jumaat,
Buat tatapan hari lahir teman sebilik ku Abdul Rahman Al-Azmi,
Buat tatapan hari lahir adik ku Nor Najwa Mohamed,
Buat tatapan hari lahir teman sekepenatan ku Imran Ahmad.
30 Julai 2010.

No comments:

Masa Itu Nyawa